Seorang wanita ketika harus memilih perpisahan, bukan  kerana dia telah berputus asa tentang kehidupan dan kebahagiaan, tetapi kerana ingin mempertahankan kesihatan mental dan ketenangan jiwanya.

Barangkali sudah dipertahankan ikatan hubungan dengan sedaya upaya agar tidak menemui jalan terakhir iaitu perpisahan iaitu mimpi ngeri kepada setiap wanita. 

Tidak ada jalan lain yang harus ditempuh, sekalipun jalan inilah yang paling ditakuti namun demi menjaga kewarasan diri, dan keluar dari belenggu emosi yang menggugat ketenteraman hati harus ikhlas merelakan. 

Ketika orang lain mencemuh dengan pelbagai andaian, barangkali diam adalah jawapan yang tepat, sememangnya sebuah perpisahan agak sukar diterima tanpa saling menyalahkan sesiapa. Dalam situasi getir pandangan orang lain bukan lagi keutamaan yang harus dijaga melainkan diri sendiri yang lebih memerlukan perhatian sepenuhnya. 

Seharusnya setiap orang dewasa perlu tahu dalam isu rumah tangga bukan hanya soal siapa yang betul dan siapa yang salah, kedua-dua pihak harus ada kesedaran diri tentang kekurangan masing-masing agar mudah memperbaiki hubungan, tetapi ianya sangat sukar apabila sebelah pihak tidak melihat kesalahan yang menekan perasaan pihak yang satu lagi,  hujungnya membebankan hati dengan berdiam dan memendam perasaan hanya akan memakan diri sendiri.

Sememangnya wanita terlalu beremosi, ini kerana hati mereka mudah tersentuh, perasaan mereka mudah rapuh namun dibalik semua itu, hati seorang wanita juga adalah yang paling kental, sebab itu mereka mampu bertahan walau sering terluka, mudah memaafkan walaupun sulit melupakan. 

Setiap wanita harus ada kesedaran bahawa perkara yang paling penting perlu dijaga adalah kewarasan diri, kerana tanpa kewarasan  manusia akan hilang arah dan tujuan. Atas dasar itulah mengapa ramai wanita mengambil langkah untuk berpisah dan tidak bertahan dalam perkahwinan yang menyeksa jiwa raga. Kehidupan yang bahagia memerlukan ketenangan jiwa, jasad yang sihat perlukan kesihatan mental dan ianya tidak dapat dibeli dengan nilai wang ringgit.

Hapus air mata dan teruslah melangkah, jangan pernah menyalahkan diri sendiri ketika memilih mengakhirinya . Perpisahan bukan tentang menyalahkan sesiapa tetapi tentang memperbaiki diri sendiri. 

Lihatlah jauh ke hadapan, sebelum ini engkau telah berjuang dan cuba bertahan namun ternyata takdir berkata sebaliknya. Ada jeda yang harus engkau ambil untuk diri mu sendiri. 

Jangan menyalahkan diri, jangan menyesali setiap pilihan dan  langkah yang telah kau tempuh, sekurang-kurangnya engkau telah berusaha sehabis upaya. Saatnya engkau mengakui bahawa detik perpisahan ini bukanlah sebuah kegagalan tetapi sebuah pelajaran yang perlu kau teliti semula dan perbaiki semua sudut kekurangan dan kelemahan. 

Bangkitlah, hapus air mata dan pujuklah dirimu, jangan menyerah lagi kerana perjalanan masih jauh dan masih banyak yang perlu engkau pelajari.   Bukan saatnya untuk putus asa apalagi membiarkan diri terperuk mensia-siakan waktu begitu saja. 

Pembelajaran dari perpisahan ini engkau menemukan bahawa dua insan hidup bersama bukan semata-mata cinta tetapi lebih dari itu. Iaitu tanggungjawab! Tanpa sikap tanggungjawab dan amanah dalam melayari bahtera rumah tangga pasti akan karam dilanda badai ujian. 

Bangkitlah wahai wanita, dan teruskan melangkah! Masa lalu biarkanl di belakang dan hadaplah masa depan dengan langkah baru dan yakinlah ada kebahagiaan yang sedang menunggu.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً ؛ إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Al–Insyirah [94]: 5 – 6)

Penulis: Aishah Nerina


Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.