Coretan ini tribute penghormatan bagi perempuan-perempuan yang pernah dicederakan. 

Namun cedera kali ini bukan biasa-biasa, seperti kesedihan perbalahan teman kecil di taman, atau senda gurau si abang yang menyembunyikan sepatu kegemaran, mahupun rotan abah yang pernah hinggap bertujuan mengajarkan. Ya, bekasan rotan meninggalkan cedera, namun akan hilang setelah pengajaran diterima bahkan disyukuri setelah menginjak dewasa. Cedera kali ini amat berbisa. 

Kali ini pena dilakar sebagai tanda memperingati tragedi kemanusiaan terhadap perempuan, jenayah kezaliman yang dilakukan oleh tangan durjana lagi syaitan, mahu itu pandangan liar dan siulan menggiurkan, ataupun sentuhan cerobohan pada tubuh perempuan, oleh lelaki-lelaki…jalang.

Ruangan ini tidak akan menyebutkan, kisah-kisah hitam dan hina yang dirakam zaman, perbuatan kebinatangan merentasi negara dan al-makan, cukuplah laporan di dada akhbar harian sudah meruntunkan, apa lagi wanita yang memilih berdiam memeluk tubuh daripada memperjuangkan nasib badan, “bukankah tiada yang sanggup mendengarkan”, kata mereka? Akhirnya hanya pandangan kasihan yang tertujukan. 

Dunia global yang sudah menginjak angka dua kosong dua tiga menandakan satu umur yang cukup panjang dan matang, dengan harapan akal manusia yang terus berevolusi dan berkembang, mampu menjamin dunia sebagai tempat aman setidaknya bagi perempuan, dengan pelbagai undang-undang diwartakan, dan gedung-gedung pertubuhan hak asasi manusia bertebaran. Ah, pewartaan hanya untuk paparan di kaca siaran, dan gedung pertubuhan tidak menang tangan mengurus hak manusia-manusia yang ingin menukar jantina menjadi perempuan. Ada apa pada mental kalian? 

Sekalipun ada perempuan bangkit memilih berteriak, atas kes-kes perceraian talak tiga suami kepada isterinya yang beranak-pinak, atau gangguan seksual kepada perempuan di kenderaan awam bersesak-sesak, mahupun oleh tuan besar di tempat mencari wang seribu duaan, sejauh apa kami akan menang ? 

Maka perempuan yang sudah putus asa dan rasa kehidupan, ada yang memilih hidup rendah kerana harga diri tiadalah sudah, ada juga memilih memberontak kepada takdir atas cerobohan penuh helah, bukankah ini semua ketetapan Tuhan? Oleh itu, mereka melancarkan perang kepada agama dan ahlinya, dan mengatakan Tuhan juga lelaki seperti manusia? Jauh sekali begitu, wahai perempuan budiman, jangan disalah erti Tuhan yang bersifat al-Hakam, Maha Pemberi Hukuman atas setiap perlakuan. 

Dan ada lah perempuan yang hidup di hujung zaman, segelintir mereka yang memegang erat iman namun takdir suratan, dia telah dicederakan. Dengan al-Quran yang menjadi wiridan dan keimanan yang dibina erat dan mapan, perempuan ini melalui titian seterusnya walau hancur luaran dan dalaman, dan perang batin syaitani berterusan. Setiap kesakitan dan tangisan yang terhambur, percayanya pada janji Tuhan dipegang pasti. Apakah janji sang Ilahi? 

{ فَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱللَّهَ مُخۡلِفَ وَعۡدِهِۦ رُسُلَهُۥۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِیزࣱ ذُو ٱنتِقَامࣲ (47) یَوۡمَ تُبَدَّلُ ٱلۡأَرۡضُ غَیۡرَ ٱلۡأَرۡضِ وَٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تُۖ وَبَرَزُوا۟ لِلَّهِ ٱلۡوَ ٰ⁠حِدِ ٱلۡقَهَّارِ (48) وَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِینَ یَوۡمَىِٕذࣲ مُّقَرَّنِینَ فِی ٱلۡأَصۡفَادِ (49) سَرَابِیلُهُم مِّن قَطِرَانࣲ وَتَغۡشَىٰ وُجُوهَهُمُ ٱلنَّارُ 

(50) لِیَجۡزِیَ ٱللَّهُ كُلَّ نَفۡسࣲ مَّا كَسَبَتۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَرِیعُ ٱلۡحِسَابِ (51) }

[Surah Ibrâhîm: 47-51]

“Maka karena itu jangan sekali-kali kamu mengira bahwa Allah mengingkari janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya. Sungguh, Allah Maha Perkasa dan mempunyai pembalasan. (Yaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit, dan mereka (manusia) berkumpul (di Padang Mahsyar) menghadap Allah Yang Maha Esa, Maha Perkasa.Dan pada hari itu engkau akan melihat orang yang berdosa bersama-sama diikat dengan belenggu.

Pakaian mereka dari cairan aspal, dan wajah mereka ditutup oleh api neraka, agar Allah memberi balasan kepada setiap orang terhadap apa yang dia usahakan. Sungguh, Allah Mahacepat perhitungan-Nya.” 

Di mana hari Penentuan tiba, bumi dan gugusan langit semuanya berantakan, Tuhan  al-Hasib dan al-Muntaqim akan menghitung semua kezaliman yang pernah wujud dalam sejarah kemanusiaan dan akan memberi balasan setimpal kepada mereka yang melakukan pencerobohan dan kebobrokan. 

Disediakan oleh:

Nik Nur Humaira’

Dukacita bagi wanita yang ditakdirkan hidup di hujung zaman di mana kewarasan dan kemanusiaan makin hilang. Tika umat manusia sudah melakukan kezaliman, kepada Tuhan sahaja lah kita berpaling menadah tangan agar dititipkan iman sebagai kekuatan, dinaikkan ke tingkat lebih tinggi di sisi Tuhan, dan dibenamkan ke dalam bumi para manusia kejam.


Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.