Sudah tentu saja kita akan mengakui dan mengangguk laju apabila mendengar kenyataan “kesihatan itu adalah nikmat teragung di atas dunia”. Selain nikmat dapat menikmati makanan, atau pun dilimpahi harta setinggi gunung sekali pun, masih tidak dapat menandingi nikmat mempunyai kesihatan yang baik.

Apakah kepentingan mempunyai kesihatan yang baik?

Manakan tidak penting, saat badan demam pun sudah membuatkan kita lemah, tidak ada mood, tidak mempunyai daya untuk melakukan kerja seharian serta membuatkan kita berasa sedikit struggle untuk menjalankan ibadah solat. Belum lagi jika kita ditimpa penyakit lain yang memberi cabaran yang besar kepada mental dan emosi kita. 

Apabila badan kita sihat, semestinya kita dapat menjalani hari-hari yang mendatang tanpa perlu memikirkan apa-apa kerisauan terhadap apa-apa penyakit. Kita dapat melaksanakan Ibadah solat dengan sempurna, dapat melakukan aktiviti fizikal seperti bermain futsal, berjogging, memasak dan mengemas rumah. Jika badan sudah ada penyakit, aktiviti yang menjadi kebiasaan ini akan menjadi sedikit luar biasa. 

Badan cergas, otak cerdas. 

Slogan ini mempunyai makna yang sangat besar. Badan yang sihat memberi kesan kepada mental dan emosi kita. Sumber badan yang sihat adalah cara pemakanan. Ini akan menjadi masalah sekiranya kita tidak cuba mengubah corak pemakanan kita ke arah yang lebih menyihatkan. Adapun badan terasa cergas tetapi jika tidak menjaga kuantiti serta kualiti makanan, semestinya penyakit yang mudah didapati adalah kolesterol tinggi, kencing manis, darah tinggi, seterusnya mengakibatkan komplikasi yang lebih teruk. Tidak semestinya penyakit ini datang menjengah ketika umur sudah semakin lanjut, seawal 20-an pun kini sudah mendapat penyakit tersebut.

Badan yang sudah ditimpa penyakit ini semestinya memberikan satu tamparan hebat untuk emosi dan mental kita. Kadang, mungkin kita akan berasa terduduk dan terjatuh, lemah semangat dan rendah diri. Namun, benda sudah pun berlaku. Kita hanya mampu mengawal perkara yang boleh dikawal sahaja. Antaranya ialah mengikut cakap doktor, makan ubat yang doktor sudah preskripsikan, tidak culas memenuhi janji temu doktor dan sentiasa berusaha untuk mengawal corak pemakanan seharian. Yang paling utama sekali adalah sentiasa berdoa kepada Allah untuk tabah dan bersabar bagi menghadapi kesakitan yang menimpa serta meminta keampunan kepada-Nya agar Allah menggugurkan dosa-dosa kita. 

Ini juga merupakan antara hikmah Ramadan, ia mengajar kita untuk sentiasa bersederhana, memberi makna kepada kita bahawa berhenti makan sebelum kenyang, berhenti sebelum perut penuh dan membuktikan kepada kita bahawa kita bukanlah hidup semata untuk makan, tetapi cukup sekadar makan hanya untuk membolehkan kita hidup saja. Cukup sekadar dengan makan yang bersederhana itu mampu membantu kita melakukan ibadah-ibadah seharian: solat, bekerja, memasak, bercucuk-tanam, belajar. Maka, ingatlah, sihat sebelum sakit; maksimumkan amalan-amalan dengan ikhlas kerana Allah Taa’la saat kita masih muda, masih bertenaga dan masih dapat melakukan dengan sebanyak-banyaknya. Barulah kita tidak akan berasa menyesal di kemudian hari.

Disediakan oleh: Jiha Jahari


Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.