Nur duduk sendirian di beranda luar rumah bertemankan cahaya kecil dari corong telefon bimbitnya. Termenung seketika, mungkin ini jalan pilihan masing-masing. Mereka saling tidak kenal. Bertemu di suasana yang tidak disangka-sangka. Terselit semuanya di aturan-Nya.

Tidak pernah diimpikan tetapi pasti suatu hari nanti perpisahan akan berlaku. Tatkala cerita baru ini bermula, Nur mula berfikir panjang bagaimana jalan hidup yang mudah dan sukar itu saling mencemburui antara satu sama lain. Apakah jalan itu?

Jalan itu dilalui sepanjang hidup Nur. Jalan di sebuah desa terpencil ini merupakan jalan yang sering digunakan oleh penduduk kampung mencari sesuap nasi. Jalan ini merupakan jalan singkat menuju ke rumah Nur. Jalan yang sering Nur gunakan setiap kali sesi persekolahan menengah tamat. 

Tidak terhitung setiap keringat yang jatuh. Terlalu penat. “Semoga aku sabar”. Bisik Nur dalam hati sambil mengelap peluh yang menitis di mukanya. Melalui jalan ini adakalanya terasa sangat jauh. Perjalanan ini seakan-akan menjadi semakin dekat apabila berperang dengan fikirannya sendiri .

Nur meneruskan perjalanan yang masih jauh lagi. Hanya basikal dan jasad manusia sahaja yang boleh melaluinya, sempat dia berfikir sempit jalan itu seperti sempitnya kehidupan Nur yang masih mencari-cari apa sebenarnya yang hilang? diri? harta? atau jiwa? sungguh jiwa yang penuh pengharapan terhadap manusia itu akan mudah hancur. Bisik Nur dalam hati.

Hujan menghempaskan dirinya ke permukaan kering, Nur berjalan sambil tunduk melihat ke arah tanah becak. Jalan yang tidak mempunyai tar tidak seperti jalan-jalan lain di desa ini. Sebelah kiri dan kanan Nur terdapat lalang-lalang panjang. Mungkin penduduk sekitarnya tidak mempunyai masa untuk memotong lalang itu. Kawasan terbiar yang sangat luas, bila tiba masanya, lalang itu hanya dibakar. Api itu mudah merebak ke tempat lain. Mudah kerja mereka.

Nur berfikir lagi mana mungkin dihabiskan tenaga dan wang hanya untuk membersihkan kawasan yang terbiar dan tidak berpenghuni itu? Padang terbiar itu penuh asap hitam yang menyakitkan mata. Nur membayangkan kehidupan haiwan yang ada di sana mati. Nur meneruskan perjalanan melihat pintu kehidupan yang lain, ada kalanya pemandanganya diselangi oleh beberapa buah rumah. 

Di sekelilingnya terdapat rumah yang berdiri megah dan ada yang hampir menyembah bumi. Ya, di mana-mana desa sahaja kita merantau pasti ada manusia hidup mewah dan ada manusia yang hidup hanya cukup seadanya. Kadang-kadang yang ada itu juga tidak cukup. Nur berkata dalam diri, kalaulah aku ada banyak wang sudah pasti aku dapat menolong mereka.

Hidup di sebuah desa ini sama juga seperti pelarian di dunia.

Hidup di desa ini sama juga seperti pendatang asing

Hidup di sebuah desa ini sama juga seperti berada di tempat yang berkonflik

Kerana hanya satu yang diinginkan iaitu kebebasan, keselesaan dan kebahagiaan.”

Namun, apa yang Nur ada tidak cukup untuk menampung perbelanjaan hidup keluarganya. Nur cuba melihat apa yang ada di teratak kecil itu, ketika melihat rumah yang kecil itu, Nur teringat dirinya yang serba kekurangan. rumah kecil itu tidak kurang seperti rumahnya. Hanya rasa kasihan yang timbul ketika melihat rumah usang itu. Apa yang Nur rasai mereka juga rasa bahkan mungkin lagi susah dari apa yang Nur alami. Rumah kelihatan usang namun di dalamnya itu pasti ada jiwa anak-anak kecil yang penuh cita-cita dan tidak pernah putus berdoa kepada Pencipta.

 

 

Nur kadang-kadang keliru. Wujud watak dalam keluarga kecil itu yang sukar difahami. Wujud rentak yang sukar dijejaki. Apatah lagi ditiru gayanya. Dia terus mencari-cari siapa dirinya tanpa jemu, walau hanya gaya kaku yang menjuarai setiap saat itu. Berlegar-legar ragam manusia yang sukar difahami. Dia cuba selidik setiap ragam itu. Walaupun hakikatnya memang wujud perbezaan yang nyata. Namun, persefahaman juga bakal wujud melalui perbezaan hidup. Wujudnya gabungan alphabet yang membentuk perkataan saling melengkapi. Situasi hidup ini mudah untuk berubah hanya menunggu bila waktunya tiba dan bila sudah bersedia. Begitulah keyakinan seorang wanita bernama Nur terhadap perjalanan hidupnya yang bakal berubah sesuai dengan usaha dan rencana-Nya.

 

Nur Farahin
Pelajar,
Kota Kinabalu, Sabah

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.