Aku budak Bandar! Aku budak Bandar! 

Begitulah desak di hati Jo, ketika diarahkan oleh ibu bapanya untuk pulang ke kampung sebelah ayahnya sempena cuti sekolah. Kenapa tiba-tiba disuruh? 

Jo telah ditangkap setelah didapati bergaduh dengan rakan sekelasnya. Ah Haw, pelajar baru yang satu-satunya pelajar Cina di kelasnya yang tidak menjalankan tugas untuk menyapu sampah di dalam kelas pada hari tersebut telah membawa kepada pertengkaran, dan akhirnya membawa kepada kejadian tumbuk menumbuk.

Jo selaku AJK Kebersihan Kelas 5 Alpha, tidaklah begitu berang sekiranya rakan-rakan lainnya tidak menjalankan tugasnya. Adakah aku tidak adil? Hah! Memang dia patut dimarahi. Sudahlah pelajar baru, malas pula! Jo cuba menjustifikasikan tindakan liarnya. Sebagai hukuman mahu tidak mahu, Jo berangkat juga ke kampung ayahnya di sebelah utara. 

Pilihanraya Umum baru sahaja berlalu, adakah perubahan akan berlaku setelah bertukarnya pimpinan negeri Jelapang Padi itu kepada lain. Jo tidak sukakan kehidupan kampung. Tiada playstation, tiada Astro, tiada pusat membeli belah, semuanya tiada. Sekalipun `tiada segala-galanya’ , Jo juga berasa hairan melihat keseronokan remaja sebayanya, pakcik makcik tua yang tenang dan ceria sahaja hidup mereka di sebuah tempat yang `tiada segala-galanya’ .

Setelah beberapa hari di kampung, selain mengikuti datuknya ke surau dan mengaji Quran, Jo sudah mati kutu. Apa yang mahu dibuat di tempat yang `tiada segala-galanya. ‘ Akhirnya Jo mengambil pergi ke bendang sawah, melihat tapak-tapak sawah yang menghijau sekalipun pada asalnya Jo keberatan kerana takut betis lelakinya digigit lintah-lintah durjana.

Jo merenung jauh. Ingatannya kembali pada kejadian dikelas pada minggu lepas. Kenapa aku begitu `alergi’ dengan Ah Haw? Kenapa aku bertindak menengkingnya hanya kerana dia tidak menjalankan tugas? Adakah ia didorong oleh sifat amanah sebagai AJK Kebersihan, ataupun atas tujuan lain? 

Adakah aku `racist’? Tidak! Jo cuba menafikannya sekalipun nuraninya mengiyakan sifat negatifnya itu. 

Ya! Kenapa aku begitu `racist’? Mama Abah, guru-guruku, malah sehingga ke peringkat pimpinan negara telah pun menyeru kepada integrasi kaum yang menjadi asas negaraku. 

Kenapa? Kenapa? Jo menyesali dirinya sendiri, tapi terasa begitu sukar untuk membuang sifatnya itu. Dalam kesedihan, Jo terlihat seekor kerbau sedang berkubang di dalam lumpur. bersama dua ekor burung jalak sedang mematuk-matuk perlahan badan kerbau itu. 

Jo, tersentak seketika. Teringat kembali subjek Biologi, rasanya baru sahaja Jo mempelajari berkenaan simbiosis. `Win-win thinking’, begitulah cikgunya menyimpulkan. Si kerbau merelakan badannya ditumpang oleh burung jalak, sedang burung jalak pula memberi khidmat kutip kutu buat Si kerbau. Ya, itulah simbiosis!!

Jo merenung kembali. Terima kasih Tuhan, pulang ke kampung tidaklah sia-sia. Melalui perantaraan alam, Jo telah belajar sesuatu yang sangat bermakna. Jo berasa tercabar, sedangkan haiwan yang tanpa akal, tidak bertamadun malah ramai juga orang sering memberi jolokan, “Bodoh seperi kerbau”, namun pada hari ini kerbau dan burung jalak yang telah menjadi `gurunya.’ 

Sedangkan kerbau pun tahu untuk bersimbiosis dan bersinergi meskipun tidak bersama spesiesnya sendiri. Aku, seorang manusia, pasti mampu untuk bersinergi dengan segenap manusia, biarpun berlainan bangsa dan latar belakang, asalkan kita bersatu dalam tujuan yang tepat dan sejahtera.

Bukankah Surah Al-Hujurat ayat 13 telah menyatakan fitrah manusia itu dicipta dengan pelbagai bangsa? Bahkan banyak lagi ayat lain yang menerangkan tentang kepelbagaian manusia, termasuklah agama dan kepercayaan.

Mama, Abah. Jo nak balik sekarang. Jo sudah belajar sesuatu. Jo tidak sabar ingin berjumpa Ah Haw dan meminta maaf kepadanya. Jo janji tidak akan buat lagi perbuatan `terkutuk’ itu…

-Tamat-

Disediakan oleh,

Muhammad Shah Ahmad Nor 

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.