Ramai yang tak perasan sepatutnya ada hamzah wasal pada perkataan اسم pada ayat bismillahirrahmanirrahim ni. Sedangkan kalau kita tengok pada ayat-ayat lain yang hampir sama, hamzah wasalnya ada sahaja. Jadi ke mana sebenarnya hamzah wasal ni pergi?

Baiklah, sebelum kita pergi ke perbincangan- pastikan anda tahu dahulu hamzal wasal tu apa. Mungkin gambah rajah ringkas ni dapat membantu kita ulang kaji sebentar apa perbezaan diantara hamzah biasa dan hamzah wasal.

Mudah sahaja kan? Jadi kita terus kembali kepada topik perbincangan, macam mana boleh hilang dalam Basmallah tapi tak hilang pada ayat yang lain? 

Baik, sekarang ni cuba perhatikan gambar rajah di bawah, dan lihat perbezaan diantara ketiga-tiga ayat ini.

Jadi bila kita lihat pada ayat pertama surah al a’la dan surah al alak, hamzah wasal yang terdapat pada kedua-dua ayat ni masih kekal, (اقرأ باسم) hamzah wasal tersebut berada betul-betul selepas huruf ba’ – (ب). Sama seperti (سبح اسم), hamzah wasal duduk statik sebelum huruf ha’ -(ح).

Hanya dalam Basmallah sahaja hilang, kalau ikutkan bentuk sebenarnya adalah;

باسم الله الرحمن الرحيم

Jawapan bagi persoalan tersebut telah pun ditulis oleh majoriti ulama tafsir diantaranya al Baghawi, Ibnu Asyur, Al Alusi dan ramai lagi. Jumhur mufassirin bersepakat bahawa alif atau hamzah wasal tersebut digugurkan di dalam penulisan basmallah, bukan hilang atau kesalahan cetakan mana-mana mashaf al Quran.

Penguguran bagi penulisan basmallah bagi menunjukkan ia sering ditulis dan diucapkan ( كَثْرَةِ اسْتِعْمَالِهَا ) . Berbanding dengan arahan bertasbih dan arahan membaca seperti yang terdapat dalam surah al Ala’ dan al Alak, kedua-duanya arahan berbentuk galakkan, tetapi penggunaan tasbih dan membaca tidak sekerap basmallah. Ketika memulakan sesuatu perkara kita tidak digalakkan untuk memulai dengan tasbih tetapi digalakkan untuk bermula dengan lafaz-lafaz basmallah. Sebab itu hamzah wasal pada surah al Ala’ dan al Alak tidak gugur seperti yang berlaku pada basmallah.

Buktinya, basmallah selalu diaplikasikan dalam apa-apa keadaan, dari setiap satu perbuatan ke satu perbuatan yang kita mahu lakukan maka sangat digalakkan untuk kita membaca ‘bismillahirrahmanirrahim’ . Di dalam beberapa hadis juga disebutkan setiap perbuatan yang dimulakan tanpa basmallah maka tiada keberkatan pada amalan tersebut . Di dalam al Mawsuah Al Fiqhiyyah dinyatakan sepakat para ulama bahawa membaca Bismillah sebelum memulakan sesuatu perkara adalah sesuatu yang disyariat dan disunatkan.

Walaupun penulisan alif wasal ini tidak memberikan implikasi pada makna basmallah itu sendiri, setidak-tidaknya pada bentuk tulisan ini menzahirkan bukti keunikan basmallah yang menjadi asas ibadah yang sering diamal dan diaplikasikan bagi seseorang muslim.

 

Penulis,

Fitri Asmad

Shah Alam, Selangor

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.