Sudah menjadi trend masyarakat hari ini menjadikan segala amalan moden dari dunia barat sebagai ikutan. Majlis “baby shower” ini pada permulaannya menjadi ikutan para selebriti dan juga golongan “influencer”. Hari ini, amalan ini menjadi norma budaya dalam masyarakat kita dalam menyambut kelahiran bayi. 

APA ITU ‘BABY SHOWER’?

‘Baby shower’ merujuk kepada satu perayaan yang dirayakan oleh golongan ibu untuk meraikan kelahiran anak mereka , Majlis Baby Shower ini kebiasaannya dihadiri oleh kaum sahabat terdekat mahupun ahli keluarga.Ibu-ibu akan dihujani dengan pelbagai hadiah pada majlis tersebut. Maksud ‘Baby shower’ dijelaskan seperti berikut.:

A baby shower is basically a party which is thrown to celebrate the impending birth of a new baby. It’s also a way for friends and family to help the new parents get everything they need. After all, babies need tons of stuff, and the list can get quite expensive!

Majlis Baby Shower ini dari menurut sejarah merupakan perayaan ritual Greek dan juga Mesir Purba bagi meraikan para ibu dan bayi dengan menawarkan pelbagai jenis hadiah dan menyampaikan keinginan yang baik ( Good wishes) kepada dewa dan dewi masyarakat Greek. Selepas itu bayi akan dibaptiskan sebagai tanda kesyukuran kepada Dewa dan Dewi..

PERAYAAN BABY SHOWER ERA RENAISANS DAN ZAMAN VICTORIA.

Semasa zaman renaisans, para ibu akan dikunjungi para tetamu yang membawa  hadiah yang mewah sebagai tanda meraikan kelahiran bayi. Namun begitu pada era zaman Victoria, perayaan ‘Baby Shower’ ini diadakan dalam bentuk Tea- party di waktu petang atau tengahari dan diadakan pada usia kandungan 7 bulan. Walaupun ada masyarakat Melayu yang menyamakan majlis ‘Baby Shower’ ini seperti Majlis Lenggang Perut versi moden namun jika kita menelusuri sejarah perayaan ini jelas ianya juga bercanggah dengan adat tradisi  budaya Melayu. Generasi hari ini khususnya golongan ibu bapa muda perlu tahu bahawa bukan semua budaya lain itu sepadan dengan norma masyarakat Melayu apatah lagi agama Islam. 

ADAB KELAHIRAN MENURUT ISLAM 

Dalam kitab Tuhfatul Maudud karangan Ibn al-Qayyim, dilaporkan yang Hasan al-Basri mencadangkan ucapan doa tahniah kepada ibu bapa yang baru mendapat anak. Sebahagian menyatakan doa ini adalah riwayat Imam al-Hasan r.a. Doanya seperti berikut:

بورك لك بالموهوب و شكرت الواهب و رزقت بره و بلغ اشده

“Moga engkau diberkati dengan anugerah (kelahiran bayi) ini, dan bersyukur kepada yang Maha Pemberi (Allah), dan moga engkau diberikan ketaatannya, dan dia (bayi) akan membesar (dewasa).”

Ibu dan bapa diajar untuk menjawab:

بارك الله لك و بارك عليك و رزقك الله مثله

“Moga Allah memberkati kamu, dan berkat-Nya ke atas kamu, dan moga Alah mengurniakan rezeki seperti ini (mendapat anak juga).”

MELAKSANAKAN AZAN DAN IQAMAT 

Sebaik sahaja selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak. Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali. Ada yang mengkritik hadis ini kerana statusnya dho’if.

Akan tetapi Ibn al-Qayyim tetap menggalakkannya kerana menurutnya biarlah si anak mendengar ucapan yang membesarkan Allah, syahadah, serta seruan ke arah solat dan kejayaan sebagai ayat-ayat pertama didengar di muka bumi ini.

MENTAHNIK DAN MENCUKUR RAMBUT ANAK

Ibu-bapa  sewajarnya melaksanakan upacara mentahnik anak dan upacara ini digelar juga sebagai upacara membelah mulut menurut masyarakat Melayu. Caranya dengan mengunyah tamar atau melumatkan tamar dengan jari, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak dan diratakan tamar tadi ke seluruh bahagian lelangit bayi. Jika tiada tamar, boleh digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.

Upacara tahnik bertujuan  untuk menguatkan gusi, urat mulut bayi serta menggalakkan bayi untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh ibubapanya sendiri atau orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah [ khilaf ]. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang pada masa yang berbeza juga tidak mengapa dan dibolehkan dalam syarak

Sunnah tahnik adalah berdasarkan sepotong hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim.  Abu Musa r.a. berkata:

“Aku pernah mendapat seorang anak lelaki, maka aku pun membawanya kepada Rasulullah SAW maka dinamakannya Ibrahim, kemudian ditahnik dengan tamar, lalu didoakan keberkatan kepadanya. Kemudian diserahkannya kepadaku.”

Sunnah dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada fakir miskin.

Abdullah Nasih Ulwan menjelaskan di dalam kitab Tarbiyatul Aulad, terdapat beberapa hikmah  galakan mencukur rambut bayi.Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan pancaindera berhampiran. Selain itu, hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.

Hadis diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a.:

“Bahawasanya Rasulullah SAW telah mengarahkan untuk mencukur rambut al-Hasan dan al-Husain pada hari ketujuh mereka, rambut mereka telah dicukur, lalu disedekah timbangannya

SUNAT MEMBACA DOA SELEPAS KELAHIRAN 

MEMBERIKAN NAMA ANAK DENGAN MAKSUD YANG BAIK

Benarkah azan saat bayi dilahirkan bukan sunnah Nabi? Ini jawapannya -  UtusanTV

Ibu bapa disunatkan memberikan nama anak  sama ada pada hari ketujuh atau hari pertama kelahiran anak mereka dengn memberikan nama yang baik kepada anak-anak mereka. Berdasarkan hadis riwayat Abu Daud :

“Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.”

Sebahagian ulamak menyatakan bahawa sebaik-baik nama ialah nama yang dipuji seperti Ahmad, Muhammad, Mahmud dan Hamadah, serta nama yang disembah seperti Abdullah, Abdul Basit, Abdul Razak dan lain-lain.Dilarang memberikan nama yang membawa maksud yang buruk. 

Kesimpulannya, ibu bapa perlulah cakna mengenai budaya menyambut kelahiran bayi yang tidak mengikut norma-norma islam dan sebagainya. Hal ini kerana ibu-bapa merupakan individu pertama yang akan mencorakkan anak-anak kelak. Ibu bapa perlu menyedari bahawa anak-anak mereka merupakan generasi yang bakal mencorakkan masa depan negara. Didikan terbaik bermula sejak bayi masih dalam kandungan lagi. 

Generasi ibu bapa milenium hari ini harus menyedari bahawa bukan semua budaya yang bersifat moden dan mengikut trend semasa itu sesuai diamalkan khususnya dalam menyambut kelahiran cahaya mata. Budaya Baby shower tidak wajar untuk dinormalisasikan dalam kehidupan masyarakat kerana pada masa akan datang budaya atau kebiasaan adat yang berlandaskan Islam pupus begitu sahaja. 

Disediakan oleh: Nurizzati Hazwani

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.