Di pagi harmoni udara yang nyaman, ketika mentari keluar dari ufuknya, burung-burung berkicauan keriangan, aku termenung di tangga rumahku. Perutku berbunyi menandakan kelaparan dalam diri. Lantas aku menyarung selipar jepun di bawah tangga. “Mak,adik nak ke kedai Pak Dopi jap,nak beli nasi Air Dingin”, “Hati-hati ya nak” ujar emakku di dapur. Lantas aku mengayuh basikal tua ayah dengan harapan nasi Air Dingin masih dijual di kedai tersebut. Nasi Air Dingin adalah nasi bungkus yang tersohor di Kelantan dan di buat di Kg. Air Dingin, Tumpat, Kelantan. “Abang Dopi,nasi Air Dingin ada lagi tak?”. “Ada satu bungkus je lagi,ini yang terakhir”. Alhamdulillah,syukur,dapat juga aku makan nasi Air Dingin pagi ini. Lantas aku menghulurkan wang RM3.00 kepadanya. Hati ini girang gembira sambil mengayuh basikal tua ayah pulang kerumah. Dalam perjalanan, aku terserempak dengan seorang nenek tua yang lusuh pakaiannya. Hatiku tersentak kasihan terhadap keadaan nenek tua tersebut, lalu aku memberhentikan basikal tua di pinggir jalan. Entah mengapa,mataku tiba-tiba berkaca berlinang air mata melihat keadaan nenek tua tersebut.

“Nek dah sarapan?”

“ Belum nak…” jawab nenek tersebut dengan nada yang lemah.

“ Nek nak ke mana pagi-pagi ni?”

“ Nek nak cari makanan dekat mana-mana, tapi tiada duit…..”.

Tanpa berfikir panjang,aku terus memberinya nasi Air Dingin yang aku beli tadi.

“ Nah nek, ini ada nasi..ambillah..”kataku kepadanya.

“ Terima kasih nak…”

Aku tersenyum kepadanya, namun hatiku sedih kerana tidak dapat merasa lagi nasi Air Dingin pada hari ini. Aku terus mencapai basikal tua ayah dan ingin menyambung kayuhan. Tiba-tiba… “Boomm….” Bunyi perlanggaran antara aku dan motorsikal. Entah kenapa, biasanya sebelum melintas jalan, aku toleh kiri kanan terlebuh dahulu, tetapi hari ini,tidak. Aku jatuh tergolek dan mataku berpinar-pinar. Tubuhku tidak bergerak. Duniaku semakin gelap.. “ Ya Allah…inikah pengakhiran hidupku..ampunilah dosa-dosaku..”

“Hasif…Hasif…anak mak..!”. Aku membuka mataku perlahan-lahan. Cahaya terang memeritkan mataku. Rupanya suara emakku memanggil namaku. Aku menoleh kiri dan kanan. “ Dimanakah saya ni mak… ?” “ Kau di hospital nak..” ujar emakku. Aku cuba menggerakkan tubuhku,namun tidak terdaya. Kaki kananku berbalut kain putih. Hatiku mula gusar memikirkannya. “ Apa sudah terjadi padaku kakiku..?”. Soalan tersebut seolah-olah membingungkan kepala otakku. Semakin difikir.semakin gusar. Aku cuba menggerakkan jari kaki kananku yang dibaluti kain putih, “Adus,sakitnyaa…”. Seolah-olah dicucuk besi tajam. “ Pergelangan kaki kanan kau patah nak, satu bulan baru akan pulih..” ujar emakku. Hatiku mula sebak,mataku mula berair mengenangkan nasib diri, berkurung di hospital selama satu bulan. Setelah seminggu di hospital, aku beransur positif. Aku mula membuat pergerakan-pergerakan ringan seperti berdiri,duduk di kerusi dan sebagainya. Masa yang terluang juga, aku berkenalan dengan beberapa orang pesakit yang sebilik dengan ku. Abang Aiman merupakan jiran disebelah kananku. Dia patah tangan kanan kerana kemalangan. Setiap hari aku berborak dengannya tanpa jemu. Dia juga memberi motivasi kepada diriku. Terima kasih juga kepada emakku yang sentiasa menjagaku 24 jam siang malam dan menemaniku. Pada hari yang ke-14, kira-kira jam 8.00 pagi, kami didatangi oleh Dr.Siti Anis. Beliau merupakan seorang doktor pakar bahagian Ortopedik dan beliaulah yang merawat orang yang senasib denganku. Ketika beliau memeriksa tulang kakiku, lantas beliau berkata “ Alhamdulillah, Hasif….saya rasa kaki awak dah ok dan awak boleh keluar wad harini dan pulang ke rumah”. Perasaan aku ketika itu teramatlah gembira bercampur kaget kerana tekaanku bahawa aku kena berada di hospital selama sebulan, tetapi hari ke-14, aku sudah dibenarkan keluar. Alhamdulillah,aku sujud syukur padamu ya Allah. Emakku menangis kegembiraan dan kami berpelukan antara satu sama lain. Ketika aku dan emakku sedang mengemas barang di katil, Abang Aiman memanggil namaku.

“ Hasif, ke sini jap..”

“ Ya abang, ada apa ?” tanyaku.

“ Nah..ada sedikit hadiah dari abang..” ujarnya sambil menghulurkan plastik yang yang berisikan sebungkus nasi.

“ Doakan aku sif..agar aku juga dapat keluar hospital nanti”

“ Insyaallah bang..terima kasih hadiah ni ya..” kataku sambil tersenyum kepadanya.

Aku mula keluar hospital sambil bertongkat kayu. Ibarat si gagak patah sayap bertongkatkan dahan. Aku duduk dibangku pinggir hospital sambil menunggu emakku menyelesaikan urusan bil hospital. Ketika aku duduk berehat, mataku melihat tepat ke arah hadiah yang diberi oleh abang Aiman kepadaku tadi. Sambil membuka bungkusan plastik tersebut, aku terkejut besar.

“ Wahh…nasi Air Dingin la…” ujar hatiku riang.

Entah mengapa tiba-tiba perutku lapar namun hatiku gembira. Teringat aku dengan kata-kata ustazku di sekolah yang berpesan,

“  Sedekah boleh meringankan musibah yang engkau hadapi..”.

Mungkin ketika aku bersedekah kepada nenek tua dengan barang yang berkendak atau penting bagiku ketika itu, inilah ganjaran Allah S.W.T kepadaku.

“ Hasif…jom pulang” 

“Ah, ya mak…” tersentak dari lamunan fikiranku.

 

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“ Kamu tidak sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian daripada harta yang kamu cintai”

( Surah Al-Baqarah : 92 )

 

Rifaie el-Hakimi
Guru, 
Kota Bharu, Kelantan

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.