“If the earth were a single state, Istanbul would be its capital,”- Napolean Bonaparte.

Sedangkan aku seorang Muslim boleh terpesona dengan Turki; oleh tinggalan sejarah empayar Byzantine dan Turki Uthmaniyyahnya, budayanya dan seni binanya, bagaimana pula orang yang bukan Islam melihat Turki? Agaknya entah berapa ramai orang bukan Islam telah menerima hidayah memeluk Islam setelah datang ke Turki?

Tuhan Maha Kaya kawan, sesungguhnya Turki bukan dalam senarai destinasi pilihan aku untuk tahun ni selepas Kemboja. Sepatutnya Kashmir, tetapi entah macam mana berubah hati berkobar-kobar terasa hendak sangat jejak kaki ke Turki. Mungkin terpesona dengan seni bina di Lahore lalu aku berubah hati ingin menjejak Turki.

“When you want something, all the universe conspires in helping you achieve it,” – The Alchemist; Paulo Coelho.

Walaupun perancangan asal aku untuk backpacking berubah terus, tiba-tiba terikut trip Jejak Tarbiah, tapi tak kisahlah asalkan objektif utama tercapai.

Aku kat sini bukan untuk kongsi itinerary, tapi untuk aku berkongsi apa yang buat aku jatuh cinta sangat dengan Turki ni dan berkongsi apa yang aku belajar.

Semua orang tahu, Turki adalah salah satu negara yang kaya dengan hasil peninggalan sejarah empayar Turki Uthmaniyyah. Sebagai budak jurusan arkitek, sudah tentu lah aku nak tatap sendiri seni binanya yang gah dengan mata kepala sendiri.

1. Seni bina

Sudah namanya pun budak arkitek mestilah benda pertama sekali yang paling kagum ialah seni bina dianya. Sebut sahaja seni bina di Turki ini, memang tak akan lari daripada arkiteknya Sinan ataupun Mimar Sinan yang bekerja di bawah pemerintahan Sultan Suleyman Al-Kanuni. Waktu itu taraf ketua arkitek adalah lebih tinggi dari menteri pertahanan. Ya lah kan, nak banding dengan sekarang arkitek punya skop kerja banyak dah diasingkan. Bab sivil dan struktur bagi sahaja dekat jurutera

Mimar Sinan ni punyalah hebat sebab mampu design masjid-masjid ni yang kebanyakannya adalah di lokasi yang strategik atas bukit/tempat tinggi; tujuannya sebagai landmark. Dari jauh dah boleh nampak. Kau ingat murah dan senang ke construction dekat bukit/kawasan yang bercerun? Untuk levelling dan foundation saja pun pening kepala.

2. Bayangan syurga.

Dulu masa zaman aku belajar, ada pernah sekali aku buat assignment pilih topik pasal Alhambra di Sepanyol. Yang buat aku kagum, seni bina Alhambra yang dipenuhi dengan taman-taman cantik dan punyai unsur-unsur air adalah berasaskan dari surah Al-Kautsar dan ayat-ayat Quran mengenai syurga.

Bazar di Turki

Walaupun aku tak sampai lagi Sepanyol, tapi aku perasan konsep yang sama diaplikasi dekat seni bina Turki Uthmaniyyah dan juga di Lahore, Pakistan. Iaitu konsep corak geometri, bunga, alam semesta dan penggunaan unsur air sebagai hiasan. Yang mana unsur air itu bertujuan untuk menghasilkan bunyi mengalir yang menenangkan. Konsep ini sama juga seperti taman-taman dan istana di Lahore. Aku taknak cerita banyak pasal Lahore, kau boleh google sendiri. Tapi satu hint yang menarik aku nak bagi, sejarah Empayar Islam Mughal di Lahore, dari Raja Aurangzeb, Akbar dan Shah Jahan. Ya, Shah Jahan yang sama yang bina makam Taj Mahal untuk Mumtaz. Oh ya, mungkin juga seni bina di sana mempunyai pengaruh dari Turki disebabkan pelajar Mimar Sinan sememangnya ada dihantar ke India atas permintaan raja Mughal.

Hebat betul arkitek Islam dulu-dulu cuba untuk merealisasikan “syurga” di dunia. Arkitek dulu bukan setakat bab seni kena master, dari matematik, fizik, kimia, falsafah, sejarah, kena kuasai semua dan hasilnya masih utuh sampai sekarang. Sehebat arkitek dulu-dulu, hebat lagi The Grandest Architect yakni Tuhan yang mengilhamkan semua ini kepada manusia.
Jika sebegini indah ciptaan manusia yang diilhamkan Tuhan, bagaimanakah rupanya pula syurga yang dicipta oleh Tuhan?

3. Wakaf

Guide kami, Khidir bercerita , di Turki, ada 4 perkara yang diwaqafkan iaitu ialah madrasah, hamam (rumah mandi), air dan juga rumah tumpangan.

Masjid di sana adalah sebagai pusat tumpuan komuniti. Berdekatan dengan masjid akan ada madrasah, hospital, rumah tumpangan dan juga dapur awam. Kerabat sultan akan menyumbang kepada pembinaan wakaf, dan dicontohi oleh orang-orang kaya yang lain. Untuk menjana kembali pendapatan, wakaf bazaar juga akan dibina berdekatan dengan masjid. Kau nampak tak bagaimana institusi wakaf sebenarnya sangat membantu untuk membangunkan sesebuah negara.

Paip air wakaf

Aku tak sempat nak melawat Hamam di Turki yang masih beroperasi. Di Lahore juga mempunyai Hamam lama tapi dah jadi muzium. Kalau dekat situ pun teknologi untuk mengalirkan air dan menghasilkan air panas dan sauna kepada bilik-bilik di dalam hamam dah buat kau kagum, aku percaya di Turki juga teknologinya akan buat mana-mana jurutera kagum.

Satu benda yang aku suka di Turki, pergilah ke mana-mana sahaja, akan terdapat wakaf paip air yang boleh diminum. Tradisi ini telah pun bermula sejak ratusan tahun lamanya, Akan terdapat plak kecil yang tertulis nama si pewakaf dan tahun binaan terlekat di atas paip air tersebut. Demikianlah amal jariah yang akan sentiasa berterusan mengalir hatta selepas si pewakaf meninggal dunia.

Oleh: Hanis Hafizah

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.