Semasa kamu merasakan bahawa segala usaha gagal, harapan sudah musnah, dan impian telah hancur maka ingatlah kisah Nabi Yunus a.s. Nabi Yunus a.s bukan hanya berada dalam gelap tetapi baginda ditempatkan dalam beberapa kegelapan iaitu kegelapan laut, kegelapan malam, dan kegelapan perut ikan. Dalam kegelapan yang paling dalam itulah baginda memohon pertolongan daripada Allah SWT, memanggil Tuhan yang Satu — menyeru akan yang Maha Kuasa. Walaupun dalam keadaan sebegitu tetap masih ada jalan keluarnya. Harapan tetap ada walaupun tipis. Baginda tetap tidak pernah berputus asa dalam berdoa. 

Apa doa baginda?

لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya : “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

Apa yang berlaku selepas baginda terus berdoa dengan setulus hati tanpa berputus asa?

Allah SWT berfirman :

فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ ۚ 

“Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia daripada kesusahan yang menyelubunginya.”

Huruf ف di sini membawa maksud kecepatan — menandakan bahawa jawapan kepada doa tersebut datang dengan pantas. Allah SWT  terus memakbulkan doa baginda tanpa bertangguh.

Walaupun Nabi Yunus a.s berada dalam kegelapan yang paling dalam, Allah SWT tetap mendengar doa tersebut. Maka percayalah bahawa Tuhan yang mendengar doa Nabi Yunus a.s itu akan juga mendengar dan menjawab doamu selagi mana kamu tidak berputus asa meminta kepada-Nya. 

Lalu adakah kita sudah berputus asa untuk terus berdoa?

Seterusnya, renungkan juga kisah Nabi Yusuf a.s yang memohon kepada Allah SWT dalam kesedihan tatkala perigi menjadi gelap — perigi yang mana tempat baginda ditinggalkan oleh abang-abangnya. 

Merintihlah kepada Allah, mohon dengan setulus hatimu dan katakan kepada-Nya, 

“Wahai Tuhan, dalam diriku adanya kesedihan Nabi Yusuf a.s yang memohon pertolongan kepada-Mu tatkala periginya menjadi gelap.”

Yakinlah bahawa Tuhan yang mengeluarkan Nabi Yusuf a.s dari telaga yang gelap itu turut akan mengeluarkan kamu daripada segala kesusahan yang menimpa diri. Oleh sebab itu, jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah SWT.

Disediakan oleh:

N. Nur Nasuha berasal dari Kelantan, Malaysia. Beliau aktif berkongsi perihal agama Islam

di media sosial Instagram dan Twitter @nasuharsl

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.