Sejak pandemik Covid-19, para pendidik juga terkesan dan mengalami pelbagai cabaran ketika melaksanakan aktiviti pembelajaran jarak jauh. Antara cabaran yang dihadapi ialah masalah liputan internet. Selain itu, pendedahan skrin telefon yang begitu lama boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada seseorang lebih-lebih lagi kesan kepada kanak-kanak seperti ketagihan dan kekurangan interaksi sosial.

“Guru adalah insan yang sangat dimuliakan di dalam islam dan diberi kedudukan tinggi sesuai dengan peranannya yang memberi kesan kepada masa hadapan murid serta umat keseluruhannya. Rasulullah s.a.w adalah guru pertama kepada umat manusia”

Penggunaan aplikasi teknologi terkini seperti aplikasi Google Meet, Zoom, Youtube, Inshot dan Tiktok merupakan wadah baru untuk para guru menyampaikan sesi pembelajaran dengan lebih berkesan ketika Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Alat komunikasi digital merupakan sebuah keperluan para pelajar dari bangku prasekolah sehingga universiti dalam proses pembelajaran secara atas talian sebagai medium pembelajaran.

Namun, kehadiran kelas secara virtual membuatkan para pelajar kurang fokus ketika sesi pembelajaran ditambah lagi dengan suasana persekitaran yang tidak memberangsangkan kerana kurangnya sokongan daripada ibu bapa seperti capaian internet yang lemahn dan kekurangan gajet untuk digunakan oleh anak-anak.

Seorang guru juga memerlukan sifat sabar dan tabah yang tinggi untuk menghadapi karenah murid-murid yang berbagai ragam lagi-lagi sesi pembelajaran jarak jauh. Hal ini kerana akan memberikan tekanan kepada pihak guru dan murid itu sendiri. Bebanan kerja yang semakin bertambah, kurangnya mendapat penghargaan, isu kekeluargaan, kurangnya kemahiran teknologi dan masalah kewangan menjadi punca para guru mengalami stress yang tinggi.

Merujuk laporan akhbar, wujud gesaan daripada pelbagai pihak untuk mengutamakan subjek-subjek yang berkaitan perperiksaan sahaja. Hal ini bukan sahaja memberi tekanan kepada para guru malah memberi tekanan kepada para pelajar.

Laporan Sinar Harian 24 Januari 2021.

Pelbagai kritikan dan persepsi dilemparkan oleh masyarakat terhadap golongan pendidik. Para guru dan ibu bapa sewajarnya berkerjasama dan berganding bahu untuk menyelesaikan perkara-perkara berbangkit yang melibatkan pembelajaran anak-anak. Jika hubungan antara guru dan ibu baik bertambah erat pasti mampu melahirkan generasi yang cemerlang dunia dan akhirat.

Pada hari ini, segala tanggungjawab diletakkan di atas bahu seorang guru sedangkan acuan tingkahlaku perlulah diasuh sejak dari rumah. Dalam hal ini, kita perlu menyedari bahawa guru juga manusia biasa yang mempunyai emosi yang perlu diuruskan dan sekiranya dibiarkan pasti akan memberikan kesan kepada pelajar. Ibu bapa juga memainkan peranan di rumah dengan menyediakan capaian akses internet dan gajet yang bersesuaian supaya proses PDPR berjalan lancar. 

Sebagai masyarakat, kita sewajarnya sedar bahawa ramai yang mengalami masalah kesihatan mental akibat tekanan kerja dan keluarga. Perlu diakui bahawa guru juga terjejas kesihatan mental mereka kerana menggalas tugas yang begitu berat seiring dengan tuntutan dan perubahan dari sudut sosial, ekonomi dan teknologi yang turut memberikan kesan kepada dunia pendidikan.

Jika diteliti pesan Buya Hamka di dalam buku Pesan Hamka Kepada Pendidik, Buya Hamka menganjurkan supaya setiap pendidik itu perlu mempunyai visi dan misi tersendiri. Para pendidik seharusnya mengambil masa untuk merenung diri sendiri terlebih dahulu dan mengutamakan anak murid dalam proses Falsafah Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Seorang pendidik yang baik perlulah mempunyai nilai empati yang tinggi dan mempunyai kesungguhan dalam proses pedagogi bagi memastikan setiap proses PdPc berjaya.

Konklusinya, pelbagai usaha perlu diambil oleh para guru dan ibu bapa dalam menyediakan kemudahan kepada para pelajar ketika proses PDPR dilaksanakan. Impak pembelajaran atas talian perlu diambil berat dari segi kesihatan mental murid, ibu bapa dan guru. Kajian mendapati bahawa pendedahan kepada internet terlalu lama dapat memberikan kesan kepada emosi dan kognitif pelajar. Oleh itu, sediakan jadual belajar dan bekerja sebaik-baiknya. Sebagai seorang pelajar atau ibu bapa harus menghormati guru-guru kerana tanpa guru siapalah kita.

Disediakan oleh,

Nur Izzati Hazwani Abdul Hadi 

Rujukan:

  1. Sapora Sipon,Stres Kerja Guru:Punca ,Kesan dan Srategi Daya Tindak: Prosiding Seminar Profesion Perguruan
  2. Mohamad Anwar Patho Rohman.4,4 peratus guru stress Laporan Berita Harian bertarikh 28 ogos 2018.
  3. Nur Fazine Aida, Pembelajaran Online boleh beri kesihatan mental laporan Sinar Harian Bertarikh 2 Disember 2020.

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.