Kesibukan dengan tugasan harian menyebabkan aku tidak membuka Whatapps selama beberapa hari. Tiba-tiba masuk notifikasi mesej daripada seorang kenalan. Mesej tentang cinta. Tentang cinta hati yang tidak pernah kunjung tiba untuk dirinya. Aku seringkali menasihatinya usah gusar soal jodoh atau lebih tepatnya frasa ( Te Amo). Aku sering menulis tinta mengenai alam perkahwinan kerana bagi aku alam perkahwinan ada berbagai jenis ragam dan rasa. Seperti ungkapan Latin;
“Si Vis Amari Ama”( Jika kamu ingin mencintai maka mencintailah.)
Urusan hati dan cinta itu terbahagi kepada dua konotasi iaitu ( Aku cinta kamu adalah cinta kepada tuhan dan aku cinta kamu dikonotasikan sebagai cinta kepada manusia. Selalunya dambaan” Te Amo ( aku cinta kamu merujuk kepada cinta kepada manusia.)
Semua orang inginkan cinta yang indah dan bahagia .Tetapi sedarlah wahai sahabatku, cinta itu tidak seindah seperti yang engkau bayangkan. Lelaki dan wanita itu berbeza ibarat garam dan gula.
“ Cinta bukan melemahkan hati bukan membawa putus asa bukan menimbulkan tangis sedu dan sedan”
Buya Hamka.
“ Bahawasanya cinta yang bersih dan suci murni itu tidaklah tumbuh dengan sendirinya.”
Buya Hamka.
Keluh kesah dan juga kerisauan yang tidak berpenghujung bagimu, sematkan di dadamu wahai sahabatku bahawa cinta bukan untuk engkau risaukan setiap saat dan ketika. Bukan juga kerana rupamu yang sering kau adukan kepadaku.
Ketahuilah bahawa cinta tidak perlu rupa paras yang elok, atau status yang ada dalam dirimu. Satu perkataan yang menggambarkan cinta iaitu keikhlasan! Berdoalah agar Allah temukan orang yang tepat untuk dirimu. Sememangnya cinta itu indah!
“Kehidupan ini umpama Bunga maka cinta adalah madunya.
Buya Hamka
Sebelum kau memperoleh kemanisan cinta itu, jagalah tingkah laku dirimu. Cinta juga boleh menjadi racun yang berbisa kerana cinta itu berkait soal hati. Hati ini boleh menjadi racun jiwamu sendiri. Maka persiapkan dirimu dan sematkan di dalam hatimu bahawa cinta manusia itu tidak selamanya kekal abadi. Oleh itu, carilah dahulu cinta Tuhanmu yang abadi!
“ I promise to handle your heart with care and treasure it with love“
Percayalah apa yang engkau lihat di media sosial itu adalah sisi kebahagiaan yang mereka pamerkan, bukan cerminan realiti yang mereka cuba untuk selindungkan. Usah terpengaruh dengan keindahan yang dihidangkan di kaca TV atau media sosial.
Kau harus tahu untuk memperoleh “te amo” (aku cinta kamu) yang berharga , engkau perlu semaikan dengan kematangan dan kesabaran sebelum engkau melangkah ke alam perkahwinan. Bunyinya cliché tapi itulah realiti seperti kata Imam Syafi
“Sangat perlu berhati-hatian dalam menjalankan cinta dan tidak boleh salah dalam perjalanannya. Kerana apabila salah, maka akibatnya bisa fatal sekali”
Imam Syafi
Jodoh dan frasa “ aku cinta kamu” itu bukanlah hak kita untuk menentukan. Kita hanya manusia yang sarat dengan kelemahan, boleh tersalah caturan langkah dalam kehidupan. Kita akan bertemu dengan berbagai jenis manusia tetapi siapa yang setia itu kekal menjadi satu misteri yang tidak terungkai. Hayatilah pepatah latin berikut:
“Ubi amor ibi dolor” ( where there is love there is the pain )”
Makin kita mengharapkan cinta semakin jiwa kita sakit. Berdoalah agar kita dijauhkan dengan cinta yang berumpankan nafsu dan mengheret diri ke lembah kehinaan .
Aku sentiasa mendoakan kamu, sahabat!
“semper fidelis. ( always faithful)
Nurkilan,
Nur Izzati Hazwani