Apakah matlamat kamu? Apakah impian kamu? dan apakah tujuan kamu di bumi ini?

Manusia dicipta mempunyai kehidupannya sendiri. Tenaga dan usaha dikerah tanpa mengira masa demi wang untuk menjalani kehidupan. Berapa banyak pengorbanan yang telah dilakukan?

Si ayah yang membanting tulang demi keluarga tersayang. Si ibu mengorbankan tenaga menjaga si anak dan berpeluh lelah mengurus hal rumah tangga. Si anak bersengkang mata menelaah ilmu, mengerah otak menimba ilmu demi sebuah cita-cita. Sebuah pengorbanan demi impian dan matlamat kehidupan.

Kisah sang guru dan anak didiknya, kisah seorang doktor dan pesakitnya. Itulah pengorbanannya. Hatta kisah si tukang bina, si pencuci malah si pengutip sampah. Itulah titik peluh pengorbanan diri mereka untuk diri dan bangsa.

Tidak terhitung pengorbanan mereka dan setiap manusia di dunia ini. 

Namun, adakah kita sebahagian daripada pelakar hidup ini akan bersenang-senang di akhirat? Adakah segala keringat, titik peluh dan pengorbanan tenaga, masa dan wang itu membawa senangnya di akhirat?

Ya! berpenat lelah di dunia dan bersenang-senang di akhirat apabila diri menjadi hamba Tuhan yang sebenar-benarnya.

Arwah ibu pernah berkata,

“Apa sahaja yang kita lakukan, walau di mana pun kita berada dan siapa pun dirimu, jangan lupa TUJUAN utama kita di dunia ini. Jaga agamamu, kelak itu yang akan membimbingmu.”

Jika siang malam, mereka menyibukkan diri tanpa bersenang lenang. Jika jatuh, mereka bangkit semula dengan lebih kuat. Malah mereka berkorban tanpa sempadan dan batas. Di manakah kekuatan manusia itu?

Kekuatan manusia itu sebenarnya daripada hati mereka kerana mereka percaya jika bersusah-susah demi agama Allah SWT di dunia ini, rehat mereka hanyalah di akhirat. Maka, yakin dan percaya kepada Allah SWT itu harus seiring dengan segala perbuatan dan niatnya.

Banyak kali aku berasa lelah malah hampir tewas dengan dunia ini. Namun setiap kali aku melihat mereka yang lain, aku bertanya kepada diri aku, kenapa aku perlu memilih bersenang-senang di dunia jika di akhirat kelak aku perlu bersusah-susah? Sepatutnya aku perlu yakin dengan Allah SWT.

Aku  mendengar satu kata-kata daripada seorang ustazah,

“Apa pun yang berlaku, selalu berdoa dan yakin bahawa Allah jua pemegang segala hal di dunia termasuklah kita kerana Allah yang menentukan segala corak kehidupan kita.”

Oleh itu, aku perlu sentiasa menyerahkan segala urusanku kepada Allah SWT (untuk memeliharaku). Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui keadaan hamba-hambaNya.

Wahai hamba Allah! Apapun matlamat dan impianmu, semoga itu yang membawamu kepada kesenangan di akhirat.

Wahai hamba Allah yang menjaga sedang berjuang menjaga agama ini, yang tahu tujuan dirinya dan jelas matlamatnya, semoga kalian bersenang-senang di akhirat kelak.

Nukilan,

Nurjamilah Abdul Hamid


Hantar karya anda di emel [email protected].

Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.