Kitab Kuning: Kisah Ulama Wanita Melayu yang Tidak Diiktiraf

perukunan

Mungkin kita jarang mendengar panggilan ‘Ulama wanita’ di Malaysia. Bahkan sesetengah orang beranggapan gelaran ulama hanya relevan untuk kaum lelaki. Persoalannya, mengapa persepsi seperti ini wujud?

Sejak kemasukan Islam ke Nusantara, usaha penyebaran ajaran agama selain diperanankan oleh kaum lelaki, kaum perempuan tak juga kalah untuk melibatkan diri bersama. Jika di Indonesia, kaum wanita yang ikut dalam usaha pengembangan Islam antaranya ialah Syeikh Rahmah al-Yunusiah selain Tengku Fakinah seorang ulama dan pendekar wanita Aceh.

Di Tanah Melayu, ulama wanita yang direkodkan antaranya ialah Hajah Wan Yah, Hajah Khadijah Tok Selehor dan Syeikhah Fatimah Syeikh Abdul Wahab Bugis. Siapa sangka ketiga-tiga ulama wanita ini juga telah memberikan sumbangan yang besar dalam penulisan kitab-kitab kuning? Namun ada antaranya yang berselindung di sebalik tabir dengan menggunakan nama saudara lelaki mereka lantaran pengiktirafan penulisan kitab pada zaman itu hanyalah untuk kaum lelaki.

Benarkah ia adalah antara salah satu bentuk diskriminasi terhadap kaum wanita?

Sebuah kitab kuning yang kerap dibaca berjudul ‘Perukunan Jamaluddin’ adalah kitab yang dikarang oleh seorang ulama wanita Melayu yang menggunakan nama bapa saudaranya sendiri. Tertulis di halaman pertama kitab ini,

Karangan bagi al-‘alim al-‘allamah mufti Jamaluddin ibn al-Marhum al-‘alim al-fadhil al-syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari”.

Jamaluddin memang seorang ulama yang berpengaruh dan terkenal di Kalimantan Selatan pada zamannya. Tetapi tradisi setempat menceritakan bahawa bukan beliau yang mengarang kitab perukunan tersebut, melainkan anak saudara perempuannya, Syeikhah Fatimah Syeikh Abdul Wahab Bugis.  

BUKAN semata-mata memegang title ‘Guru Agama’, ulama Khadijah Tok Selehor merupakan seorang wanita melayu yang genius dan alim (dalam ilmu tasawuf, tauhid dan fekah) berkat ketekunannya menyantuni kitab-kitab karangan ayahandanya, Tok Selehor (Nama sebenarnya Abd. Rahman bin Othman), seorang ulama tersohor tanah Melayu yang zuhud dan warak.

Begitu juga dengan Hajah Wan Yah (nama sebenarnya Hajah Wan Yah binti Almarhum Tuan Qadi al-Haj Wan Abd. Rahman), beliau merupakan ulama wanita Melayu yang telah menulis risalah kecil sifat 20! Menulis tentang ilmu tauhid bukanlah mudah melainkan ia ditulis oleh sosok yang menguasai ilmu tersebut melangkaui pengetahuan orang awam.

Sebenarnya, jika kita telusuri sejarah alam Melayu, kita akan dapati ramai tokoh wanita unggul untuk dikenang, dikagumi dan diteladani. Barangkali kita terbiasa betul mendengar cerita-cerita perjuangan ulama dari kaum lelaki dalam penyebaran Islam sehingga terlupa kaum wanita juga pernah turut terlibat.

Sumber:

  1. https://orangkata.my/agama/3-ulama-perempuan-malaysia-yang-beri-sumbangan-kepada-agama-islam/
  2. “Kitab kuning dan perempuan, perempuan dan kitab kuning”, in: Lies M. Marcoes-Natsir & Johan Hendrik Meuleman (ed), Wanita Islam Indonesia dalam kajian tekstual dankontekstual. Jakarta: INIS, 1993, pp. 165-174.

____

WACANA JEJAK ULAMA-ULAMA WANITA MELAYU

Di negara kita, pendedahan tentang sejarah ulama yang berjasa dalam menyebarkan syariat Islam dan terlibat dalam gerakan kemerdekaan  daripada kalangan lelaki mungkin lebih diberi perhatian. Namun jarang kita mendengar tentang ulama-ulama wanita Melayu.

BULAN JULAI merupakan bulan tema wanita di Jejak Tarbiah. Selain pelbagai promosi buku wanita, Jejak Tarbiah juga mengadakan wacana-wacana buku berkaitan wanita, juga Kembara Menjejak Ibu Kartini ke Jawa Tengah. Inspirasikan hidup anda dengan menghadiri wacana ilmu yang akan menampilkan pengisi terbaik yang kami bawakan di Galeri Buku Jejak Tarbiah.

PANEL     : Puan Fadhlina Siddiq  

TARIKH : 14 Julai 2019

WAKTU   : 2.30 – 5 petang

LOKASI   : Galeri Buku Jejak Tarbiah, C-1-5, Jalan Bangi Gateway 3B/4, Seksyen 15,  43650 Bandar Baru Bangi

Yuran Program :RM20

DAFTAR di: bit.ly/ulamawanita

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *