Sabda Nabi Muhammad s.a.w,

“Barang siapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan,maka Allah SWT akan melorongkan baginya jalan ke syurga.’’

Sesungguhnya sebagai manusia, kita bukan makhluk sempurna, malah istilah ‘insan’ atau manusia itu sendiri dalam bahasa Arab berkait rapat kata dasar lupa. Maksudnya, sebagai manusia, kita mempunyai banyak kelemahan, termasuk lupa, cuai, alpa, malas, leka dan sebagainya.Justeru, kita mesti sanggup malah sentiasa bersedia memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri, selain berusaha menambah ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang, termasuk meningkatkan penghayatan kemahiran membaca. 

Menolak usaha menghayati tabiat membaca bagi tujuan memperbaiki diri realitinya hanya akan menambah sukar bagi anda untuk berjaya dalam hidup. Ini kerana manusia berjaya mesti sanggup mengakui kelemahan, dan seterusnya berusaha mencari jalan mengatasinya. Ini adalah sikap sebahagian besar tokoh dunia yang kebanyakannya menjalani hidup biasa dan sederhana pada awal kehidupan, selain dilahirkan dalam keluarga miskin, antaranya Abraham Lincoln, Henry Ford dan Matsushita. Bagaimanapun, hasil usaha,semangat berterusan dan kemahuan tinggi untuk memperbaiki diri, mereka akhirnya menjadi tokoh besar dunia. 

Steve Jobs, Pengasas Apple Store

Berkaitan hal ini, saya kongsikan serba sedikit mengenai Steve Jobs yang bertanggungjawab sebagai pengasas Apple Computer. Dilahirkan di Palo Ato, dan Francisco dalam sebuah keluarga sederhana, Jobs sejak kecil bukan pelajar pintar. Selepas gagal peperiksaan semester pertama tahun satu di Reed College, Amerika Syarikat, Jobs membuat keputusan untuk tidak meneruskan pengajian, kerana selain Matematik, beliau tidak minat untuk mempelajari subjek lain seperti yang diwajibkan pihak kolej.Menyedari wujud kekurangan, Jobs mula mengkaji kekuatan dan kelemahan diri, sebelum akhirnya mengenal pasti bahawa kekuatannya ialah minat serta kemahiran tinggi dalam bidang matematik dan elektronik, manakala kelemahan paling ketara ialah kurang minat terhadap perkara yang memerlukannya untuk membaca, terutama berkaitan sains sosial. 

Pengetahuan mengenai kekuatan dan kelemahan diri membolehkan Jobs merangka kerjaya dalam bidang elektronik sambil mengusahakan bengkel elektrik di garaj kereta ayahnya, beliau gigih membaca untuk mengatasi kelemahan diri, selain bersungguh –sungguh mendalami ilmu berkaitan kerjaya. Jobs juga melanggan Byte, sebuah majalah khusus berkaitan elektronik, selain membeli dan membaca biografi tokoh–tokoh utama dunia.

Hasil usaha berterusan memperbaiki diri tanpa mengenal erti jemu, usaha Jobs akhirnya membuahkan kejayaan apabila berjaya mencipta komputer peribadi bersama rakannya, Stephen Wozniak.Pada 1976, Jobs mengambil bahagian dalam Pesta Komputer Peribadi di Atlantic City, di mana komputernya terjual untuk kali pertama. Susulan kejayaan itu, Jobs dan Wazniak menubuhkan Apple Computer, yang kemudian muncul sebagai syarikat komputer terbesar dunia.

Pada 1978 ketika berusia 23 tahun, Jobs menjadi jutawan, dan dalam hanya setahun, nilai hartanya meningkat kepada AS$10 juta, sebelum menjadi AS$100 juta setahun kemudian. Sebelum meninggal dunia pada 2011, Jobs dianggap sebagai pelopor komputer peribadi dan gajet serba guna iPad dan iPhone. 

Begitulah kisah Jobs, seorang anak muda yang sentiasa berusaha memperbaiki dirinya dengan mencari idea-idea baharu menerusi penghayatan tabiat membaca. Ia bukan mustahil dan kita juga berpotensi untuk mencapai kejayaan serupa, dengan syarat memperbaiki diri dengan cara gigih membaca! 

Tabiat hidup membentuk sikap manusia. Pepatah Inggeris ada menyebut: 

“Semai pemikiran, terhasil tabiat, terhasil sikap, semai sikap, terhasil matlamat.”

Tabiat adalah faktor sangat berpengaruh dalam kehidupan manusia. Ini kerana ia dibuat tanpa disuruh dan berlaku secara konsisten serta berterusan setiap hari. Seperti kata pepatah Melayu, “alah bisa tegal biasa” , tabiat akan menghasilkan beberapa sikap tertentu, sama ada positif atau sebaliknya.Sabda Rasulullah SAW bahawa ‘Bekerjalah seolah-olah kamu tidak akan mati selama-lamanya dan beramallah untuk akhirat seolah-olah ajalmu menunggumu esok. 

Disediakan oleh:

Hanan Khadijah Binti Kamarul Hisham
Simpang Renggam, Johor

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.