Jika kita diberi pilihan untuk memilih yang manis atau yang pahit, yang manakah kita akan pilih?

Pasti kebanyakan daripada kita cenderung untuk memilih yang manis kerana manis itu menyedapkan rasa, menyenangkan hati dan memikat jiwa. Sebaliknya, yang pahit itu memotong rasa, menyakitkan hati dan menimbulkan kecewa.

Andai hidup boleh diatur dengan kehendak kita, sudah tentu kita akan memilih perkara yang manis-manis sahaja dan pasti tidak mahu yang perkara yang pahit berlaku. Hal ini kerana mata kita yang menghukum bahawa manis itu bahagia, pahit itu derita. Angkara mata yang menilai, hati boleh tertipu dengannya. 

Sebenarnya, disebalik sifat pahit yang sukar di telan terselit seribu macam falsafah, tersimpan seribu macam hikmah. Yang manis pula, terzahir seribu satu pendustaan dan tercipta seribu satu ancaman. Jika dalam soal makanan, gula ibarat racun. Luarannya rasa manis tetapi dalamannya membawa racun. Pahit pula ibarat ubat, luarannya rasa kelat tetapi dalamannya menjadi pengubat.

Demikian kitaran hidup yang serba macam seribu satu cerita. Ada yang manis, ada yang pahit dan ada juga yang sudah hilang jiwa dan raganya. Kerana kecewa, pahit manis bukan lagi masalahnya. Tetapi perlu membina semula jiwa raganya agar dapat kembali merasai detik pahit manisnya hidup. Logik akal akan berkata, kenapa perlu yang pahit sedangkan yang manis lebih enak. 

Tetapi falsafah hidup berbicara, yang pahit kadang lebih bermakna, lebih jujur, lebih realistik walau kelat rasanya. Berbanding yang manis, sangat berbahaya. Bicaranya manis, tetapi hati belum tentu mengiyakan. Senyumannya manis, tetapi jiwa belum tentu sempurna. Untuk mengenali erti hidup, kadang kala kita perlu belajar dari kejatuhan. Belajar untuk bangkit dan bukan untuk mengungkit. Belajar untuk bangun dan bukan sekadar terpegun. 

Benarlah kata orang dahulu, pahit itu ubat dan manis itu racun. Kepahitan akan mengajar kita erti pengorbanan perasaan, mengajar kita erti ketabahan diri dan mengukuhkan keyakinan jiwa. Jangan tertipu dengan kemanisan, kelak badan binasa dan hati kecewa. Jangan memandang hina pada yang pahit, kelak menjadi penawar luka dan pengubat jiwa. Semoga Allah menjauhi kita daripada helah tipu daya iblis dan syaitan dalam usaha kita mentaati perintah Nya.

Nukilan,

Faidhi Azis

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.