Ahli politik, menghadirkan seribu cara untuk menguasai dunia Melayu. Anak bangsa menadah persoalan yang berlaku. Disaat kita berdepan dengan kematian dunia. Ahli politik bangkit, bertarung untuk memperoleh kepercayaan rakyat. Ya, kita rakyat. Tidak mogok kelaparan atau kemiskinan. Kita membuka mata dan telinga, melihat kepincangan politik dunia Melayu. Politik merupakan seni dan ilmu untuk meraih kekuasaan. 

Pada tahun 1969, berlakunya landskap politik yang berbeza. Hal ini kerana rusuhan kaum yang terburuk telah melanda Malaysia dan ia menjadi titik permulaan kepada perubahan politik negara. Senario politik saban tahun sentiasa berubah, disebabkan oleh ketidak matangan ahli politik. Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang merupakan kaum utama, manakala terdapat beberapa kaum minoriti yang lain. Ahli politik akan menggunakan kekuasaannya supaya, semua kaum memberikan mereka ini satu tanggungjawab yang besar untuk mempertahankan hak anak bangsa. Hak rakyat adalah milik rakyat dan mereka berhak untuk memilih.

Anak bangsa akan memilih perwakilan melalui pilihan raya dan perwakilan ini akan berada di pentas Parlimen. Perwakilan-perwakilan ini merupakan ejen penting bagi menyalurkan tuntutan dan permintaan rakyat kepada kerajaan.

Akan tetapi, apabila dunia disinggahi pandemik Covid-19 yang tiada kesudahannya ini. Perwakilan banyak bermain senario di medan politik untuk mengelirukan anak bangsa. Anak bangsa bangkit dan bersuara, perasaan rimas dan muak dengan kepalsuan dunia politik. Berdepan dengan wabak dan dunia politik adalah suatu perkara yang amat berat untuk difikir dan dipikul.

Hak anak bangsa diperjuangkan oleh ahli politik yang berkesanggupan untuk berjuang sebagai pemimpin yang hebat. Apabila menyebut pemimpin yang hebat. Diimbaskan tentang sejarah Islam yang menyentuh pemimpin yang hebat dan sempurna perjuangannya untuk mencapai keamanan rakyat serta kerajaan. 

Ahli politik dunia Melayu sering menunjukkan perwatakan pemimpin yang hebat dan sempurna seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar bin Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abu Thalib. Ahli politik hanya watak bagi pemimpin dan bukan perwatakan.

Dunia maya menjadi medan pertempuran kata-kata pujangga anak bangsa yang menghadapi kepincangan politik Melayu. Mereka menjadi saksi perjuangan ahli politik yang menarik kerusi emas kemudian, berada dipuncak kepercayaan rakyat. Kini rakyat berdepan sebuah cerita dongeng yang perlu memilih yang mana ‘kaca dan permata’. 80% suara anak bangsa Malaysia bergema, dendam dengan kepincangan ahli politik.

“Ramai akui pemimpin lebih pentingkan drama politik, bukan isu rakyat”

Ahli politik bertahan untuk sentiasa berada diatas dengan mendapat kepercayaan rakyat. Oleh itu, drama politik banyak diterbitkan, menarik rakyat untuk menonton dan menilai ‘permata’ yang sebenar. Setiap hari drama politik diada-adakan, memutarkan kebenaran dan menegakkan kebatilan. Siapa yang tamakkan kekuasaan dunia? Menjadi tanda tanya buat anak bangsa, tetapi mereka melihat dengan kaca mata media. 

Paparan media menjadi petunjuk setiap perkara yang berlaku. Keterlibatan media menjadi suatu luahan hati anak bangsa. Anak bangsa ingin mencapai kesenangan dan ketenangan tanpa kekalutan politik. Perkara yang menyentuh hati, apabila wujud kartel baharu yang muncul dengan membuat perhimpunan haram. Menentang dengan berhimpun bukan cara Islam berjuang untuk mencari keamanan, kemakmuran dan menjadi seorang pemimpin.

Kartel yang wujud menjemput anak bangsa mengotori pemimpin yang sedia ada, menindas pemimpin ini dalam rekaan cerita. Cerita yang akan berepisod dan kotor untuk didengari dan dilihat. Ahli-ahli kartel ini tidak bersalah, mereka dijemput kononnya mencari keamanan dan mencapai negara yang makmur. 

Anak bangsa kini meluahkan perasaan hiba sekiranya, drama politik tiada penghujung. Kata-kata kesat dan sumpah seranah menjadi suatu ucapan ringkas di media. Media menjadi satu komunikasi utama antara anak bangsa dan ahli politik. Ahli politik terbiasa dengan sumpah seranah. Menentang mereka dengan kata-kata tidak menjadi penghalang bagi ahli politik untuk menguasai dunia Melayu.

Berjuang mencapai nilai demokrasi yang lebih aman dan makmur. Keselamatan anak bangsa dipelihara. Mengelak campur tangan kuasa luar. Membentuk pasukan keselamatan. Perkara itulah yang ditekankan oleh ahli politik. Mabuk dengan nilai keamanan dan kemakmuran sedangkan itu lebih kepada kedustaan. Mereka tidak memandang anak bangsa kalut mencemuh mereka yang sering berdrama. 

Rakyat bersuara tentang kepincangan politik, ada hanya di dunia maya, bercerita dalam penulisan dan ada hanya dalam lakonan sebuah cerita. Tanah Melayu tidak seperti dulu, media menjadi nadi dalam bersuara. Dimanakah hak bersuara bagi rakyat? Anak bangsa hanya mampu bersuara di media dan adakah ahli politik mendengarnya atau sekadar membuta tuli sahaja? Itu menjadi tanda tanya buat anak bangsa yang melihat kepincangan politik.

Tenang dan jangan gopoh, memilih adalah hak anak bangsa. Menilai adalah hak anak bangsa. Berjuang dengan tidak membuta tuli, ahli politik hanya menjadi onak kepada kekacauan dunia. 

Anak bangsa pernah bersuara “kenapa kepincangan politik berlaku semasa dunia diganggu dengan pandemik”. Hal ini kerana, ahli politik mengambil kesempatan atas musibah yang berlaku. Mereka berjuang bukan untuk anak bangsa malah, untuk kepentingan diri sendiri. Pangkat dan darjat pada zaman kehancuran dunia adalah lebih tinggi.

Sabar anak bangsa. Dunia Melayu tidak seperti dulu untuk kita berjuang dengan mengangkat senapang. Kita hanya mampu berjuang dengan bersuara. Suara anak bangsa mampu menggoncangkan dunia dan menghalau kepincangan politik. 

Disediakan oleh

YUSHAHIRA ZAWIZAH

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.