“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Bulan Ramadan adalah bulan memperbaiki spiritual manusia malah sebagai terapi jiwa. Misalnya, ibadah puasa iaitu menahan lapar dan dahaga mendidik kita untuk merasai kesusahan orang lain iaitu fakir miskin. Sekaligus mencanai sifat bersederhana dalam diri kita dan simpati terhadap keadaan orang lain.

Selain itu, amalan moreh selepas menunaikan solat terawih dapat membentuk sikap memberi (bersedekah) dan berkongsi antara satu sama lain tidak kira kaya atau miskin. Bersedekah adalah salah satu pintu yang dibuka oleh Allah SWT untuk meraih keuntungan besar di dalam bulan Ramadan.

Islam menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadan. Allah SWT dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi seorang yang dermawan dan pemurah kerana dermawan adalah akhlak orang yang bertakwa. Ketahuilah bahawa sifat dermawan merupakan salah satu 99 sifat Allah Ta’ala, sebagaimana hadits:

‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)

Langkah pertama dalam mendidik diri menjadi seorang mukmin yang berakhlak baik ialah melalui didikan di dalam keluarga kerana keluarga merupakan madrasah terawal dalam mencorak jiwa anak-anak. Misalnya, ibu bapa sewajarnya mengambil peluang bulan Ramadan dengan menghidupkan suasana di dalam rumah seperti solat berjemaah dan tadarus al Quran lebih-lebih lagi ketika musim PKP ini kerana terdapat banyak masa bersama ahli keluarga di rumah.

Disamping itu, umat Islam disarankan untuk banyak membaca al Quran ketika bulan Ramadan. Hal ini demikian, membaca al Quran juga merupakan medium terapi minda. Terdapat beberapa kajian yang telah menunjukkan bahawa terapi al Quran dapat menyembuhkan gangguan-gangguan jiwa. Antaranya, artikel yang bertajuk Impact of Quran in Treatment of the Psychological Disorder and Spiritual Illness menjelaskan bahawa hampir 92.6% pesakit mengakui bahawa al Quran dapat menyembuhkan pelbagai gangguan emosi yang dialami oleh mereka.

Kesimpulannya, ibadah puasa dapat membentuk jiwa dan akhlak seseorang muslim. Ibadah puasa juga merupakan terapi kepada gangguan emosi dan memberi kesan yang positif terhadap kesihatan dan kesejahteraan mental umat Islam. Sebagai umat Islam yang hidup bermasyarakat, kita perlu sentiasa memberi motivasi dan sokongan moral antara satu sama lain lebih-lebih lagi sokongan kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.

Disediakan oleh,

Nur Izzati Hazwani

Rujukan:

  1. Khairul Azhar Idris: Berpuasa dan Proses Pemulihan Gangguan Mental
  2. Impact of Quran in Treatment of the Psychological Disorder and Spiritual Illness

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.