CERITA ABANG KADI

79c3d32d50624b03958760a972fa64ad

Berbicara tentang karya-karya yang membincangkan perihal perkahwinana, kitab oleh baca siri Aku Terima Nikahnya oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Sebelum Aku Bernikah tulisan Hilal Ashraf yang menceritakan kisah suka duka sebelum-semasa-selepas pernikahan.

Buku Cerita Abang Kadi pula hadir dengan menghidangkan anekdot-anekdot menarik pengalaman seorang Tok Kadi. Ya! Tok Kadi yang selalu nikahkan pasangan pengantin itu! Setahu saya, inilah buku pertama yang betul-betul memfokuskan ceritta antara pasangan pengantin dengan tok kadi.

Imran Burhanuddin (Mior Imran) menukilkan naskhah ini dengan santai tetapi setiap tajuknya mempunyai mesej yang jelas. Pada awal pembacaan saya, saya sangat terhibur dan input yang diberikan sangat terang dan jelas. Kisah yang disajikan begitu berguna untuk dijadikan pelajaran buat pengantin baru dan ada juga diselitkan sedikit kisah rumah tangga.

Sebelum ini saya hanya ingat perkahwinan ini alam selepas berkahwin dan penjagaan pergaulan sebelum berkahwin, ataupun ketika dalam tempoh pertunangan sahaja, tetapi ada benda yang saya sendiri lupa, iaitu hal kursus kahwin dan sistem untuk memohon perkahwinan menurut undang-undang, khususnya di Malaysia.

Ketika membaca naskhah ini, saya terimbau kembali pelajaran Pendidikan Agama Islam sewaktu sekolah menengah yang mana kita semua diajar mengenai rukun nikah, syarat sah nikah, dan jenis talak. Tetapi pelajaran tersebut hanya dihafal untuk peperiksaan.

Dalam buku ini, penulis tidaklah menulis dengan perincian yang jitu, tetapi cukup sekadar untuk dibuat ulang kaji untuk masa akan datang. Penulis menggunakan medium bercerita untuk mendidik pembaca. Ia santai dan tidak formal.

Pembaca dihidangkan dengan cerita-cerita seputar persediaan boring, undang-undang di Malaysia. kisah mengenai wali, saksi dan mak andam. Sewaktu sedang membaca naskhah ini, saya jujurnya semakin takut untuk berkahwin.

Adakah saya sudah bersedia? Penulis tidak hanya menulis perihal kadi, tapi turun memasukkan pesanan-pesanan kepada pasangan pengantin. Dari pesanan tersebut, saya sendiri bermuhasabah kembali, adakah aku cukup kuat untuk menganggung isteri?

Adakah aku cukup kuat untuk mengawal pergaduhan dalam rumah tangga kelak?

Kes cerai paling menakutkan. Abang kadi menulis beberapa kes cerai yang orang luar pandang hanya remeh temeh, tetapi mengakibatkan masalah yang besar dalam keluarga.

Di bahagian akhir buku, Abang Kadi ada menyediakan peta minta ‘Nota Abang Kadi’. Peta minda ini ringkas tetapi padat dengan info bagi mereka yang mahu mendirikan rumah tangga, seperti syarat sah nikah, wali, jenis talak, dan lain-lain.

Akhir kata, ingat! Tak ada kadi, tak sah nikah anda! Wali, saksi, anda kenal. Tapi bagaimana anda nak kenal kadi? Dengan buku inilah!

Buku terbitan Komrad Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran anda, atau anda boleh terus WhatsApp mereka terus dengan pautan https://ceritaabangkadi.wasap.my. Selamat membaca!

Naim AlKalantani

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *