Kisah ini aku ingin abadi dalam bentuk penulisan. Semoga dirimu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Penghujung tahun 2020, berita mengenai seorang pemuda iaitu seorang nelayan yang disyaki lemas telah menggemparkan penduduk kampung aku. Walaupun pemuda itu sekampung denganku tetapi aku tidak mengenalinya dan hanya mendengar namanya meniti di bibir bondaku yang pernah menjadi gurunya ketika di sekolah. Aku hanya mendengar sahaja perkembangan berita itu melalui aplikasi Whatapps.

Menurut ibuku, pemuda ini seorang yang sangat menghormati orang lain tidak kira sama ada tua atau muda, begitu juga dengan guru di sekolah. Pemuda ini begitu dikenali kerana sifatnya yang  sangat pemurah dan dermawan kepada sesiapa sahaja. Malah amat bersopan santun dengan ibubapanya. Bak kata pepatah melayu, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Setiap manusia itu mempunyai kebaikan yang tersendiri.

Kisah pemuda ini banyak memberi pengajaran kepada aku bahawa pentingnya untuk berbuat baik kepada sesama manusia dan berbudi bahasa dalam kehidupan seharian. Setelah membaca kisah pemuda ini aku sedar bahawa benarlah Allah S.W.T hanya memandang takwa hambanya bukan memandang pangkat, nama atau harta. Kisah pemuda ini cocok dengan kata-kata Buya Hamka.

“Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan katinggian ilmu seseorang, Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya”

Sesungguhnya kisah tentang baik budi pekertimu, aku nukilkan dalam penulisan ini agar dapat memberi inspirasi kepada masyarakat betapa pentingnya berbuat baik sesama manusia kerana kebaikan seperti air sungai yang mengalir. Disebabkan kebaikanmu, namamu dituturkan dan dikenang oleh ramai orang.

Al Fatihah! Mohamad Luqman Hamka, semoga engkau ditempatkan bersama orang yang beriman.

Nukilan,

Nur izzati Hazwani

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.