Tahun kedua umat islam berpuasa dalam suasana pandemik, wabak yang belum pasti bila pengakhirannya ini memberi kesan kepada sebahagian keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah dan kurang berkemampuan. Setiap individu pasti sedar akan situasi yang melanda negara, sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada semua golongan baik yang kaya mahupun yang miskin. Sempena Ramadan kali ini, marilah kita saling membantu antara satu sama lain dalam memberi dan menerima kebaikan demi kelangsungan hidup akan datang.

Peristiwa pandemik ini mengingatkan tentang peristiwa hijrah kaum Muhajirin dan sikap mulia kaum Ansar dalam mencari keredaan Allah Ta’ala. Mengambil iktibar daripada kisah tokoh wanita bernama Furai’ah binti Malik.

Al-Furai’ah termasuk golongan yang berbaiah di bawah pohon di Hudaibiyah pada tahun ke-6 Hijrah. Salah seorang wanita yang mendapat kemulian sebagai sahabat Nabi SAW. Beliau  membenarkan perkara yang dijanjikan Allah SWT dan beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Al-Furai’ah merupakan anak kepada Malik bin Sinan bin Ubaid Al-Anshary al-khazrajy al-khudry yang juga seorang sahabat Nabi SAW yang mulia yang mendapat khabar gembira sebagai penghuni syurga.

Al-Furai’ah hidup di dalam kalangan keluarga yang terkenal dengan kebaikan sehinggakan sejarah mencatat sikap-sikap mereka.Mereka adalah penduduk Madinah al-Munawarah yang memiliki hati yang penuh kasih sayang sehinggakan mereka mendapat keuntungan lantaran mendahulukan kepentingan orang Muhajirin. Mereka mengabaikan kepentingan diri sendiri dan mendahulukan kepentingan orang lain, walaupun mereka sangat memerlukannya.

Dari Anas bin Malik R.A berkata :

“Orang Muhajirin berkata, “Wahai Rasulullah, kami tidak pernah melihat suatu kaum yang kami datang kepada mereka, yang memberikan harapan ketika sedikit harta, yang banyak berkorban ketika banyak harta, yang mencukupkan pertolongan bagi kita dan yang bersekutu dengan kita dalam hal tempat tinggal selain orang Ansar. Kami kuatir sekiranya mereka membawa semua pahala.”

Al-Furai’ah binti Malik dan keluarganya menjadi contoh yang baik dengan sikap kesabaran, keredaan dan kepasrahan mereka kepada Allah SWT. Ayahnya syahid ketika berperang bersama Rasulullah SAW dalam perang Uhud dan meninggal dunia tanpa  meninggalkan sebarang harta, sehinggakan mereka sukar mendapat bekalan makanan. Namun begitu mereka tetap menjaga kehormatan diri dan sentiasa berasa cukup atas rezeki yang diberikan Allah SWT. Berkat kesabaran mereka, Allah SWT memberikan kekayaan kepada mereka sehinggakan mereka menjadi hartawan.

Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa yang berasa cukup, maka Allah memberikan kecukupan harta kepadanya dan sesiapa yang menjaga kehormatan, maka Allah memberi kehormatan dan sesiapa yang teguh dalam kesabaran, maka Allah memberi kesabaran kepadanya.” 

Peribadi Al-Furai’ah binti Malik seharusnya menjadi contoh kepada setiap wanita dalam membina sifat kesabaran dan kesedaran yang tinggi disamping melahirkan sikap yang penuh qanaah dalam kehidupan. Selain itu, sifat pemurah dan penuh belas kasihan menjadikan seorang wanita biasa menjadi luar biasa. Sikap sebegini harus diikuti dan diteladani para muslimah dengan menjadikan para tokoh wanita mulia terdahulu sebagai ikon dan idola dalam keperibadiaan mereka.

Semoga kisah Al-Furai’ah ini sedikit sebanyak menjentik hati kita menjadi dua golongan yang diredai Allah Taala. Sama ada menjadi pemberi atau menjadi penerima kebaikan, sama-samalah kita mendoakan agar mendapat keredaan Allah dan menjadikan syurga tempat balasan amal kebaikan yang dilakukan.

Disediakan oleh,

Aishah Nerina


Hantar karya anda di emel [email protected].

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.