Al-Quran adalah sebuah kitab panduan kepada umat Islam. Ia sarat dan penuh dengan pelbagai ilmu yang mendatangkan manfaat kepada umat Islam dan masyarakat khususnya. Di dalamnya terkandung ilmu perubatan, sains, geografi, sejarah, matematik dan pelbagai lagi. Atas maksud itu, Quran terus menjadi tumpuan untuk dikaji oleh ramainya saintis dan umat manusia. Hasil kajian tersebut telah wujud sebuah kajian berkenaan kajian Quran atau disiplin ilmu Quran, atau disebut juga sebagai Ulum Quran. 

Antara ilmu Quran yang tersebut adalah ilmu Tafsir, Ilmu Qiraat, Tajwid & Tilawah, Nasikh Mansukh, Muhkam & Mutasyabih, I’jaz al-Quran, asbabun Nuzul dan sebagainya. Kesemua bidang ilmu atau ulum Quran ini adalah untuk membantu kita menyelami dan mendalami serta menerokai sendiri kehebatan dan kemukjizatan yang ada mengenai ilmu Quran itu sendiri sebagai pedoman kepada umat Islam.

Dalam kesemua bidang ulum Quran yang disebut, ada suatu disiplin ilmu Quran yang punyai kait rapat dengan sirah dan sejarah, iaitu asbabun nuzul. 

Asbabun Nuzul atau jika diterjemah ke dalam bahasa melayu sebagai sebab turun. Jika kita tinjau dari pemaknaan bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. 

Istilah ini bukanlah suatu yang literal seperti yang kita faham sebagai yang bermaksud turun, malah penggunaan istilah ini hanyalah bersifat sebagai majaz atau dalam bahasa yang lebih membumi sebuah simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. 

Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran yang disampaikan kepada manusia yang berada di bumi yang letaknya di kedudukan yang rendah. Ia adalah bidang kajian mengenai sebab-sebab diturunkannya sesuatu ayat, atau surah daripada al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW dan juga para Sahabat.

Seperti mana pentingnya kita mempelajari sejarah, maka begitu juga pentingnya untuk kita mempelajari dan mengetahui asbabun nuzul sesuatu ayat atau surah, kerana ia akan membantu kita memahami konteks dan juga fokus sesebuah ayat itu.

Asbabun Nuzul ini signifikan kepada sejarah, kerana ia merangkumi kronologi dan juga peristiwa meskipun kronologi asbabun nuzul ini tidak lah tersusun. Menelusuri asbabun nuzul dengan baik akan membantu dan memandu kita untuk menelusuri sirah dan sejarah kehidupan Rasulullah SAW dengan lebih berpandu kerana Quran itu disebut sebagai gambaran kepada peribadi Rasulullah SAW. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA:

“Akhlak Rasulullah SAW adalah al-Quran.” (HR Muslim).

Namun, apakah yang membezakan sirah dan juga asbabun nuzul? Apakah pentingnya mempelajari asbabun nuzul? 

Sirah adalah satu kajian yang lengkap berkenaan perjalanan kehidupan Muhammad SAW daripada sebelum menerima wahyu sehinggalah baginda wafat, sedangkan asbabun nuzul sekadar fokus kepada permulaan baginda mula menerima wahyu dan mendapat tugas kerasulan.

Namun, ianya tidak lah dapat dipisahkan kerana asbabun nuzul itu perlu dihubungkan kepada sirah untuk kita memahami apa yang berlaku kepada Nabi, bahkan asbabun nuzul ini seolah memberikan sebuah nafas baru dalam penulisan sirah agar ia dapat disantuni daripada aspek motivasi dan emosi Rasulullah SAW dan juga para sahabat. 

Kerana, kebanyakan ayat Quran yang diturunkan kepada Nabi SAW terutamanya sewaktu di Mekah yang mempunyai 86 surah yang diturunkan adalah pada waktu dan ketika Rasulullah SAW berada dalam keadaan berkonflik dan cukup menekan.

Asbabun nuzul juga sebenarnya telah mencorakkan sebuah bentuk penulisan sejarah yang lebih baik. Kalau dahulunya, sejarah ataupun sirah itu ditulis sekadar untuk memanuskripkan dan merekodkan segala catatan berkenaan fakta dan juga maklumat yang penting, namun asbabun nuzul ini telah memberikan panduan bahawa dalam kita mencatatkan sejarah atau sirah, kita perlu juga menulis apa yang disebut sebagai sebab dan juga bagaimana.

Ini yang telah disebutkan oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas sebagai pembelajaran sejarah yang sepatutnya supaya sejarah itu berperanan dalam mencambah cara berfikir dan analitik dalam pengkajian sejarah. 

 

Bidang kajian asbabun Nuzul ini tanpa sedar telah memberikan panduan dalam membina sebuah ruh kepada bagaimana kita seharusnya menanggapi sirah. Kita akan mampu memahami dengan lebih baik sebagai contoh surah ad-dhuha, apakah emosi dan motivasi Rasul ketika sekian-sekian surah diturunkan. 

Maka, kita akan lebih memahami sirah dan sejarah sebagai sebuah kejadian yang hidup berbanding sekadar menanggapi sejarah sebagai sebuah penceritaan yang kita berhasrat hanya untuk mendapatkan manfaat tertentu. Bagaimana peranan surah ad-dhuhaa yang sering kita baca ketika waktu dhuhaa untuk mendapat kemurahan rezeki, adalah surah yang sama memberikan motivasi yang cukup besar dalam membina kembali kekuatan dalaman Rasulullah. 

Emosi akan membina sebuah perasaan. Perasaan akan membina sebuah penghargaan dan hanya akan didapati andai ada jawapan kepada sebab. Sebuah sebab akan menjadikan sejarah lebih praktikal dan efektif dalam membina generasi. 

Kesimpulannya, asbabun nuzul akan membantu kita memahami konteks ayat sebagai contoh surah al-muddathir ketika wahyu pertama kali diturunkan. Kita akan lebih menjiwai sirah yang kita pelajari berbanding pembelajaraan sirah yang kebiasaannya hanya untuk tahu dan kenal seorang sosok bernama Muhammad Bin Abdullah, Rasulullah SAW. Kita akan lebih menghargai sebuah surah. Yang lebih penting, kita akan lebih menghargai sirah.   

 

Disediakan oleh,

Fakhrul Islam,
Mahasiswa Tahun 2 Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

    


Hantar karya anda di emel [email protected].

Karya yang terpilih akan disiarkan di laman web Jejak Tarbiah dan mendapat baucar buku RM30!

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.