Di dalam bahasa Perancis, bibliofil disebut sebagai rat de bibliothèque. Selaras dengan seruan wahyu pertama Nabi Muhammad s.a.w yang menganjurkan supaya kita menuntut ilmu. Surah al Alaq menjelaskan kepentingan menuntut ilmu sebagai lambang untuk melahirkan masyarakat yang berjaya.
“Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptkan [1] Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah [2] Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah [3] Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam [4] Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. [5]” [al Alaq: 1-5]
Tabiat membaca wajar disuburkan di dalam institusi kekeluargaan. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa sewajarnya menyemai tabiat membaca sejak dari kecil dan menjadikan amalan membaca sebagai terapi kepada jiwa anak-anak pada hari ini.
Melalui amalan bibloterapi atau lebih dikenali sebagai terapi buku iaitu melatih anak-anak menggunakan buku sebagai terapi jiwa. Terapi buku atau bibloterapi dapat dibahagikan kepada tiga iaitu
- Terapi kreativiti iaitu melalui pembacaan anak-anak dapat memupuk kreativiti melalui amalan pembacaan buku yang dibacanya.
- Melalui pembacaan buku juga anak-anak dapat berimaginasi dan menyelesaikan masalah mereka dalam kehidupan . Hal ini kerana melalui pembacaan anak-anak akan mempelajari ilmu mengenai kehidupan.
- Melalui pembacaan anak-anak boleh memperbaiki daya tumpuan mereka.
“Books are a hard-bound drug with no danger of an overdose. I am happy victim of books”
Apabila kita sudah kecanduan dengan buku, pasti kita tidak akan mempunyai ruang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah kerana kita sudah tenggelam dalam bait-bait aksara di dalam buku. Melalui amalan membaca buku, seseorang individu akan menjadi seorang yang matang berfikir dalam segenap aspek kehidupan. “Bangsa membaca bangsa berjaya”. Malangnya ungkapan itu hanyalah dibibir semata-mata.
“Dalam situasi apapun, jangan biarkan emosimu mengalahkan kecerdasanmu”
Buya Hamka
Malangnya, hasil kajian yang dipetik daripada laporan Astro Awani menjelaskan bahawa kira-kira 56 juta rakyat Malaysia tidak tertarik untuk membeli buku dalam jangka masa setahun.
Segalanya bermula daripada rumah. Oleh itu, ibu bapa wajar menjadi penggalak kepada anak-anak mereka membaca sejak dari kecil lagi. Antara usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah mewujudkan perpustakaan mini di dalam rumah, membawa anak-anak ke kedai buku dan menghadiahkan anak-anak dengan buku kegemaran mereka . Ibu bapa adalah agen perubahan masyarakat.
Manfaatkan hujung minggu dengan aktiviti membaca bersama anak-anak, Selain itu amalan membaca sebelum tidur atau bed time story sangat bagus kerana otak akan memproses maklumat ketika anak-anak sedang tidur. Di samping itu, dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan menggantikan gajet kepada buku.
Disediakan oleh,
Nur Izzati Hazwani.