Tuhan menguji aku dengan perkara yang tidak pernah aku sangka akan berlaku dalam hidup aku. Perkahwinan aku gagal! Ya allah, perit dan sakit itu tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Sungguh! aku sedang berusaha untuk bangkit.

Masih teringat saat-saat sebelum aku dilepaskan setelah tiga tahun aku berjuang untuk pertahankan rumah tangga yang goyah kerana kehadiran orang ketiga. Aku cuba atasi dengan kelembutan demi menjaga keutuhan yang kian hilang di setiap pertelingkahan. 

Sakit kehilangan orang yg dicintai. Sesungguhnya cinta manusia itu tidak kekal, berjanji tetapi mungkiri. Kata ingin sehidup semati, susah senang bersama-sama tetapi sebenarnya hati tidak kuat apabila diuji. Aku fikir aku mampu bertahan, tetapi aku juga manusia yang ada perasaan. Aku kecewa apabila melihat engkau dengan perempuan itu, kehidupan aku sebagai suri sudah tidak terurus.

Akhirnya, Aku nekad untuk melangkah walaupun aku tidak mempunyai pekerjaan, tidak mempunyai wang simpanan, tidak mempunyai harta untuk digadaikan buat memulakan hidup baru. Peritnya saat melihat dua buah hati yang ditinggalkan. 

Ini surat untuk engkau yang pernah bertahta dihatiku;

“Tahukah engkau, aku telah serahkan cinta dan nyawaku ketika kita ijab dan kabul. Engkaulah tempat aku bergantung harap, engkaulah tempat aku menyulam kasih dan menyemai sayang. Aku telah baikan segala kemahuanku supaya tidak membebankanmu. Ketika ditinggalkan berbulan lamanya demi tuntutan tugasmu, aku pikul tugas sebagai ibu dan ayah untuk anak-anak kita. Aku berharap, sejauh mana engkau pergi, hatimu tetap di rumah. Aku berharap engkau boleh menerima pendapatku. Walaupun aku hanya dirumah, jangan kau lupa bahawa banyak suri yang berpendidikan. Bacalah apa yang aku ingin sampaikan, jangan engkau pandang status aku yang tidak bekerja ini. Hinaan engkau sungguh berbekas di hati. Kini semuanya hanya tinggal kenangan, aku lepaskan engkau pergi dengan rela hati. Semoga engkau bahagia dengan pilihan hatimu. 

Yang benar,

Aku yang sedang diuji.

***

Setahun sudah berlalu, aku bersyukur kepada Allah kerana telah memudahkan setiap perjalanan aku selepas kejadian itu. Sekarang, aku sudah mempunyai pekerjaan walaupun biasa-biasa. Kebajikan anak-anak masih terjaga. Peristiwa itu adalah ujian untuk aku memperbaiki diri. Terima kasih Allah di atas ujian ini. Aku boleh terus melangkah bertongkatkan semangat.

Buat wanita yang mengalami ujian yang serupa, jangan bersedih lama-lama kerana Allah ada bersamamu. Bangun dan kawal perasaan, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Sakit jika tidak diubati boleh melarat, badan sendiri yang akan jatuh sakit.

Bangun wahai sahabat,

Jaga tingkahlaku, pertuturan dan pakaian kerana kita sedang menyandang gelaran yang tidak semua orang mampu untuk sandang. Jangan hiraukan pandangan negatif orang sekeliling. Ambil yang baik dan buang yang buruk. 

Buat orang sekeliling, jangan pandang hina kami yang berstatus janda. Bukan kami yang pilih berada di dalam status itu. Bagaimana jika kalau ibumu atau saudaramu yang mengalas gelaran ini? Letaklah rasa empati terhadap kami. Cukuplah rasa kecewa yang dilalui, jangan ditambah derita hati kami. Tidak semua yang berstatus janda mempunyai perangai merampas suami orang, yang perawan juga boleh menjadi perampas. Seperti yang berlaku kepada aku. Bukan mudah untuk kami lalui perjalanan ini. 

Nukilan,

Aku yang diuji.

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.