Melihat kebahagiaan orang tua sungguh menyenangkan hati anak-anak. Bergelar seorang anak bermakna kita menpunyai ibu bapa yang kita sanjungi. Namun, ada juga yang tidak merasai setiap belaian kasih sayang daripada kedua-dua orang tua sejak kecil lagi. Hanya yang terpilih sahaja yang merasai nikmat ini. Syukurlah kerana kita antara insan yang terpilih untuk berada dalam dakapan ibu dan bapa kita. 

Rasulullah S.A.W berpesan kepada umat baginda agar menyantuni orang tua dan melarang menderhakai ibu dan bapa kita. Sungguh, hal ini membawa kepada kemurkaan Allah S.W.T. Hal ini kerana Allah S.W.T mengaitkan banyak ayat tentang ibadah dengan tuntutan ihsan kepada ibu bapa dengan sebaiknya dalam pergaulan bersama mereka. Mereka adalah sebab hakiki selepas Allah S.W.T akan kewujudan manusia. 

Sayangnya, risalah ini tidak diendahkan malah dipandang enteng bagi sesetengah individu. Sudah berapa ramai ibu bapa mengungkapkan kesedihan melihat perangai anak-anak yang tidak henti-henti memberi kekecewaan kepada mereka. Meniti pada akhir-akhir ini juga, ramai yang menderhakai kedua-dua orang tua mereka.

Suatu ketika kita membesar dengan baik disebabkan jasa orang tua kita, di situlah tanggungjawab dan amanah menghampiri bila mana kita semakin dewasa. Ada segelintir anak dapat menyambung pengajian, ada dalam kalangan anak yang menyambung pengajian sambil bekerja dan ada sesetengah anak yang mengorbankan masa belajar demi menampung sara hidup keluarga. Adakah semua ini cukup untuk membalas pengorbanan orang tua kita? Semestinya, tidak. Balaslah kebaikan mereka dengan menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. Jangan sesekali hampakan mereka dengan sisi tingkah laku yang buruk.

Perlakukanlah mereka dengan lemah lembut sepertimana mereka melayani kita sejak bayi hingga dewasa bagai menatang minyak yang penuh. Sesulit mana pun keadaan kita, jangan pernah membelakangi mereka dan pikullah amanah dengan sebaiknya. Lapangkanlah masa kita bersama mereka sebagaimana mereka dahulu bersengkang mata menjaga kita yang berbagai-bagai kerenah. Luangkanlah masa kita untuk mereka sebagaimana mereka lakukan walaupun mereka tersepit dengan masa bekerja.

Tak kiralah sesibuk mana pun kita di dunia ini, ingatlah mereka serta hubungilah mereka dengan bertanyakan khabar. Justeru, doa hendaklah dijadikan penghubung utama kepada Ilahi buat kedua-dua insan tercinta ini. Kerana apa yang ada dalam genggaman kita Semarang adalah daripada doa ibu kita yang tiada hijab. 

Bayangkan senyuman ibu kita apabila melihat kebahagiaan dan kejayaan anaknya di dunia dan akhirat. Bayangkan setiap titisan air mata dan air peluh sepanjang ibu dan bapa kita membesarkan kita. Seandainya kita boleh melihat saat mereka sedaya upaya hendak mendapatkan kita dan saat kita dilahirkan, sudah tentu kita tak sanggup lukakan hati mereka. Renung-renungkanlah. Kewujudan kita di atas dunia ini menjadi pelengkap kepada kedua-dua insan ini.

Berfikirlah sejenak. Kita tak akan pernah mampu menghitung setiap pengorbanan dan penat lelah mereka. Kita juga tidak mampu merasai perasaan mereka bila mana hati mereka tergores. Hargailah setiap detik yang Allah kurniakan sebagai suatu alternatif dalam mencipta kenangan yang indah. Ibu bapa merupakan anugerah yang istimewa bagi setiap insan. Kehebatan ibu bapa bukanlah terletak pada latar belakang yang diselit segulung sijil therapist dengan melahirkan anak-anak yang berpendidikan sehingga nama dipahat di puncak menara gading. Tuntasnya, hargailah ibu bapa kita.

Disediakan oleh: Farzana Raiquisha


Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.