Sultan Osman I atau dikenali sebagai Osman Bin Ertugrul merupakan pengasas Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1299 sehingga 1324. Osman merupakan putera kepada Ketua Puak Turki Kayilar iaitu Ertugrul Bey. Ertugrul Bey bersama para pengikutnya berhijrah ke Anatolia selepas Sultan Seljuk pada masa itu, Sultan Alauddin Kaykubad menganugerahkan Söğüt sebagai pusat pemerintahah Ertugrul di Anatolia.

Ini kerana Ertugrul Bey telah berjasa kepada Sultan Alauddin Kaykubad dalam mempertahankan Kesultanan Rum Seljuk daripada ancaman Mongol. Sultan Alauddin Kaykubad sangat gembira dengan setiap kemenangan Ertugrul Bey sehingga baginda menganugerah setiap wilayah baharu dalam setiap kemenangan Ertugrul Bey.

Sultan Osman I (1300 - 1326). First of the Ottoman Dynasty, Stock Photo,  Picture And Rights Managed Image. Pic. MEV-10269824 | agefotostock

Pada tahun 1288, Ertugrul Bey telah mangkat dan tampuk kepimpinan puak Turki Kayilar telah diserahkan kepada Osman Bey. Seperti ayahandanya, Osman Bey sangat berjasa kepada Sultan Alauddin Kaykubad. Jasa Osman Bey sangat besar kepada Sultan Alauddin Kaykubad sehingga baginda sendiri menganugerahkan gelaran “Bey”. Selain itu, Sultan Alauddin Kaykubad juga telah dianugerahkan kuasa autonomi sendiri untuk memerintah wilayah Osman Bey di Anatolia selepas kejayaan Osman Bey menakluki Karacahisar pada tahun 1291.

Kejayaan Osman Bey menakluki Karacahisar pada tahun 1291, Osman Bey telah memerintah Dursun Fekih untuk mendoakan nama baginda dalam Khutbah Jumaat bagi membuktikan kekuasaan baginda telah diiktiraf oleh Sultan Alauddin Kaykubad. Pada tahun 1299, Osman Bey telah menyerang wilayah Byzantine iaitu Yenişehir dan menjadikan kota tersebut sebagai pusat pemerintahan Osman Bey.

Pada tahun 1300, Sultan Alauddin Kaykubad telah menghantar nobat kebesaran Kesultanan kepada Osman Bey untuk mengiktiraf kemerdekaan wilayah yang diperintah oleh Osman Bey. Secara rasminya, Kesultanan Turki Uthmaniyyah telah didirikan dan Osman Bey menggunakan gelaran Sultan. Tidak lama kemudian, Sultan Alauddin Kaykubad telah mangkat dan secara rasminya Kesultanan Rum Seljuk telah pun dibubarkan.

Sultan Osman merupakan seorang ahli Sufi yang mendapat bimbingan daripada Syeikh Edebali. Oleh itu, tidak menghairankan kenapa tarekat-tarekat berkembang dengan pesat ketika zaman Empayar Turki Uthmaniyyah. Menurut lagenda, Sultan Osman telah bermimpi bahawa bulan telah keluar dari dada Syeikh Edebali dan memasuki ke dada baginda lalu tumbuh satu pokok yang besar daripada pusat Sultan Osman dan dibawah pokok tersebut. Dibawah pokok tersebut, ada pergunungan dan air mengalir dimana semua orang telah mendapat manfaat daripadanya. Daripada mimpi Sultan Osman tersebut, Syeikh Edebali mentafsir bahawa Sultan Osman dan keturunannya akan dianugerahkan kekuasaan yang akan menaungi umat Islam di seluruh dunia. Syeikh Edebali telah mengahwinkan puterinya dengan Sultan Osman dan secara tidak langsung keturunan Rasulullah s.a.w telah bersambung dengan Dinasti Osman. Ini disebabkan Syeikh Edebali sendiri berketurunan Ahlul Bayt.

Sultan Osman berjaya menakluki beberapa wilayah di sekitar tanah Anatolia sehingga menghampiri kota Konstantinopel. Kedatangan puak Turki telah mengancam kedaulatan Empayar Byzantine yang semakin lemah. Maharaja Andronicus II melihat Sultan Osman I sebagai ancaman sangat serius yang bakal menggugatkan kedaulatan Empayar Byzantine. Bagi mempertahankan kedaulatan Byzantine, Maharaja Andronicus II telah mengupah tentera Salib dari Sepanyol untuk memerangi ancaman tentera Turki Uthmaniyyah.

Pada tahun 1308, Sultan Osman berjaya menakluki Belokome dan kubu-kubu di sekitar Sungai Sakarya dan ini memudahkan Sultan Osman menguasai Laut Marmara. Pada tahun 1313, pemerintah Harmankaya, Kose Mikhail Bey telah tunduk kepada pemerintahan Turki Uthmaniyyah dan beberapa wilayah Makacah, Ahisar, Golpazari telah dimasukkan ke dalam Kesultanan Turki Uthmaniyyah. Pada tahun-tahun terakhir Sultan Osman, segala urusan pentadbiran dan kempen ketenteraan telah diserahkan kepada putera baginda, Sultan Orhan.

Pada tahun 1324, Sultan Osman telah mangkat ketika kempen penaklukan ke atas Bursa yang diketuai oleh Orhan. Sultan Osman telah dimakamkan di Söğüt kemudian dipindahkan ke Bursa. Takhta Sultan telah diwarisi kepada Sultan Orhan sebagai pemerintah Kesultanan Turki Uthmaniyyah yang kedua.

Rujukan

Akgunduz, A., & Ozturk, S. (2011). Ottoman History-Misperceptions and Truths. IUR Press.

Caroline F.. Finkel. Osman’s Dream: The Story of the Ottoman Empire, 1300-1923. Basic Books, a member of the Perseus books group, 2006.

Hamka (1981) Sejarah Umat Islam Edisi 2016. PTS Publishing House.

Masters, B. A. (2010). Encyclopedia of the ottoman empire. Infobase Publishing.

______

Artikel ini ditulis oleh Haziq Azhar yang boleh dihubungi melalui [email protected]

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.