Ketika aku masih di bumi Haramain, aku dikunjungi oleh salah seorang sahabat baikku, Abdul Hadi yang datang dari Bumi Kinanah. Beliau tiba di Madinah dengan niat untuk menziarahi Rasulullah dan tempat-tempat bersejarah di sekitarnya sebelum bertolak ke Makkah bagi mengerjakan umrah.

Pada satu malam, aku mengajak sahabatku itu untuk berkelah di dataran Masjid Nabawi sambil menikmati juadah ayam goreng al Baik (jenama ayam goreng terkenal semisal KFC di Malaysia). Bagi yang pernah mengunjungi Tanah Haram, pastinya pernah menikmati juadah enak itu.

Maka, kami duduk di suatu sudut terpencil di dataran Masjid yang jauh dari keramaian orang. Saat sedang enak menikmati juadah dan leka bersembang, kami disapa oleh pakcik tua yang berasal dari Mesir yang diketahui melalui loghat pertuturannya.

Pakcik itu memintaku duit. “Ah sudah”, bisik hati kecilku. Menyedari di dompetku hanya ada duit besar, lalu membuat keputusan untuk tidak mengendahkan sahaja pakcik itu. Namun, ternyata usaha aku menjadi sia-sia. Pakcik itu tetap setia menungguku sehingga aku memberikannya sesuatu.

Melihatkan keadaan aku yang gelisah dengan tingkah laku pakcik itu, sahabatku menyerahkan sekeping not 5 riyal kepada pakcik itu. Dengan harapan pakcik itu segera beredar meninggalkan kami.

Namun, reaksi seterusnya membuatku aku makin terkejut. Ayam gorengku yang tersedia untuk dijamah telah diambil oleh pakcik itu. Lantas, dia makan ayam goreng itu seolah-olah ayam itu miliknya. Aku tergamam sebentar. Dalam hati, selamba dan sampai hati orang tua ini. Sudah diambilnya ayamku lalu dia bersembang dengan kami seakan kami rakan rapat yang sudah lama tidak bersua.

Mujur sahabatku Abdul Hadi fasih bertutur dengan loghat pasar orang Mesir. Maka beliau menjadi orang tengah yang menterjemahkan perbualan pakcik Mesir itu kepada aku. Setelah puas meratah ayam dan bersembang, akhirnya pakcik itu meninggalkan kami.

Alhamdulillah, terasa manisnya ukhuwah apatah lagi kasihnya beliau kepadaku dengan meninggalkan aku tulang belulang ayam sebagai tatapan. Pada mulanya aku geram akhirnya pasrah dengan kejadian itu. Barangkali pakcik itu terlalu lapar dan tiada duit untuk membeli juadah makanan.

Benarlah, dalam setiap rezeki kita pasti ada bahagian untuk orang lain!

Aku tidak mampu untuk berikan beliau duit, namun Allah berikan aku peluang dengan menjamu beliau dengan makanan yang aku sendiri butuhkan. Kisah lucu namun penuh dengan 1001 pengajaran. Alhamdulillah!

Nukilan,

Fathi Anwar


Hantar karya anda di emel [email protected].

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.