Aku sebagai seorang wanita mempunyai konotasi yang begitu luas. Kadangkala, kata-kata cinta begitu mudah untuk diungkapkan namun sukar untuk dijelmakan dengan perbuatan. Dunia percintaan ada manis, ada kelat dan ada pahitnya. Namun itulah keindahan perasaan cinta yang Allah s.w.t kurniakan kepada setiap umat manusia sejak zaman Adam dan Hawa lagi.

Namun persoalannya, mengapa masih sukar menutur kata cinta walaupun sudah memiliki pasangan atau cinta hati? Dengan erti kata lain, mengapa masih sukar menuturkan kata cinta walaupun sudah bebas daripada kesunyian?

Jawapannya:

Seperkara yang perlu kita ingat bahawa hati manusia itu milik Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mempunyai kuasa untuk membolak-balikkan hati setiap makhlukNya.

“Siapa yang mencintai seseorang kerana Allah , kemudian seseorang yang dicintai itu berkata, “Aku juga mencintaimu kerana Allah”. Maka keduanya akan memasuki syurga. Orang yang lebih besar rasa cintanya akan lebih tinggi darjatnya daripada yang lainnya. Dan ia akan digabungkan dengan orang-orang yang mencintai kerana Allah”

Hadis Riwayat al Bazaar dan Sanah Hasan

Dari Rasulullah SAW yang bersabda dalam satu doanya:

“Ya Allah, berilah aku rezeki cinta-Mu dan cinta orang yang bermanfaat buat ku cintanya di sisi-Mu. Ya Allah segala yang Engkau rezekikan untukku di antara yang aku cintai, jadikanlah itu sebagai kekuatanku untuk mendapatkan yang Engkau cintai. Ya Allah, apa yang Engkau singkirkan diantara sesuatu yang aku cintai, jadikan itu kebebasan untuku dalam segala hal yang Engkau cintai.” [Hadits riwayat At-Tirmidzi]

Cinta sewajarnya memberikan kita semangat dan motivasi untuk menjadikan kita bisa mandiri, bebas dan matang mencanai kehidupan mengikut acuan diri sendiri. Namun satu hal yang perlu kita sedari bahawa cinta Allah s.w.t itu tidak pernah menolak kita seperti cinta manusia pernah menolak kita. 

Siapakah yang tidak memerlukan cinta di dunia ini? Namun kita harus sedar bahawa kita masih mermerlukan cinta demi negeri akhirat. Bertanyalah kepada diri sendiri, mengapa kita masih sukar menutur kata cinta jika ia berkaitan dengan akhirat?

Aku juga bertanya hal yang sama kepada diri sendiri. Cinta itu sebenarnya memerlukan visi dan misi yang jelas. Contohnya, bagaimana untuk menyuburkan perasaan rindu dan sayang itu? Adakah kita masih mencintainya di saat pasangan kita sudah tidak mempunyai ketarikan fizikal?

“Cintailah kekasihmu sewajarnya saja kerana bisa saja suatu saat nanti ia menjadi orang yang akan kamu benci. Bencilah sewajarnya kerana bisa suatu saat nanti ia menjadi orang yang kamu cintai.”

Hadis Riwayat Tirmidzi

Usah berlebihan dalam mencintai manusia malah rendahkan pengharapan dan banyakkan berdoa dalam sesuatu perhubungan. Jadilah seorang yang matang dalam hubungan baik lelaki mahupun wanita. Fokus matlamat diri dan wawasan dalam percintaan. Cinta yang bijak harus disertai dengan kebijaksanaan akal bukan menurut kata nafsu.

Setiap orang pernah jatuh cinta termasuk diri aku tetapi aku memilih untuk sukar menutur kata cinta agar jiwa ini tidak tersakiti lagi. Jika si dia mahukan diriku maka dia perlu berusaha mencari aku. Biarlah aku menjadi seorang wanita atau lelaki yang sukar menuturkan cinta agar jiwa ini lebih fokus akan masa depan daripada bersedih memikirkan rasa kecewa kerana cinta manusia.

Di era milenium ini, adakala wajar istilah perigi mencari timba tetapi aku memilih sukar untuk menuturkan kata cinta. Biarlah kelihatan seperti konservatif asalkan tampak bijaksana dan fokus akan matlamat kehidupan.

Aku berdoa semoga Allah s.w.t satukan hati kita dengan seseorang yang menghargai rasa cinta dan mencintai diri kita seadanya.

Nukilan,

Nur Izzati Hazwani


Hantar karya anda di emel [email protected].

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.