At-Tafaul (التفاؤل) atau optimis itu merupakan suatu sifat yang mempunyai kepercayaan diri dan yakin bahawa dihadapannya sentiasa mempunyai harapan dan peluang. Walaupun dalam masa yang sama seseorang itu berhadapan dengan pelbagai masalah.

Pernah tidak kita merasakan putus asa apabila berhadapan dengan masalah, lagi-lagi masalah yang sering kali berulang?

Bosan atau penat kerana tidak habis-habis menghadapi masalah sama sahaja. Seolah-olah tiada perubahan.

Akhirnya kita ambil jalan dengan meninggalkan masalah tersebut dengan mengatakan “kita tiada harapan lagi, kita tiada peluang lagi”

Saya boleh katakan disini, sudah-sudahlah ada rasa sebegitu.

Berkata Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya, seorang pendakwah itu (tidak kiralah ustaz atau bukan ustaz, anda tetap seorang pendakwah) perlu berhati – hati dengan sikap sebegini, dengan mengatakan:

(انتهى كل شيء وعجزنا)

“Ini semua sudah berakhir, tiada jalan lagi.”

(عليك بخويصة نفسك ودع عنك أمر العامة)

“Lebih baik asingkan diri dan tidak perlu lagi berurusan dengan orang ramai”

Sikap sebegini menyebabkan seseorang itu, belum mula apa-apa lagi sudah mengatakan tidak boleh dan tidak ada harapan lagi.

Sifat berputus asa sebegini, al-Quran melarang dan mencela sama sekali.

Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87:

وَلَا تَا۟يْـَٔسُوا۟ مِن رَّوْحِ ٱللَّهِ ۖ إِنَّهُۥ لَا يَا۟يْـَٔسُ مِن رَّوْحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلْقَوْمُ ٱلْكَـٰفِرُونَ

“Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.

Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 56:

قَالَ وَمَن يَقْنَطُ مِن رَّحْمَةِ رَبِّهِۦٓ إِلَّا ٱلضَّآلُّونَ

“Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat”.

Firman Allah dalam surah ar-Rum ayat 36:

وَإِذَآ أَذَقْنَا ٱلنَّاسَ رَحْمَةًۭ فَرِحُوا۟ بِهَا ۖ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌۢ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ

“Dan apabila kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan) dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa”.

Jadi jelas, dalam agama Allah (Islam) itu tidak boleh sama sekali untuk merasai putus asa kerana disebutkan oleh Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya, sifat tersebut ia akan membunuh jiwa dan menghancurkan harapan seseorang.

Mana tidaknya, perancangan bukan main, tetapi apabila ada sahaja rasa putus asa, terus tidak menjadi semuanya.

Sebenarnya, Allah hendak mendidik kita, apabila sesuatu perkara yang hendak dibuat, buat sehingga jadi. Buat sehingga berjaya.

Apabila tidak berjaya, terus usaha lagi, sehingga berjaya. Itulah Optimis!

Biasalah, kadang-kadang rasa semangat, kadang-kadang rasa lemah.

Perlahan-lahanlah berdamai dengan hati dengan mengatakan إن الله معنا. Dengan izin Allah ada sahaja jalannya,

فإن مع العسر يسرا، إن مع العسر يسرا

Rujukan:

صفات الدعية النفسية ٥ (عبد الله ناصح علوان)، باب التفاؤل

Disediakan oleh: Luqmanulhakim bin Zamrose


Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.