Adab ialah tingkah laku manusia ketika sedang melakukan sesuatu manakala akhlak pula ialah tingkah laku manusia terhadap manusia yang lain. Oleh itu, adab dan akhlak merupakan perkara yang pasti akan bersama ketika salah satu itu diaplikasikan dalam kehidupan seharian
Nabi Muhammad s.a.w berkata :
“إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق”
“ Sesungguhnya aku diutuskan untuk memyempurnakan kemuliaan akhlak“
Bagaimana untuk belajar tentang akhlak?
Dalam islam, seseorang yang boleh dijadikan contoh ialah nabi junjungan kita Muhammad s.a.w. hatta dalam perniagaan sekalipun Rasulullah telah mengajarkan kepada kita selok belok perniagaan. Begitu juga dengan akhlak, kita perlu jadikan Rasulullah sebagai contoh akhlak yang baik.
Bagaimana ingin jadikan Rasulullah sebagai contoh sedangkan Rasulullah telah lama wafat? Seseorang telah datang kepada isteri nabi iaitu A’isyah r.a dengan menanyakan tentang keperibadian (Akhlak) Rasulullah s.a.w. . Maka, Ummul Mukminin Saidatina A’isyah menjawab,
“كان خلقه القرءان”
“Akhlak beliau adalah al-Quran.“
Hadisnya:
يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ أَخْبِرِينِى بِخُلُقِ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-. قَالَتْ كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ أَمَا تَقْرَأُ الْقُرْآنَ قَوْلَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
(وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ)
“Wahai Ummul Mukminin, beritahukanlah kepadaku akan akhlaknya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam?”, beliau menjawab: “Akhlak beliau adalah Al Quran, apakah kamu tidak membaca Al Quran, Firman Allah Azza wa Jalla: (وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ) dan sesungguhnya engkau di atas budi pekerti yang agung.” HR. Ahmad
Maka tidak lain tidak bukan cara untuk mempelajari akhlak yang sempurna ialah dengan mentadabbur ayat-ayat suci al-Quran dengan penuh penghayatan. Allah s.w.t juga ada berfirman di dalam al-Quran mengenai akhlak baginda Rasulullah s.a.w. :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”
Ibn Mubarak pernah berkata:
تعلمنا الأدب ثلاثين عاما، وتعلمنا العلم عشرين
“Kami mempelajari adab selama 30 tahun dan pelajari ilmu selama 20 tahun.”
Ayat ini menunjukkan bahawa kedudukan akhlak itu lebih tinggi dari ilmu dan ramai lagi ulama pernah berkata mengenai hal adab, antaranya imam malik, beliau berkata:
تعلم الأدب قبل أن تتعلم العلم
“Belajarlah adab sebelum kamu mempelajari ilmu.“
Kesimpulannya, timbangan kebaikan di akhirat kelak akan menjadi berat kerana akhlak yang baik. Oleh itu, berusahalah untuk menjadi seorang yang berakhlak mulia. Jaga perilaku supaya tidak menyakiti orang lain. Kadang kala, perbuatan buruk kita yang sedikit dapat membuatkan orang lain terasa tidak senang dengan diri kita dan itu akan menyekat kita dari memasuki syurga Allah s.w.t. .
المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده
Seorang muslim yang baik ialah mereka dari kalangan muslim yang lain selamat dari lisan dan tangannya.
Disediakan oleh,
Nik Mukhlis Nik Yusri
Kaherah, Mesir.