Jika ada yang mencari makna hidup atau berada dalam kecelaruan fikiran tentang kehidupan yang sedang dijalani, bacalah buku ini, anda mungkin tidak menemui jawapan bagi setiap persoalan tetapi mungkin yang anda temui satu jalan yang mengarahkan bagaimana kembali kepada tujuan asal kehidupan. Mungkin saja kecelaruan dan permasalahan yang timbul kerana anda telah jauh tersasar dari jalan yang sebenar.

Buku Penulis yang Disayangi Tuhan (https://www.jtbooks.my/produk/penulis-disayangi-tuhan/)

Penyatuan antara Usamah, Dinie, Borhanuddin, Adinda Aisyah, Suparno dan John Stallone dalam dunia penulisan membawa pembaca memahami tiga faktor tentang bagaimana menjadi penulis yang baik. 

1. Bersikap sabar

2. Fokus pada tujuan

3. Tidak mudah berputus asa

Iktibar daripada tiga kisah bekas penulis yang ditemui oleh Usamah pula mendidik  tentang sikap yang sepatutnya ada dalam diri seorang penulis. 

1. Amanah dalam menyampaikan berita yang benar.

2. Bertanggungjawab dan berempati

3. Menerima kritikan dengan berlapang dada. 

Johari Salim mengajarkan kepada Usamah tentang keseluruhan proses, bahawa dalam dunia penulisan populariti dan kekayaan bukanlah faktor utama yang seharusnya dijadikan tujuan. Kerana ketika seseorang itu menulis hanya untuk dikenali dan menjadi kaya pada akhirnya dia hanya akan menjadi hamba dunia. Sikap pentingkan diri, tamak dan banyak lagi sifat-sifat buruk yang datang bersamaan. 

Jika seorang penulis tidak mampu lagi menyentuh hati pembaca dengan penulisan mereka, maka bagaimana lagi caranya seorang penulis mampu menyebarkan kebaikan dan memberi manfaat kepada masyarakat? Sudah tentu generasi masa depan hanya melihat sebuah buku sebagai satu objek hiburan semata-mata, kerana isi kandungan hanyalah seputar kisah cinta si teruna dan si dara yang mengasikkan dan melalaikan. Yang lebih parah sehingga merosakkan generasi muda. 

Yang paling penting, memanusiakan masyarakat dengan ilmu pengetahuan. Nasihat mahupun kritikan dari mana-mana pihak tidak boleh dipandang satu sisi sahaja, kerana tanpa sedar kita hanya akan menilai orang tersebut sebagai menjatuhkan walhal sebaliknya ingin memperbaiki sisi-sisi kelemahan. Pandangan dan dendam Usamah kepada Joe Penapi berubah selepas mengetahui hal sebenar. Amarah dan dendam yang muncul pada mulanya tersiram lalu padam dengan kebenaran yang disampaikan sendiri oleh Joe Penapi. 

Kesilapan akan terus berlarutan seandainya tidak ada pihak yang sudi menegur untuk diperbaiki, kerana itu masyarakat perlu membuka minda seluasnya apabila menerima teguran ataupun kritikan meskipun pahit didengar dan diterima. Begitulah hakikat kehidupan tidak selalu indah tetapi di sebalik musibah yang melanda terselit hikmah yang besar bagi orang-orang yang sabar. 

Menulislah kerana akan selalu ada pembaca.

Disediakan oleh: Aishah Nerina


Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.