Kagum dengan kecintaan penulis kepada buku, mencari dan memiliki buku-buku langka ternyata tidak  mudah.

Siapa sangka dalam longgokan buku-buku terpakai ada terselit buku yang tinggi nilai dan merupakan sumber rujukan bagi para penuntut ilmu, terdapat juga karya agung yang sememangnya sukar dijumpai. Berbekalkan tenaga dan masa menyelam di sebalik timbunan buku-buku di gudang mahupun yang disusun di tepi jalan ianya seperti menyelam di lautan dalam melihat keindahan dan keluasan ciptaan-Nya. 

Aku, Buku & Kota kaherah (https://www.jtbooks.my/produk/kaherah/)

Kota kaherah menyimpan  khazanah ilmu, sumber ilmu pengetahuan bagi para penuntut ilmu. Terdetik dihati saya sebagai seorang pembaca bahawa, beruntungnya setiap orang yang dapat menjejakkan kaki mereka ke kota buku itu. Tetapi amatlah rugi sekali sekiranya tidak digunakan peluang itu dengan membaca buku-buku yang ditinggalkan para ulama terdahulu. 

Hasil tulisan tangan para ulama yang berusia puluhan tahun, tentunya sukar dimiliki dan dijumpai di mana-mana negara kecuali di kota kaherah. Tentu ini adalah peluang keemasan bagi penuntut ilmu di sana, tetapi benar kata penulis tidak semua orang menggemari buku sepertinya yang sanggup mengikat perut dan berjalan kaki mencari buku-buku langka di kota tersebut. 

Saya agak terkejut ketika membaca kelakuan aneh tentang dua orang lelaki arab yang sanggup mencuri buku untuk dijadikan koleksi peribadi mereka, ternyata penggemar buku  di sana mempunyai tabiat yang extreme terhadap buku. Saya juga merasa pelik berkenaan buku-buku yang diharamkan dijual secara sembunyi-sembunyi seperti menjual barang terlarang, seolah-olah satu jenayah besar  sekiranya menjual buku yang diharamkan oleh pemerintah. Jika di negara kita tidak ada situasi seperti ini berlaku, setiap orang bebas mendapatkan bahan bacaan, hanya saja rakyat kita yang memilih tidak membaca apalagi melazimkannya. Kelihatan seperti Malaysia lebih terbuka dan tidak mengekang rakyatnya dengan tekanan yang melampau sehingga perlu menjual buku secara bersembunyi. 

Antara yang menarik juga adalah gambar-gambar buku lama berbahasa arab yang ditampilkan dalam buku ini, karya langka yang sukar ditemui, tetapi penulis kongsikan dalam karya beliau ini untuk tatapan umum. 

Sebuah buku akan tinggi nilainya ketika dibaca namun sayangnya  nilai yang begitu besar jika dibiarkan begitu saja tanpa ada sesiapa menjamah isinya. Seperti yang diceritakan oleh penulis berkenaan perpustakaan rumah melayu yang terbiar walhal di dalamnya tersimpan khazanah ilmu.

Seorang pembaca setia sudah pasti menjadi penuntut ilmu hasil daripada bacaan mereka, namun seorang penuntut ilmu belum tentu seorang pembaca kerana ramai di antaranya tidak menggemari buku apalagi menjadikan buku sebagai sahabat yang setia

Bukankah seharusnya penuntut ilmu dan buku tidak boleh berpisah? Hakikatnya zaman berubah dan begitu juga manusia. Beruntunglah mereka-mereka yang rajin menelaah buku-buku tinggalan ulama terdahulu sebagai jambatan ilmu dari zaman ke zaman.

Disediakan oleh: Aishah Nerina


Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.