Pakai iphone Bukan Sebab Kaya? Tapi….

iphone

Sekarang ni dah tahun 2019, tahun depan 2020 kereta dah boleh terbang. Ada satu perkara yang didoktrin dalam kepala rakyat Malaysia; orang yang pakai iPhone adalah orang ada-ada.

Pemikiran sebegini harus dihentikan. Pengguna membeli iPhone bukan sebab mereka kaya. Tapi ada beberapa fungsi dan tahap ke-imersif-nya sangat menawan.

Dalam tiga minggu lepas, alhamdulillah aku dapat upgrade iPhone baru selepas beberapa tahun menggunakan iPhone 6s. Waktu aku tunjuk kotak iPhone baru di story WhatsApp, ada beberapa rakan yang usik-usik cakap aku kaya, anak lord, mentereng, berenang dalam emas, bersayap wang kertas.

Di sini aku saja la nak tulis beberapa point kenapa aku pakai iPhone.

1. Apple menjanjikan kemas kini sistem operasi iOS selama 5 tahun. Update ini dari segi OS dan keselamatan. Tetapi Android phone hanya dijanjikan kemas kini OS selama 2 tahun dan kemas kini keselamatan selama 3 tahun. Dengan kata lain dan dalam kata yang mudah, jangka hayat iPhone mampu bertahan selama 5 tahun dan Android hanya 3 tahun. Aku seorang yang tidak gemar menukar telefon dengan kerap. iPhone jika anda membelinya, kadar susut nilainya adalah rendah berbanding telefon Android yang lain kecuali Android tersebut adalah flagship. (P/s: tertuju hanya kepada iPhone original secondhand, bukanya telco set atau refurbished set).

2. Harga iPhone sekarang sangat Yahudi. Hanya siri iPhone XS yang ada fokus kepada flagship dan midrange. iPhone X dan ke bawah, semuanya flagship. Tapi, you get what you pay. Harga memang Yahudi, tapi anda akan dapat pakej Yahudi tu sendiri (set premium maksud aku). Jadinya pengguna tak perlu fikir panjang dah, bila beli iPhone, itu adalah smartphone terbaik (pada ketika itu).

3. Waktu aku guna Android satu ketika dahulu, aku sangat obses untuk flash rom baru ke dalam telefon tersebut. Dan aku install macam-macam dalam Android tersebut. Smartphone aku dah serupa sebuah komputer. iPhone, ‘tak boleh buat apa-apa’, dan aku anggap benda ini sebagai kelebihan kepada aku. Sebab apa yang aku dapat buat, adalah apa yang iPhone sediakan yang asal sahaja. Zaman aku flash rom mengarut-ngarut ni dah berakhir. Tak ada faedah aku nak jailbreak iPhone aku. Jadinya, set iPhone ini memudahkan pengguna, sebab tak boleh buat apa-apa dah.

4. Apple tidak memberi pilihan kepada pengguna. Ada pro dan kontra benda ini. Tapi aku nak cerita pasal pro dulu. Kebebalan iPhone bermula dengan iPhone 7, mereka membuang 3.5mm bicu audio. Dan selepas keluaran iPhone 8, Apple makin menyerlah bebalnya apabila mereka buang terus butang fizikal (solid-state button) pada hadapan screen. Jadi, di mana pro? Kat sini lah pro. Dia tak beli option, jadinya pengguna tak payah fikir panjang ‘nak guna yang mana’, sebab hanya itu yang ada.

5. iPhone adalah perintis kepada telefon pintar Android yang lain. iPhone buat takuk, Android buat juga. iPhone buang 3.5mm bicu audio, geng-geng type-C pun buang juga bicunya. Kita boleh nampak betapa besarnya impak ‘Apple’ dalam arena teknologi smartphone ni.

6. Apple tidak membawa teknologi yang baru pada barangan mereka. Falsafah Apple jelas; kenapa perlu menggunakan teknologi baru kalau teknologi tu tak boleh digunakan di pasaran? iPhone 8 Plus pun masih tak guna OLED. Hanya iPhone X dan ke atas sahaja yang guna OLED display. Walaupun menggunakan Retina HD, tahap imersif iPhone memang terserlah sejak dari iPhone 6 lagi. Jadi, kenapa perlu guna OLED? Pendapat aku sendiri, iPhone X mula guna OLED kerana nak buang dahi dan dagu iPhone tersebut dan menggantikannya dengan takuk. Contoh lain; berkenaan pengecasan nirwayar, hanya iPhone XS dan ke atas sahaja yang ada. Dan aku akan tanya anda balik, skala 1-10 (10 paling perlu), betapa perlunya wireless charging ini kepada hidup anda?

7. Bila bercakap mengenai performance, kalau perhatikan, performance Apple lebih baik berbanding Android phone. Contoh, Fortnite mobile pada Android memerlukan sekurang-kurangnya 3GB RAM untuk menjalankan permua tersebut. Tetapi bagi iPhone, hanya memerlukan 2GB RAM. Contoh lain, jika anda mempunyai 16GB RAM pada semua komputer Windows, performance komputer tersebut masih dibawah dari sebuah MacBook yang hanya menggunakan 8GB RAM. Salah satu faktor utama, Apple mengintegrasikan semua perkakasan dan perisian mereka untuk ‘berhubung satu sama lain’.

8. Kenapa jadi sedemikian? Kerana Apple yang membuat peranti, dan mereka sendiri membuat sistem operasi untuk peranti tersebut. Manakala Android, telefon pintar tersebut dibuat oleh pihak telefon pintar, tetapi sistem operasi di dalamnya dibuat oleh Android (setepatnya Google). (Mungkin) Kesinambungan dari ini, Google pada 2014 menawarkan Android One dimana hampir serupa dengan stock Android tetapi disenergikan dengan telefon pintar tertentu. Jadinya, telefon tersebut dapat memberi performance yang lebih baik kalau nak dibandingan dengan telefon pintar lain yang mempunyai spesifikasi yang sama.

9. Apabila dapat kemas kini sistem operasi, iOS lebih cepat, dan jika mempunyai bugs (pepijat) sekalipun, Apple cepat menyelesaikannya. Tetapi tidak bagi telefon pintar yang menggunakan Android kerana Google terpaksa membuat kemas kini yang berbeza bagi setiap telefon pintar. Sebagai contoh, Android Oreo dilancarkan pada Ogos 2017 tetapi pada Oktober 2018, hanya 19.2% sahaja pengguna yang dapat kemas kini tersebut. Ketimbang dengan iOS, dimana iOS 12 dilancarkan pada September 2018, dan pada Oktober tahun yang sama, 50% peranti telah mengemas kini sistem mereka.

10. Face ID dan Touch ID pada iPhone bukanlah gimik untuk menyahkunci peranti semata-mata. Tetapi kebanyakan aplikasi lain sudah integrated dengan kebolehan ini. Sebagai contoh, Maybank2U hanya memerlukan Touch ID untuk kita lihat transaksi dalam bank atas talian. Dan banyak aplikasi lain yang memerlukan password, ditukar terus kepada Face ID dan Touch ID. Jadinya, tidak perlu set password baru, tidak perlu set jari baru. Hanya memerlukan jari/wajah anda yang anda setup sebagai Face ID dan Touch ID pada iPhone tersebut.

Ini adalah 10 sebab kenapa aku masih menggunakan iPhone. Mungkin kalian akan menulis komentar untuk membalas pujian aku terhadap iPhone ini; dan kritikan kalian aku tidak nafikan juga kerana aku sendiri juga mempunyai banyak ‘tapi’ dalam menulis entri ini. Jangan risau, entry seterusnya akan hadir dengan ‘beberapa sebab kenapa aku melarang anda membeli barangan Apple’.

Cuma ingin aku tekankan di sini, 2019 ini, seperti yang aku cakap mula-mula tadi, hentikanlah membandingkan ‘strata kaya’ dengan semata-mata melihat iPhone dan Android.

Tulisan: FB Naim AlKalantani

Sumber:
http://www.amanz.my
http://www.Digitaltrends.com
http://developer.android.com
http://www.youtube.com/AmanzNetwork
https://www.techeadar.com
https://www.sportskeeda.com

(Gambar sekadar hiasan, sumber gambar: google)

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *