Sebagai seorang graduan yang mengambil jurusan pertanian saya  pernah dipersoalkan kenapa bidang ini dipilih?

Soalan ini diajukan berkali-kali oleh orang yang berbeza. 

Jawapan saya, Tok Awang Bin Akib, beliau adalah orang yang membuatkan saya bertekad untuk terus dalam bidang  ini. Namanya memang tidak dikenali bahkan saya sendiri juga tidak mengenal dia. Tapi untuk yang tinggal di Pulau Aman Pulau Pinang, nama itulah yang menyebabkan industri Kerepek Sukun wujud. 

Beliau adalah orang pertama yang menanam pokok sukun di Malaysia, bahkan sampai sekarang pokok sukun tertua yang ditanam olehnya  pada tahun 1890 masih wujud, walaupun yang menanam sudahpun dimamah bumi tapi pahala yang mengalir untuknya bagaikan air, nasib keluarga nelayan di perkampungan itu berubah kerana variasi kerepek sukun dan industri pelancongan. Masih ada ayam dan burung menjamahnya buah sukun  dibawah pokok itu.

Ya, kerana itu saya menceburi bidang ini. Saya ingin membangunkan sektor pertanian dan aliran pahala untuk  ladang akhirat. Ah, beruntungnya dia saya cemburu! 

Pepatah Cina ada mengatakan, jika anda merancang untuk setahun maka semailah padi,jika untuk sedekad tanamlah pohon tapi jika untuk seumur hidup maka didiklah manusia. 

Pendidikan akan menyumbang kepada pembangunan pertanian. Masih banyak lompong-lompong yang perlu diisi. Berlakunya revolusi perindustrian adalah disebabkan revolusi pertanian. Jika sebelum ini kita tertanya-tanya dimana lompong dalam pertanian kini masalahnya sudah mula kita kelihatan.

Berikut merupakan serba sedikit lompong yang boleh saya ketengahkan. 

1. Akses Rangkaian 

Pembuangan  sayuran di Cameron Highland, bunga segar di Kanada berlaku kerana ketiadaan pelancong dan masalah logistik penghantaran. Hal ini merugikan usahawan tani.

Namun untuk usahawan kecil-kecilan yang bergantung sepenuhnya pada produk pertanian. Mereka dilihat secara aktif menjual produk atau hasil segar pertanian  secara atas talian dan pandu lalu dengan galakan FAMA. Amat jelas membuktikan bahawa kita cepat beradaptasi dengan norma baru.

Disini diperhatikan agen pengembangan pertanian yang produktif diperlukan untuk keboleh-pasaran dan variasi produk. Suka saya ingatkan disini berbakti pada tanah insyaallah tidak akan kecewa.

Tidak terkecuali ramai juga usahawan yang memberi secara percuma sayuran pada asnaf. Menariknya kariah-kariah masjid menjadi penggerak untuk edaran sayuran dan bahan makanan kering untuk asnaf kawasan tersebut. 

2. Kekurangan pekerja tempatan

Lebih daripada 25% pekerja ladang di dunia merupakan buruh asing daripada negara miskin. Pekerja-pekerja dihantar pulang tatkala wabak ini melanda.  Di Sepanyol, Itali dan Perancis buah-buahan dan sayur-sayuran ditinggalkan mereput di ladang disebabkan kebergantungan kepada buruh asing yang terlalu tinggi. 

Selain itu, untuk memastikan keselamatan makanan terus terjamin  dan mengurangkan pembaziran. Rakyat tempatan perlu mula menceburi bidang pertanian. Pihak industri perlu mengambil pekerja tempatan dengan bayaran setimpal pekerjaan yang dilakukan.

Kini momokan rakyat malas dapat dipatahkan apabila kita melihat pelbagai bangsa yang bekerja dalam sektor penjualan di pasar-pasar borong seluruh Malaysia menggantikan pekerja asing.

Selain dapat menjana ekonomi negara, keadaan ini dilihat mampu mengurangkan kadar penggangur dalam kalangan rakyat Malaysia. Semoga pekerja tempatan akan terus berminat untuk menceburi bidang pertanian dan perniagaan. 

3. Kemandirian Pertanian. 

Pada fasa kronik pandemik ini, Myanmar  salah satu pengeksport beras dunia tidak lagi mengeksport beras kerana memfokuskan bekalan makanan kepada rakyatnya. Konflik empangan Mekong yang bermula dari utara China  nyata memberi kesan kepada negara Laos, Vietnam, Myanmar, Thailand dan Cambodia pada waktu wabak ini terutamanya daripada segi pertanian.

Akhir sekali, walaupun negara kita bernasib baik, namun mesejnya jelas kita harus bersiap-siaga dengan kemandirian pertanian  sendiri baik dari segi saliran mahupun teknologi. 

Tuntasnya ,pandemik  yang berlaku  serba sedikit membuka mata orang ramai betapa pentingnya pertanian untuk manusia sejagat, tambahan  ekonomi kini bergantung pada sektor komoditi pertanian negara seperti kelapa sawit dan getah.

Semoga selepas berakhirnya wabak ini akan melahirkan lebih banyak generasi tani berilmu dan membangunkan sektor pertanian bukan sekadar untuk dunia, untuk ladang akhirat mereka juga. 

Buat mereka yang bertani hatta bila wabak serius ini melanda, terima kasih kerana masih berkeringat untuk pastikan bekalan makanan terus cukup. 

Tak pernah diangkat sebagai hero? Tidak mengapa kita bukan lakukan ini semua untuk pengiktirafan. Cukup sebagai sedekah untuk orang lain menikmatinya. 

Terima Kasih Para Petani!

 

Disediakan oleh,

Rabiatul Aduwiyah Binti Shuib
Pelajar Ijazah Sains Pertanian,
Universiti Putra Malaysia, Serdang


Rujukan :

 http://foundations.uwgb.org/agriculture/

https://www.scmp.com/news/china/diplomacy/article/3079661/did-chinas-dams-contribute-drought-lower-mekong-countries

https://www.rfa.org/english/news/myanmar/rice-04012020193852.html

https://www.wsws.org/en/articles/2020/03/30/unit-m30.html

 

                                                                        

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.