Tahukah anda apabila kita hendak memulakan perbualan dengan orang, ada cara dan seninya yang tersendiri?

   Soalnya bagaimana? adakah dengan kita main terjah sahaja? atau kita biarkan sahaja orang lain bercakap dan kita hanya mendengar? atau kita cakap seorang sehingga orang lain menjadi mual?

    Satu perkara yang cukup penting apabila kita mahu memulakan perbualan adalah dengan mengenalpasti dengan siapakah kita bercakap, topik apakah yang ingin dibualkan, dan masa yang sesuai untuk bercakap terhadap sesuatu perkara.

     Perkara pertama adalah cukup mustahak. Hal ini demikian kerana lain orang lain caranya. Maksudnya? Bukankah ini suatu tindakan yang bias! Relaks dulu, jangan salah faham. 

       Maksud saya adalah kita mengenalpasti terlebih dahulu orang yang kita akan bersembang itu bagaimana. Salah satu cara yang mudah adalah dengan memerhati cara beliau terlebih dahulu. Cara saya, saya akan biarkan dahulu orang yang bercakap dengan saya itu memulakan perbualan. Kebiasaannya saya akan respon dengan sepatah dua perkataan dan lebih banyakkan ruang untuk mendengar setiap butir perkataan orang tersebut. 

     Sebenarnya, bermula dari peringkat ini, kita boleh mengenalpasti orang itu jenis yang bagaimana. Tujuan pengenalpastian ini dibuat bukanlah untuk menilai perwatakan atau menghukum peribadi orang tersebut namun lebih kepada untuk membina satu kepercayaan dan bonding (ikatan) antara kita dan orang yang kita berbual. 

     Realitinya, sebahagian individu tidak akan memulakan perbualan melainkan setelah kita bina kepercayaan mereka pada diri kita. Maka, apabila kepercayaan dan bonding itu telah berjaya dibina, perbualan yang pada asalnya suam suam suku akhirnya boleh jadi perbualan yang rancak. Perbualan yang pada mulanya hanya berkisar sembang kosong akhirnya menjadi perbualan yang lebih bersasar.

     Seterusnya, apabila kepercayaan dan bonding itu berjaya dibina, maka kita perlu mencari satu titik persamaan dalam perbualan tersebut. Misalnya, topik apakah yang ingin dibualkan?

Cuma perkara ini perlukan try and error namun error itu boleh dikurangkan dengan cara kita mendengar dulu perbualan orang lain. Bermula dari situ, kita akan tahu topik apakah yang orang tersebut berminat dan cenderung untuk dibualkan. Ada orang yang berminat untuk berbual tentang politik, hal rumah tangga, hobi, isu masalah sosial, bisnes dan lain-lain. Apabila wujudya mutual topic untuk dibualkan, maka masing-masing akan mempunyai ruang dan peluang untuk menghidupkan perbualan tersebut. Selain itu, kita juga hendaklah sentiasa peka dengan reaksi orang tersebut apabila suatu topik dibincangkan.

     Akhir sekali, kesesuaian masa untuk suatu perkara dibualkan. Kebiasaannya, perkara ini paling susah untuk direalisasikan. Puncanya adalah disebabkan langkah pertama kita tidak berkesan terlebih dahulu. Apabila kita tidak bina suatu kepercayaan orang terhadap kita dan kita tidak berusaha untuk peka dengan reaksi orang disekeliling kita.

     Misalnya, orang datang kepada kita untuk mendapatkan nasihat tentang masalah kewangan yang dihadapinya. Maka diadukan kepada kita akan kesempitan wang dan lambakan hutang yang terpaksa ditanggungnya. Sebahagian orang akan mengambil tindakan melulu dengan memberikan peluru hidup. Dituduhnya orang itu boros berbelanja, tidak pandai menguruskan duit dan sebagainya tanpa mengambil usaha untuk selidik apakah punca masalah itu berlaku.

     Tanam dalam kepala kita bahawa orang tidak akan datang kepada kita untuk mengadu masalah melainkan setelah dia yakini bahawa kita adalah orang betul untuk dirujuk. Adakalanya, orang seperti ini tidak mengharapkan solusi segera namun dia hanya perlukan seorang yang sudi mendengar luahan hati dia. Tapi malangnya, orang yang dipercayai itulah yang akhirnya menambahkan masalah yang sedia ada ditanggung. والعياذ بالله

      Kesimpulannya, apabila kita hendak memulakan suatu perbualan, kemahiran membaca orang itu amat penting kerana daripada situ kita akan menbina satu bonding dan kepercayaan orang lain kepada kita untuk mendapatkan suatu mutual topics for conversation dan pada waktu sama kita hendaklah peka akan setiap reaksi orang itu supaya perbualan itu bukan hanya sesuai dengan orang yang dibualkan bahkan tepat dengan masa dan situasi keadaannya.

Wallahua’alam

Ditulis oleh 

Fathi Anwar,

Setapak, Kuala Lumpur.

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.