Adakah kita menyedari bahawa bibir kita ini sentiasa melantunkan kata-kata berbaur keluhan? Kita sering mengeluh sendiri, mengenang nasib diri yang sentiasa tidak pernah merasa cukup.  

Mengeluh kehidupan yang serba serbi kekurangan.

Mengeluh suami tak punya kekayaan.

Mengeluh sedih ketika demam menjadi ujian.

Mengeluh marah di saat dicaci kerana dakwah di jalanan.

Mengeluh kecewa peritnya perkahwinan. 

Padahal, kita masih ada nasi untuk dimakan. Lauk-pauk masih saja memenuhi meja  hidangan. Harta simpanan masih ada dalam genggaman. Yang paling berbahaya, akibat  daripada lemahnya iman ketika diuji, kita putus asa daripada rahmat Allah Ar-Rahman, lalu  mengambil keputusan untuk meneruskan dosa dan kemaksiatan. 

Kira-kira, andai kita diuji dengan kesusahan dan keperitan para anbiya, adakah kita  mampu bertahan? Ketika kita diuji dengan ujian kesakitan, maka ingatlah kisah ujian Nabi  Ayub yang menderita sakit sopak sehingga menyebabkan bau busuk yang menyebabkan  melelehnya cairan di badannya. Namun, itu tidak menghalangi baginda untuk terus taat kepada perintah  Allah SWT dan terus bertaubat. Ada yang mengatakan bahawa peritnya ujian yang dihadapi  sehingga baginda dibuang daerah dan disisihkan oleh masyarakat. Sehinggalah Nabi Ayub  merayu dan berdoa kepada Allah SWT dan direkodkan di dalam Al Quran, 

“Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada  Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah  sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”. (Surah al-Anbiya’: 83)

Bagaimana pula ketika kita asyik mengeluh peritnya dicaci ketika menyampaikan  dakwah? Benar sekali, dakwah itu bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan. Bukan  sekadar permainan di taman. Namun, jika kita diuji dengan peritnya dihina dengan lumuran najis ketika bersujud menghadap Ilahi, sebagaimana yang telah dilalui oleh baginda Nabi  Muhammad SAW, adakah kita mampu bertahan? Mari kita hayati kisahnya, 

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa pernah  suatu ketika Rasulullah SAW solat berdekatan Kaabah. Ketika itu, terdapat Abu Jahal  dan beberapa rakannya duduk berhampiran di situ. Sebahagian mereka berkata :  “Siapakah di antara kalian yang berani mengambil kotoran unta bani fulan dan  meletakkannya di atas belakang Muhammad yang sedang solat?” Kemudian, bangunlah manusia paling durjana iaitu Uqbah bin Abu Mu’aith dan dia datang dengannya. Sambil  menunggu dan memerhatikan Nabi SAW yang sedang solat, apabila tiba saatnya  Baginda sujud, dia meletakkan kotoran najis itu di bahu Rasulullah SAW. (HR al- Bukhari) 

Oleh itu, pengajaran yang kita peroleh daripada kisah ini, Allah SWT pasti akan  menguji setiap hamba-Nya selagi mana kita di dunia. Tidak kiralah apa status dan pangkat kita  sekalipun, kita pasti diuji. Nabi-nabi juga diuji untuk menzahirkan keimanan mereka. Apatah  lagi kita yang sangat biasa dengan iman yang ada naik turunnya? Bukankah dunia ini tempat  ujian? Jika kita mahukan kebahagiaan yang kekal abadi, bukan di sini tempatnya. Segala  keindahan itu, yang hakiki adalah di syurga sana. Oleh itu, jangan terlalu terbawa-bawa oleh  perasaan selagi mana kita berada di dunia. Sememangnya, dunia ini diciptakan untuk jatuh  kecewa.

Disediakan oleh: Karang Fulanah


Leave your vote

-1 Points
Upvote Downvote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.