Sedang aku membuat kerja sambil memerhatikan rintik-rintik hujan di luar. Aku terfikir apakah cinta dan keserasian itu mudah untuk dibangunkan? Kata teman aku,
“Jika kau kenal dia lama pun belum tentu kau dapat bina keserasian dengannya. Kau tengok aku berapa kali bercinta pun putus juga kan? Entahlah….” Sambil melepaskan keluhan berat wajah ayunya di hadapanku. Sahabat aku ini memang selalu menungguku dan faham benar dengan aku yang selalu sibuk dan kadang-kadang mesej pun tak berjawab kerana kesibukan itu. Terima kasih sahabat!
“Tak jadi jugalah kali ini? Sabar ya, Insya allah Tuhan tahu yang terbaik untuk kau.” Kataku sambil tersenyum.
“Kadang-kadang aku nak jadi macam kau, tak terbeban kerana rasa cinta, single aje. Kau kebal dengan perasaan cinta, kau tak pernah bercerita soal lelaki sepanjang tujuh tahun aku kenal kau” Ujarnya tenang. Aku hanya senyum tanpa kata .
“Rasa penatnya kahwin, kan best kalau dapat single semula”.
“Kahwin ni best.Takde lah kita sorang-sorang, ada teman.”
“Kena kahwin, ada orang jaga.”
“Best kahwin, ada orang nak bercerita.”
“Kahwin ni kena kuat mental dan fizikal.”
Itulah pandangan sahabat-sahabat aku yang telah berkahwin ketika mereka meluahkan emosi mereka kepada aku. Aku hanya mendengar sahaja cerita mereka. Namun ada seorang hamba Allah ini mengatakan kepadaku sebaliknya:”
“Yang menentukan kita layak berjodohan dengan seseorang adalah Allah bukan manusia jika Allah sudah mengizinkan kita dan dia pasi bersatu melalui akad pernikahan kerana itulah jodoh kita.”
Cinta, jodoh dan maut itu iradat Allah sukar untuk kita memastikannya kerana semua itu aturan dariNya kerana bagiku kita lahir ke dunia juga kerana cinta Allah. Membina keluarga bagiku bukan hanya kerana cinta semata tapi banyak ilmu ,pengorbanan yang perlu diberikan untuk menjayakan sebuah ungkapan cinta. Perlunya ada keserasian ,matlamat dan perjuangan dalam memaknakan cinta. Cinta juga perlu dimaknakan dengan kewarasan fikir kerana ilmu yang perlu ditimba untuk mencipta keserasian itu.
“You always gain by giving love”- Reese Witherspoon
Cinta dan keserasian itu perlu dibangunkan dengan rasa cinta yang berkali-kali kepada orang yang sama. Hal ini kerana cinta itu yang mengajar seseorang manusia itu terus jatuh atau terus bangkit dalam kehidupan . Semakin dewasa, kita semakin matang dalam memahami aturan cinta .
Pujangga pernah berkata,
“ Faling in love is very easy but staying in love is very special.”
Dapatkah kita bertahan kerana cinta dan masih serasi bersama saat cinta itu tiada lagi indah seperti yang kita harapkan? Tanyalah diri kita sendiri
Cinta itu tidak datang hanya dengan pengakuan, cinta itu datang dengan kesediaan untuk memberi dan menerima. Cinta adakalanya adalah sebuah persinggahan ujian dan air mata, menduga hati, iman dan kewarasan fikir kita sendiri. Cinta itu bukanlah melemahkan sebaliknya membangun akal fikir kita sendiri Ibarat bahtera belayar kadang terumbang-ambing dipukul ombak karam di tepi samudera luas tiada berbumbung kadang beruntung terus ke daratan. Itulah Cinta.
Disediakan oleh: Nur Izzati Hazwani.