Pada penulisan kali ini, kita akan cuba merungkai dua disiplin ilmu yang lebih kritis, iaitu falsafah dan sejarah. Kedua ilmu ini dilihat seolah bersaing seiring zaman. Hinggakan seorang sarjana Barat menyifatkan bahawa apabila bidang falsafah diberi perhatian, sejarah mula dipinggirkan. Walhal hakikat keduanya saling berinteraksi merentas zaman.

Falsafah, dengan ideanya yang tersendiri sentiasa punyai cara untuk mendapat tempat di hati masyarakat, walaupun pada awal diperkenalkan mendapat tentangan yang tidak kurang hebatnya.

Menurut catatan sejarah, falsafah telah bermula semenjak 3000 tahun yang lalu di Barat. Yang memperlihatkan kepada kita lahirnya beberapa tokoh filsuf Greek dan Yunani antaranya, Socrates (470 SM-399 SM), Plato (424 SM-347 SM), Aristotle (384-322 SM), Pascal (1623-1662 SM) dan ramai lagi. Mereka dilihat sebagai figura yang terkehadapan dalam disiplin ilmu ini merungkai beberapa persoalan besar serta permasalahan yang berlaku pada zaman mereka. 

Tidak terkecuali, tamadun Islam juga memaparkan kepada kita babak perkembangan ilmu falsafah, iaitu pada 800 tahun yang dahulu sekitar pada Zaman Abbasiyah. Perkembangan yang berlaku seiring apa yang disebut sebagai Zaman Keemasan. Ini adalah tempoh perkembangan ilmu berlaku dengan sangat pesat.

Lantas, ilmu falsafah mula diberi perhatian dan mendapat tempat dalam agama Islam. Persoalannya, apakah sebenarnya ilmu falsafah ini sehinggakan ia dianggap sebagai salah satu disiplin ilmu yang tinggi?

Falsafah dari segi bahasanya datang daripada bahasa Greek, iaitu philo dan sophia. Philo bermaksud cinta dan suka, manakala sophia pula membawa erti hikmah (wisdom). Jadi, ia membentuk sebuah terma cintakan hikmah. Perkataan ini telah diciptakan oleh seorang tokoh Greek iaitu Phytagoras (570-495 SM).

Secara mudahnya, falsafah ialah suatu kaedah memaksimakan akal atau pancaindera atau kombinasi keduanya sekali atas maksud untuk mendapatkan kebenaran sesuatu perkara.

Walaubagaimanapun, falsafah dilihat telah menyebabkan manusia menyimpang dari sudut berfikir. Hingga berfikir telah membina kontradik dalam hidup beraqidah umat islam.

Impaknya lahir satu mazhab baru yang dianggap menyimpang kerana keterlaluan dalam bergantung kepada akal iaitu fahaman muktazilah. Impaknya, beberapa ulama’ besar mengharamkan falsafah dengan asbab mafsadah yang datang daripadanya, antaranya Imam an-Nawawi Rahimahullahi Taala.

Namun, sejarah menampakkan kepada kita betapa falsafah banyak membantu dalam perkembangan analitik dan berfikir manusia. Falsafah seolah mengajarkan kepada kita, untuk punyai prinsip kepada sesuatu perkara. Lantas, kenapa seolah falsafah dilihat menjadi kontradik dengan  sejarah?

Sejarah, kata Ibn Khaldun merupakan sebuah pencerahan tentang sebab dan asal-usul segala sesuatu sekadar pengetahuan mendasari tentang bagaimana dan mengapa peristiwa-peristiwa itu terjadi. Tambah Ibn Khaldun, memetik daripada kitab agungnya, Al-Muqaddimah sejarah itu memiliki dua sisi.

Sisi luaran menurut Ibn Khaldun adalah rakaman perputaran masa dan pergantian kekuasaan yang terjadi pada masa lampau, sedang dari sisi dalam adalah sebuah kajian yang mendalam dan penalaran kritis serta usaha cermat bagi mencari sebuah kebenaran.

Ibn Khaldun juga melalui teras Ilmu Sejarah sebagai satu bentuk kajian yang digagaskannya menerangkan bahawa sejarah ini berkenaan kajian terhadap kritikan sosial apa yang berlaku pada masyarakat lampau. 

Adakah keduanya bersifat kontradik? Bahkan sebenarnya keduanya saling memerlukan. Asas kepada ilmu falsafah adalah memaksimakan penggunaan akal dan pancaindera, sedang sejarah pula tentang bagaimana kita membelek dan membaca peristiwa untuk mengenal sikap dan sosial masyarakat. Kita tidak akan mampu mengenali falsafah tanpa melalui sejarah.

Sejarah berkenaan falsafah perlu dirungkai untuk perhalusi sesuatu falsafah yang terbina. Historical analyzing dapat membebaskan kita daripada ‘tertangkap’ oleh sebilangan falsafah-falsafah yang membawa mafsadah. Kerana masalah utama kepada menegakkan suatu falsafah yang merosak itu ialah kerana tidak mengkaji sejarahnya. Lantas, keduanya dilihat melengkapkan dan seimbang 

Tapi bagaimana untuk kekalkan keseimbangan antara keduanya? Iaitu dengan merujuk kepada sebuah kitab dari langit, yakni Al-Quran. Quran yang bersifat dan berfungsi seperti “waze” dan “google maps” untuk memandu kita menelusuri dua disiplin ilmu ini. Bagaimana?

Dengan cara kita melakukan pembacaan dan penelitian yang mendalam, atau disebut sebagai tadabbur. Tanpa tadabbur, kita tidak akan temui elemen falsafah di dalam Quran. Tanpa tadabbur, kita hanya akan melihat elemen sejarah di dalam Quran sebagai hanya sebuah kisah. Betapa Quran itu meraikan segala cabang ilmu yang ada di atas muka bumi dan memberikan perhatian yang tidak kurang besarnya kepada dua disiplin ilmu ini. 

Pentakwilan daripada ayat “فسيروا فى الأرض” sudah membawa kepada perlunya melihat sejarah kehidupan manusia yang berlaku. Supaya kita merenung kefasadan mereka yang terlalu mengangkat falsafah tanpa berpandu kepada sumber wahyu.

Maka, jelas Quran mengajarkan kita untuk sentiasa menjadi seimbang, tanpa mengabaikan mana-mana disiplin ilmu antara sejarah dan falsafah. Bahkan Quran juga menjadi pemandu arah bagi mendalami dua disiplin ilmu ini. Kerana seharusnya dengan kemanfaatan daripada penggunaan akal dan merenung sejarah, menyebabkan kita semakin hidup bertuhan, bukan sebaliknya. 

 

Disediakan oleh,

Muhammad Fakhrul Islam Bin Mohd Fouzi,
Mahasiswa Tahun 2 Jabatan Sejarah & Tamadun Islam,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

 

 


Rujukan: 

Abdul Rahman Hj. Abdullah (2005). Wacana Falsafah Ilmu : Analisis Konsep-konsep Asas Falsafah dan Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur : Utusan Publications.

Matluthfi. (2017). Kisah 25 Filsuf Barat. Batu Caves, Selangor : PUTEH PRESS

Muhsin Mahdi. (1966, 890-891). Pandangan dan Sikap Terhadap Ilmu. Dlm. Ahmad Sunawari Long (penyelenggara) Falsafah Ibnu Khaldun, hlm. 29. Kuala Lumpur: Straits Digital Sdn Bhd


Hantar karya anda di emel [email protected].

Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.