Aku dilahirkan sebagai seorang OKU iaitu cacat fizikal. Bukan mudah untuk aku menjalani kehidupan sebagai seorang OKU. Tetapi aku harus kuat dan tabah untuk mencapai cita-cita yang aku inginkan. Aku akui adakalanya aku penat, runsing dan terus bertanya mengapa aku yang diuji begini?
Namun aku akan terus kuat demi sebuah impian dan cita-cita. Aku akui hidup ini tidak mudah. Bagi mengisi masa lapang, aku akan menulis di laman Facebook bagi menghilangkan bosan dan jika tidak terikat dengan kesibukan dunia.
Syukur mempunyai ayah, ibu dan adik-adik yang sentiasa memberi semangat untuk aku mencapai cita-cita aku yang tidak mudah perjalanannya.
Doakan aku ya!
Semoga aku sentiasa bermotivasi dan tidak kalah dilambung ombak pancaroba dunia.
Semoga aku sentiasa kuat. Walaupun permainan emosi sentiasa bermain langkah meniupkan irama dalam diriku. Astaga! Cepat-cepat aku membuang perasaan itu.
Yang Benar,
Nina
(Bukan nama sebenar)