Menjentik pemikiran yang tinggi daripada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, penyebaran wabak merupakan satu peristiwa yang akan berlaku ketika dunia telah memasuki fasa akhir zaman. Dekad mutakhir ini, dunia digegarkan dengan satu wabak yang menghakis saluran pernafasan manusia sehingga meragut jutaan maut.
Kajian dari sumber internet pautan Doctor on Call, kronologi yang bermula dari 31 Disember 2019 ketika kes pertama Covid-19 direkodkan, merupakan satu perkara yang langka. Negara yang wujud dengan persekitaran kapitalisme, masyhur dengan penglibatan mobilasi dan kecekapan pengurusan sumber juga turut merudum hanya kerana makhluk yang halus itu telah mengganas menyerang manusia yang rakus durjana, akan tetapi di sisi Islam, ia dianggap sebagai rahmat untuk menghadapinya dengan penuh kesedaran dan muhasabah.
Zaman Nubuwwah telah membuktikan bahawa Khalifah Umar pernah membatalkan niat untuk memasuki negara Syam kerana tersebarnya satu wabak. Jika ditelusuri, wabak taun telah menular secara drastik di perkampungan yang bernama Amwas telah menyebabkan ramai yang terkorban. Maka, tidak hairanlah jika fenomena ini dikatakan sangat mirip dengan penzahiran yang simbiosis antara umat terdahulu dan umat millennia masa kini.
Virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah atau lebih dikenali sebagai MERS-Corv pertama kali dikenal pasti pada tahun 2012 di Arab Saudi dan virus Pernafasan Akut Teruk atau SARS-Cov yang berpunca dari Guangdong, China pada tahun 2003 adalah merupakan sejarah yang tergolong dalam keluarga Coronavirus. Kajian mendapati bahawa virus Corona ialah keluarga besar virus yang boleh menjejaskan saluran pernafasan secara tiba-tiba atau kehendak yang ditandai gejala sukar bernafas dan mengakibatkan kekurangan ketepuan oksigen di dalam darah.
Lanjutan huraian yang telah dinyatakan di atas, perkara yang perlu ditekankan adalah bagaimana persepsi masyarakat menerima kehidupan norma baru. Barangkali, ini mungkin kali pertama umum mengetahui bahawa tragedi zaman global kini amat mirip dengan zaman para Sahabat serta Nabi.
Oleh itu, wabak virus Corona bukanlah sesuatu yang asing bagi umat Islam kerana Imam Nawawi pernah menyatakan bahawa gejala-gejala taun lebih teruk berbanding wabak Covid-19.
Polemik yang sedang hangat diperkatakan ialah masyarakat yang bersilengah seakan-akan tidak faham dengan intepretasi yang dikeluarkan oleh pemerintah. Sebilangan masyarakat di Malaysia mengambil enteng dengan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang secara harfiahnya untuk kebaikan masyarakat juga, bahkan sikap mereka bertindak untuk mencabar undang-undang yang telah dikoditifikasikan. Masyarakat abad kini telah dikategorikan sebagai masyarakat minda kelas ketiga di mana ahli sosiologi beranggapan bahawa golongan tersebut merujuk kepada kedangkalan dan kecuaian terhadap undang-undang sejagat (Universal Law) dan hukum alam yang telah ditetapkan adalah datangnya dari Allah SWT. Kitab suci al-Quran menjelaskan dalam Surah An-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud
“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah kamu kepada Allah dan taatilah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”
Masyarakat jika digelar bak bungkal sehasta tidak terkadang bijak pula mengekspresi wajah berang dek kerana kata-kata yang kurang kebiadapan itu, sedangkan itulah istilah yang sesuai untuk golongan yang bukan sahaja membawa masalah kepada diri mereka tetapi sebenarnya membawa padah.
Umat Islam sememangnya menunaikan semua hak Allah, namun demikian sesuatu yang tidak boleh dikesampingkan adalah hak junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang membawa instrumen yang sama iaitu caknakah kita terhadap hak sesama manusia dengan mentaati arahan pemerintah.
Jika secara zahirnya, masyarakat tidak mentaati arahan pemerintah yang hanya meminta masyarakat menetap sahaja di rumah, ini miriplah juga bahawa masyarakat khususnya umat Islam tidak mentaati larangan pergerakan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW sekali gus satu bentuk pencegahan yang dianjurkan oleh Allah SWT iaitu mencegah diri agar tidak terkena jangkitan sesuatu wabak.
Persis hadis Rasulullullah SAW,
“jika kalian mendengar wabak melanda suatu negeri, maka janganlah kalian memasukinya. Jika kalian berada di sesuatu kawasan itu, janganlah kalian keluar untuk lari daripadanya.”
Hal ini juga bersangkut-paut dengan panduan dan sikap yang telah dianjurkan oleh sahabat baginda yang bernama Amr binal-Ash RA bahawa beliau telah mengasingkan orang yang dijangkiti wabak, bersabar, berbaik sangka kepada Allah, menjaga jarak daripada khalayak dan menahan diri di rumah (social distancing) sehingga tempoh waktu tertentu yang diizinkan oleh pihak berkuasa.
Oleh itu, janganlah kita bergelar ‘Islam’ yang hanya tertera di atas sekeping kad pengenalan. Jika benar kita umat Rasulullah, patuhilah saranan dan galakan baginda, kerana dalam masa yang sama, kita telah memartabatkan sunah baginda sekali gus wawasan Malaysia yang ingin melahirkan masyarakat minda kelas pertama dapat direalisasikan.
‘Kita adalah apa yang kita makan.’
Frasa yang sentiasa dicanang-canangkan bertujuan untuk menasihati agar pengambilan makanan yang berkhasiat dan bermutu tinggi dipraktikkan dalam hidup. Terdapat banyak bukti yang konklusif berkenaan dengan pengambilan makanan yang berasal dari haiwan eksotik dan berbisa namun masyarakat konvensional cukup mendambakan makanan tersebut kerana beberapa tujuan.
Laporan akhbar pada tahun 1980, makanan yang bersumberkan apa-apa haiwan eksotik seperti daging ular, stik buaya, lidah biawak, angsa, katak hijau dan merpati telah diklasifikasikan sebagai hidangan lazat yang mampu meningkatkan seks, menundukkan pasangan dan merawat penyakit dalaman. Tidak perlu untuk menjalani peringkat eksperimental dengan lebih mendalam. Ini kerana banyak kajian telah mendapati bahawa haiwan liar seperti kelawar sering dikaitkan sebagai pembawa virus utama yang berbahaya seperti SARS, virus Nipah dan virus Demam Ebola Berdarah.
Umpamanya kes pertama Coronavirus dikesan berpunca dari seorang pekerja Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan yang menjual pelbagai jenis hidupan laut, haiwan dan burung. Siasatan mendapati bahawa gejala-gejala ringan seperti selsema merupakan gejala yang dialami oleh pekerja tersebut sebelum jatuh pengsan dan dikejarkan ke unit rawatan sementara sumber selsema itu dikenalpasti.
Pautan Berita Harian Online memaparkan satu kenyataan yang cukup berani daripada Senator Amerika Syarikat, Tom Cotton yang menyatakan bahawa virus yang telah meragut hampir separuh populasi manusia adalah berpunca dari sebuah makmal bio-keselamatan terletak kurang beberapa batu dari pasar berkenaan. Tambah beliau, kes asal jangkitan tersebut tidak ada kaitan dengan pasar berkenaan, sebaliknya virus telah dibawa ke pasar tersebut.
Justifikasinya, mencari titik relevansi itu agak sukar. Apa yang mahu ditekankan dalam menggunakan kaedah mengkomposisi yang telah diperintahkan dalam Islam, bahawa tidak semua haiwan boleh dijadikan santapan kerana ianya ada mudarat kepada manusia tetapi mungkin tidak pada makhluk lain.
Perintah makan makanan yang halal bahkan hendaklah baik, suci dan tidak memudaratkan sepertimana Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 168 dan ayat 157 dalam surah al-A’raf. Jika digembleng secara optimum, disiplin ilmu nutrien iaitu pengambilan makanan akan mempengaruhi moral dan akhlak.
Oleh sebab itu, binatang buas tidak halal dimakan kerana ia mengandungi racun dan watak khusus yang mengalir di dalam darah. Jika umat Islam dengan sengajanya mengambil mudah nutrien tersebut, maka segala amal ibadah yang ditunaikan hanya mengundang penat, sia-sia dan mengundang penyakit yang merbahaya.
Kesimpulannya, jika kita bergelar manusia, jadilah manusia yang sentiasa berprasangka baik. Jadikan wabak Covid-19 sebagai satu rahmat dan bukannya bala’. Terdapat banyak lagi hikmah yang boleh digali. Apa yang penting, kesedaran dan keinsafan itu perlu diwujudkan agar kita kembali bermuhasabah dan beringat bahawasanya kemungkinan terjadinya penularan wabak Covid-19 adalah salah satunya berpunca kerana dosa kita yang bergelar manusia. Seks bebas yang telah dijadikan adat dan hubungan sejenis yang mendapat tempat, itulah contoh perbuatan manusia zaman kini.
Disediakan oleh,
Nur Aqilah Syazwina binti Azhar
Impian: Bercita-cita mahu menjadi seorang pensyarah, penulis buku dan juru bahasa isyarat.