Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi membawa tema bibliofil iaitu minat dan kecintaan yang mendalam terhadap buku. Karya ini mengumpulkan catatan-catatan oleh Iman Danial Hakim mengenai buku. Ini merupakan julung kalinya saya membaca buku terbitan Jejak Tarbiah dan ia merupakan pertama kali juga saya membaca karya penulis tersebut.
Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan penulis kerana menghadiahkan saya naskhah yang amat seronok dibaca ini.
Apabila membaca karya ini, jelas terlihat bahawa penulis sememangnya seorang yang sangat minat membaca dan jika diperhatikan cara penulisan beliau juga jelas kelihatan bahawa beliau seorang yang bijak pandai. Masakan tidak bakal peguam bukan (sekarang sudah menjadi peguam sesungguhnya, tahniah!)
Komen saya secara keseluruhannya buku ini amat menyeronokkan dan andai saya diberi peluang untuk memberi rating maka saya akan berikan sebanyak 4 daripada 5 bintang.
Cuma, saya agak terkeliru pada halaman 78 yang menyebut “Dan mereka juga satu-satunya buku sastera dan jilid yang berbaki di Toko Buku Alif.” — kenapa Toko Buku Alif sedangkan pada halaman 75 membicarakan tentang Toko Buku Taufiqiyah ?…
Penulis banyak ketengahkan ulasan buku sastera—barangkali kerana minatnya yang mendalam terhadap dunia sastera—namun begitu, buat anak muda yang baharu nak menanam minat membaca maka saya fikir genre sastera yang dicadangkan untuk dibaca dan diulas oleh penulis dalam karyanya ini kurang memberi impak—mungkin boleh ditambahbaik lagi dengan menyelitkan juga ulasan genre-genre buku yang lain—mempelbagaikan genre.
PROFIL PENULIS :
N. Nur Nasuha berasal dari Kelantan, Malaysia. Beliau seorang yang gemar membaca buku dan aktif berkongsi perihal agama Islam di media sosial instagram dan twitter @nasuharsl