MENGAPA wahyu pertama yang sampai kepada Rasulullah ialah perintah membaca dengan kata Iqra’? dan bukannya perintah lain seperti sujud, berdoa atau bersyukur? Seolah-olah ia sangat penting, kata iqra’ diulang lebih dari sekali dalam surah al-‘Alaq. Lagi pula, mengapa ia diwahyukan kepada Baginda yang ummi (tidak pandai membaca dan menulis)?

Sesungguhnya Allah tidak pernah mengaturkan sesuatu dengan sia-sia.

Yusuf al-Qardhawi menjelaskan iqra’ bukan saja membaca pada perkataan-perkataan dalam buku, tapi lebih dari itu iaitu membaca alam semesta. Al-Maraghi di dalam Tafsir Ayat-Ayat Pendidikan menerjemah penurunan wahyu iqra’ di dalam Surah Al-Alaq dengan “Jadilah engkau (Muhammad) seorang yang pandai membaca berkat dari kekuasan dan kehendak Allah yang telah menciptakan walaupun sebelumnya engkau tidak dapat melakukannya”.

BACA! Bukan semata-mata baca apa yang tertulis di dalam buku.

Why is Reading Important? Read More to Live Better | UoPeople

Membaca adalah manhaj kehidupan, permulaan bagi sebuah perjalanan.

Lebih dari sekadar makna bahawa manusia itu perlu membaca, membacalah untuk menjadi mulia. Membacalah untuk bahagia.

Kebahagiaan bermula dengan ilmu. Ilmu pula dicapai dengan membaca. Yahudi dimurkai Tuhan kerana tiada amal daripada ilmunya. Manakala Nasrani tersesat lantaran beramal tanpa punyai ilmu.

Iqra’ bismi rabbik – Bacalah dengan nama Tuhanmu supaya tercapai makrifatullah dan khasyatullah.

Agungnya perintah membaca, ia akan menghantar manusia kepada ketinggian dan kesempurnaan darjat kemanusiaan. Semakin luas pembacaan, semakin tinggi peradaban.

Misi pembebasan umat dari kejahilan adalah bagi meraikan agenda pencerahan (tanwir) dengan objektif mencerdaskan bangsa, membina daya fikir (thinking capacity) sehingga manusia mampu  berfikir rasional dan objektif berasaskan fakta dan angka serta petunjuk wahyu. Beragama pun harus dengan ilmu!

Lipatan sejarah menemukan seorang sultan daulah Uthmaniyah, Yavuz Sultan Selim atau Selim I (1470-1520) yang menghambakan dirinya selama lapan jam sehari untuk membaca – tabiat dirinya yang dikenal sejak di usia mudanya. Bahkan ketika di musim ekspedisinya pun, disediakan seekor unta sebagai kenderaan buku-bukunya supaya rutinnya terjaga. Tentulah tabiat ini terdidik daripada kesedaran bahawa sebuah kerajaan dan peradaban adalah terbentuk daripada ketinggian ilmu pengetahuan.

Membacalah untuk mulia supaya dapat mengubah dunia.

Ingin mengubah dunia? Ayuhlah membaca di Galeri Buku Jejak Tarbiah 😉

Rujukan

  1. Quran al-Kareem
  2. Zulkifli Mohammad al-Bakri, Kuasa IQRA’, 2012.
  3. Hasrizal Abdul Jamil, Setia Dengan Kebenaran, 2017.

Dikemaskini: 28 April 2022

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.