Utusan Pertama

“Serahkan semua harta kamu!” arah ketua kumpulan perompak.

“Berani kamu mahu merompak aku? Kamu tahu aku siapa?” tanya si utusan raja.

“Siapa kamu?” tanya ketua kumpulan perompak berkenaan.

Kawan-kawannya juga ketawa. Lucu dengan keyakinan mangsa mereka itu.

“Aku ialah utusan Raja Fulan bin Fulan. Aku sedang melakukan kerja yang diperintahkan olehnya. Engkau tahu siapa dia, bukan?” tegas si utusan raja.

Mendengar nama Raja Fulan bin Fulan itu, ketua perompak dan rakan-rakannya jadi kecut. Mereka tahu benar akan kekuatan sang raja. Hajat mahu memangsakan si utusan, mahu sahaja nanti tindakan mereka dibalas oleh raja dengan serangan. Musnah habis segala-galanya.

Utusan raja terselamat.

Beliau dilepaskan.

Utusan Kedua

Berbeza kisahnya dengan utusan raja yang kedua.

“Serahkan semua harta kamu!” arah ketua lanun.

“Berani kamu mahu merompak aku? Kamu tahu aku siapa?” tanya si utusan raja.

“Siapa kamu?” tanya ketua kumpulan lanun berkenaan.

Kawan-kawannya ketawa besar. Tidak pernah berjumpa dengan mangsa seberani ini.

“Aku ialah Fulan bin Fulan. Juara tempur 10 tahun berturut-turut. Tiada juara yang berdiri di hadapanku melainkan aku tundukkan ia!” tegas si utusan.

“Arghhh. Kami peduli apa. Serahkan harta kamu!” bentak ketua lanun berkenaan.

Mereka bertempur dan akhirnya utusan raja tumpas dibunuh dan hartanya dirompak.

Fadilat Basmallah

Itulah bentuk analogi yang dikemukakan oleh Badiuzzaman Said al-Nursi dalam al-Kalimāt, salah satu kitab dalam siri Risalah al-Nur beliau. Beliau menjelaskan kepentingan basmalah yakni lafaz Bismillāh al-Rahmān al-Rahīm dalam mengiringi amal perbuatan harian kita. Ia diumpamakan seperti utusan ketua kabilah yang menyeberang padang pasir. Pelbagai ujian, ancaman dan dugaan daripada musuh yang pelbagai dan harus dihadapi oleh utusan tersebut.

Sesungguhnya kitalah utusan itu.

Dan dunia ini ialah padang pasir yang luas terbentang.

Hamba yang merendah diri, memuliakan ketuanya dan mengiringi setiap lakunya dengan nama ketua akan beroleh perlindungan dengan kebesaran nama ketuanya itu. Berbeza dengan utusan yang hanya melihat kebesaran pada dirinya. Dia lupa akan hakikat dirinya sebagai utusan. Meremehkan kedudukan ketuanya yang sepatutnya boleh berperanan melindunginya dalam perjalanan. Beliau menempuh risiko demi risiko hanya untuk mempertahankan kebesaran diri.

Bagi mereka yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan nama Allah, dia melakukannya dengan kualiti tertinggi. Dia melakukannya dengan prinsip yang tinggi. Dia melaksanakannya dengan penghormatan yang tinggi kerana dia membawa nama Tuhannya.

“Setiap urusan yang penting namun tidak dimulakan dengan Bismillāh al-Rahmān al-Rahīm dan memuji Allah, menyebut serta mengingati-Nya maka ia terputus.” (Hadis sahih riwayat Ibn Daqiq al-‘Aid).

Sudah lama kita menggunakan sampul surat rasmi bertulis “Urusan Seri Paduka Baginda”.

 

Artikel ini merupakan petikan daripada sebahagian kandungan dalam buku Setia Dengan Kebenaran tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.