Allah menciptakan kita berbeza-beza. Kelebihan dan kekurangan setiap kita juga tidaklah sama. Ada postur yang tinggi, ada yang pendek. Ada warna kulit sawo matang, ada pula yang cerah. Ada yang hidungnya mancung, ada yang pesek. Ada yang bijak dalam bidang akademik, ada pula yang aktif sukan, dan sebagainya. 

Sesuatu yang cantik dalam pandangan kita belum tentu cantik di mata orang lain. Kerana definisi cantik atau indah pada pendapat setiap daripada kita adalah berlainan sisinya. 

Walaupun demikian, sesiapa sahaja di atas muka bumi ini mempunyai keistimewaannya tersendiri. Terlepas daripada semua itu, Allah tidak pernah menilai kita hanya berdasarkan fizikal semata. 

Rabb Semesta Alam berfirman,

“Wahai manusia! sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Teliti.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Tingkat ketakwaan kita kepada Allah saja lah penentu kemuliaan kita di sisi-Nya. 

Walau setinggi mana jawatan kita, berlimpahnya harta kita, popularnya kedudukan diri kita, semua itu tidak berguna seandainya kita tidak bertakwa kepada Allah. 

Oleh kerana itu, jangan sesekali kita merasa insecure terhadap diri sendiri? Sebaliknya, syukurilah apa yang ada dalam diri kita ini. Masih diberi nafas oleh Allah pun merupakan nikmat paling besar yang Allah berikan kepada kita. 

Dengan nyawa yang berbaki, kita masih diberi peluang untuk beramal. Menyiapkan bekalan menuju negeri abadi. 

Apakah itu insecure

Ia adalah suatu perasaan kurang percaya atau kurang yakin terhadap kemampuan diri sendiri. 

Sebagai contoh, kita lihat seseorang yang sudah berjaya dalam usia muda, kacak atau cantik pula, mempunyai kawan yang ramai, seorang yang terkenal dan mudah ramah terhadap sesiapa sahaja yang dijumpainya. Manakala kita pula adalah individu yang introvert, susah diajak berbual, tidak mempunyai banyak kawan dan seumpamanya. 

Bila berada dalam situasi sebegitu, kita akan rasa rendah diri. Kita akan mengeluh dan tertanya-tanya, “mengapa aku lain? Mengapa aku tidak seperti dia? Bagaimana caranya supaya aku menjadi seseorang yang peramah? Cantik? Putih? Dan seterusnya? Kita pun  menjadi overthinking.

Inilah yang dinamakan insecure. 

Apabila pemikiran sebegini dibiarkan berlama-lama, akan mengundang penyakit kepada jiwa. Boleh jadi kemurungan, keresahan dan sebagainya. Seharusnya, kita cegah perkara ini dari awal. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat? 

  1. Perbanyakkan istighfar. Renung-renungkan semula nikmat Allah yang ada pada dirimu sehingga saat ini. Tubuh badan yang sihat dan sempurna. Udara bersih untuk dihirup, makan dan minum yang cukup dan banyak lagi. 
  1. Kurangkan melihat kehidupan orang lain yang berada di atas kita. Sama ada mereka selebriti, influencer atau sesiapa saja yang membuat diri kita rasa insecure, segera block, unfollow, unfriend. Mungkin itu lebih selamat untuk hati kita. 
  1. Berteman dengan mereka yang memahami isi hati kita setulusnya. Sekiranya perasaan insecure mula singgah, minta nasihat atau motivasi daripada teman kita itu. Minta panduan bagaimana supaya kita sentiasa berasa yakin terhadap diri sendiri. 

Sebenarnya, jika kita menghitung dengan teliti setiap kurniaan yang Allah hadirkan dalam         kehidupan kita ini, amatlah banyak. Sehinggakan malu rasanya andai kita mengeluh. Semua anugerah daripada Allah itu takkan mampu kita membayarnya meski dengan wang berjuta-juta sekalipun. 

Oleh kerana itu, jangan pernah merasa insecure. Di luar sana, pasti akan ada seseorang yang menghargai dirimu seadanya. Siapapun engkau, dari mana engkau berasal, dia takkan peduli dengan semua itu. Dia menyayangimu apa adanya. 

Bak kata orang Barat, “I don’t care who you are, where you’re from, what you did..”

Kau.. hanya perlu menjadi dirimu sendiri. Just be yourself and be happy!

Sementelahan itu, barangkali saja engkau mempunyai bakat yang terpendam. Gali sedalam mungkin dan temukan bakat itu. Kembangkan ia menjadi sesuatu yang positif dan bermanfaat kepada masyarakat. 

Mungkin dengan menulis artikel atau apa saja penulisan yang berbentuk dakwah atau kebaikan. Mungkin juga engkau pandai dalam bidang melukis. Lukisan indah yang berjaya kau hasilkan, boleh untuk dijual. Atau engkau minat masak-memasak, boleh dijadikan bisnes sampingan. Boleh jadi juga engkau berbakat dalam mengulas isu semasa yang berlaku. Ulasan mahupun kritikan yang engkau tulis itu boleh dikongsikan di dunia maya. Ini juga bermanfaat kepada umat supaya mereka juga dapat tahu apa sesungguhnya berlaku di luar sana. 

Dan sekian banyak lagi kelebihan yang terkandung dalam diri kita masing-masing. Cuma, kadangkala sifat malas yang menghampiri menyebabkan kita gagal menemukan bakat-bakat tersebut. 

Maka, jauhi sifat malas! Sungguh, peribadi seorang Mukmin itu bukanlah bermalas-malasan. Ada sahaja waktunya diisi dengan perkara-perkara yang membangkitkan jiwa dan menumbuhkan kekuatan jasmani. Wallahu A’lam.. 

Disediakan oleh: Shafiyyah Mei


Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.