Pembaca mungkin pernah mendengar perkataan Introvert ,ekstrovert ,IFNJ dan sebagainya Tapi adakah anda pernah mendengar tentang booktrovert. Booktrovert bermaksud a person who prefers the company of fictional characters to real people. Booktrovert adalah istilah yang sama seperti Bookworm atau Book Flea di Indonesia. Di Perancis, booktrovert dikenali sebagai Ink drinkers dan di Romania dikenali sebagai Librarian Mouse.

Menurut kajian, seseorang yang booktrovert mampu memulihkan tenaga seseorang. Misalnya watak atau karakter yang dijelmakan di dalam buku yang dibaca oleh seseorang individu itu mampu memacu seseorang mempunyai daya fikir yang matang dan cepat dalam tindakan.

Dari segi psikologi kelebihan seseorang individu yang menjadi seorang booktrovert ialah mereka lazimnya pandai mengisi masa mereka sendiri. Mereka tahu mengisi masa mereka sendiri tidak kisah ketika mereka dalam kesesakan lalu lintas atau dalam apa jua situasi. Malah mereka juga terbiasa dan boleh mengeluarkan atau menulis kata-kata pujangga ( quotes )  bagi diri mereka sendiri.

Mengapa Anda Perlu Jatuh Cinta Dengan Booktrovert?

Menurut artikel di laman sesawang Huffpost yang bertajuk 16 A Major Advantages of Book Lovers, individu yang mempunyai hobi membaca buku mampu membuatkan pasangannya tidak jemu kerana mereka boleh berkomunikasi tentang banyak perkara dengan pasangannya. Hal ini menyebabkan pasangan mereka menjadi  tidak merasa bosan kerana pasti ada sahaja perkara baru akan menjadi topik perbualan antara mereka setiap hari.

Kedua, booktrovert merupakan seseorang yang begitu mudah menerima hadiah. Hal ini kerana pasangannya tidak perlu membelikan mereka hadiah yang mahal dan hanya dengan sebuah buku sudah mampu membuatkan cinta hati anda tersenyum.

Ketiga, seorang pembaca buku lazimnya mempunyai kosa kata yang banyak kerana tabiat mereka yang gemar membaca ini. Justeru mereka juga mampu menjadi penulis yang baik. 

Menurut kajian pakar psikologi Univesiti York Kanada menjelaskan bahawa individu yang banyak membaca mempunyai kadar empati yang tinggi terhadap orang lain. Hal ini kerana mereka mampu menyelami watak-watak fiksyen dalam cerita yang mereka baca. Selain itu individu yang bersifat booktrovert akan lebih menghormati kepercayaan, pandangan dan prinsip orang lain. Hal ini kerana individu booktrovert mempunyai pelbagai pengalaman melalui pembacaan mereka. Oleh itu, mereka lebih memahami emosi orang lain.

Lazimnya golongan ulat buku atau bookworm ini juga turut dikenali sebagai golongan “Avid readers” iaitu mempunyai kerajinan atau mempunyai keghairahan terhadap dunia buku. Hampir 80 peratus golongan yang membaca buku adalah golongan wanita. Golongan ini lazimnya meletakkan bahawa mereka harus mengunjungi kedai buku sebagai tempat wajib yang harus dikunjungi.

Bangsa Jepun merupakan bangsa yang membaca dan kebanyakan suri rumah di Jepun berpendidikan tinggi. 

Kebanyakan suri rumah di Jepun merupakan suri rumah yang mempunyai PHD. Kebanyakan wanita Jepun ingin menjadi suri rumah sepenuh masa kerana mereka ingin mendidik anak-anak mereka supaya menjadi bangsa yang berjaya. Hal ini kerana rakyat Jepun begitu mementingkan pendidikan dalam kehidupan mereka.

Kepentingan ilmu juga turut dijelaskan Allah s.w.t di dalam surah Al Mujadilah  yang bermaksud:

“Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat…” (QS. Al-Mujadilah [58]: 11).

Malah Allah s.w.t turut menjelaskan kepentingan menuntut ilmu di dalam surat Fatir ayat 28,

“Dan demikian pula diantara manusia, makhluk bergerak yang bernyawa, dan haiwan-haiwan ternak ada yang bermacam-macam warnanya dan jenisnya. Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya hanyalah para ulama. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Pengampun.”

Ayat-ayat al Quran ini menunjukkan bahawa pentingnya menuntut ilmu. Kita sewajarnya mengambil contoh rakyat Jepun yang begitu mengutamakan pengetahuan. Jika dilihat budaya masyarakat Jepun, mereka meletakkan bahawa wanita itu berperanan sebagai “caretaker” atau penjaga kepada anak-anak mereka. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh National Institute of Population and Security Research, mereka mendapati bahawa hampir 77 peratus wanita di Jepun bersetuju meninggalkan kerjaya untuk memberi fokus kepada penjagaan anak-anak mereka.

Dalam Islam, kita tidak boleh menafikan peranan ibu amat penting dalam mendidik anak-anak. Seorang ibu amat penting berilmu pengetahuan dalam mendidik anak-anak apatah lagi pada masa kini yang ledakan globalisasi mampu mempengaruhi anak-anak. Pentingnya para wanita menuntut ilmu dan membaca buku dari sebelum berkahwin lagi.

Sebagai Islam, seorang ibu seharusnya mempelajari ilmu agama Islam dahulu supaya mudah untuk mendidik dan mengajarkan anak-anak hukum-hukum Islam seperti puasa, solat, membaca quran dan sebagainya. Hal ini kerana kita perlu menyedari bahawa anak merupakan amanah Allah s.w.t dan penerus keturunan. Oleh itu, semangat dan galakan diri untuk terus membaca amat penting demi kesejahteraan ummah. 

Selain itu, para lelaki haruslah bijak memilih calon isteri kerana isteri adalah cerminan suami begitulah sebaliknya. Anak juga berfungsi sebagai penghibur dunia dan menjadi jambatan amal  ibu bapa menuju akhirat. Oleh itu baik lelaki mahupun wanita mempunyai peranan yang besar dan wajib mencari ilmu melalui peningkatan pembacaan agar melahirkan generasi yang Rabbani.

Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang membaca merupakan individu yang begitu bijak. Malah lelaki yang membaca akan sentiasa bersifat kreatif dan mewujudkan kesegaran dalam sesebuah hubungan.

Creativity matters in a relationship. After a few years it begins to get difficult to surprise your significant other or keep the romance fresh. When a guy reads a lot, he absorbs the creativity of authors as if through osmosis. Reading all those scenarios and stories in all of those books gives men ideas that they may not have had otherwise. If you’re in it for the long haul, a heavy reader will find ways to keep things interesting. It may not be skydiving or something ridiculous like that, but those epic scavenger hunts that end with the perfect anniversary gift wasn’t something he just dreamed up. He read it somewhere.

Joseph Hindy 

Dalam artikel 10 Reasons To Date A guy Who Reads menjelaskan bahawa Lelaki yang membaca kebiasaannya lebih berpengetahuan dan lebih berani untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai sesuatu perkara. Lelaki yang membaca akan menjadikan mereka lebih sabar, matang dan melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza. Malah lelaki yang membaca juga dikatakan amat mudah untuk mesra dengan kanak-kanak kerana dipengaruhi oleh bahan bacaan yang dibaca oleh mereka. Malah lelaki yang merupakan seorang booktrovert juga dikatakan lebih gemar mengajarkan pasangannya ilmu yang baru dan memastikan masa yang diluangkan bersama itu berkualiti. 

Kesimpulannya, lelaki dan wanita mempunyai keistimewaan yang tersendiri jika mereka merupakan seorang bookstovert. Jika anda seorang yang bookstrovert, tidak perlu memaksa diri mencari pasangan yang sama seperti anda. Cukuplah masing-masing mempunyai kelebihan dan mempunyai ilmu pengetahuan dalam sesebuah hubungan mahu pun keluarga.

Disediakan oleh,

Nurizzati Hazwani Abdul Hadi

Rujukan:

  1. 16 Major Advantages Of Being A Book Lover
  2. Why Readers, Scientifically, Are The Best People To Fall In Love With
  3. What avid readers do differently and why 80% of books are bought by women. (It’s not what you think.)
  4. Hoyan Lee: Career Woman or Housewife ; Japanense Female University Students: Attitudes on Gender Roles.
  5. Josph Hindy 10 Reasons To Date A Guy Who Reads

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.