Pendidik harus menulis?

Apabila diriku membaca buku bertajuk Pesan Hamka kepada Pendidik yang disusun indah bait-bait bicaranya oleh Muhammad Shah Ahmad Nor, aku tertanya diriku sendiri. Mengapa pendidik harus menulis? Adakah semua pendidik itu boleh menulis? Aku tertanya apa agaknya analogi ini sebenarnya. Aku tertanya diriku sendiri sekali lagi. Adakah aku bisa menulis kerana aku juga seorang pendidik?

Hamka telah membuktikan menulis telah banyak mentarbiyah dirinya untuk menjadi lebih baik. Beliau pernah difitnah dan ditohmah sehingga ada bisikan jahat berbisik supaya  membunuh diri untuk lari daripada masalah. Namun, beliau tahu betapa besarnya dosa apabila bunuh diri. Beliau teringat kembali tentang apa yang pernah ditulisnya dalam bukunya bertajuk Tasauf Moden. Beliau  terus membaca buku itu kembali agar dirinya kembali bangkit dengan semangat yang baru.

Begitu juga dengan kisah BJ Habibie, iaitu mantan Presiden kepada Republik Indonesia. Beliau diserang kemurungan kerana kehilangan isteri tersayang, Ainun. Ini menyebabkan beliau menjadikan menulis untuk merawat kelukaan jiwanya. Lihatlah betapa berkuasanya terapi penulisan terhadap individu hebat ini.

Sebagai insan yang bergelar pendidik, sudah tentu ada ujian yang melanda diri dan mengganggu emosi dirimu duhai pendidik. Oleh sebab itu, Hamka mengajak pendidik supaya menulis kelukaan hati dengan iringan doa kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Apabila menulis, diri kita akan lebih jelas.

Apakah yang menguji emosi kita? Adakah kita marah dengan pelajar-pelajar  kita? Adakah kita campur aduk masalah peribadi  apabila ke  sekolah?

Sebagai pendidik, aku sedar terdapat banyak kisah suka duka yang aku alami bersama-sama pelajar. Ada kisah suka dan ada kisah duka. Aku harus menulis agar aku juga dapat mendidik jiwa seperti Hamka dan BJ Habibie dalam menenangkan diri sendiri. Mendidik itu terapi yang indah andai kita benar-benar minat untuk menulis.

Moga dengan menulis, ia mampu menjadi alternatif kepada sebuah pendidikan.

Buat pendidik, menulislah bukan semata-mata untuk para pelajar. Tetapi, lebih utama untuk dirimu sendiri agar dirimu bahagia apabila mengajar di sekolah.

Buat pendidik, berimpian tinggilah untuk menulis coretan indah di sekolah agar coretan itu menjadi asbab untuk semua orang membaca dan mengambil pengajaran daripada yang disampaikan. Moga tulisan itu nanti menjadi saham dirimu di sana nanti.

Disediakan oleh,

Nadia Rawi


Hantar karya anda tentang HAMKA ke [email protected] dan tebus baucar buku sebanyak RM30!

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.