Aku memandang badut itu, lama. Warna warni rambut dan seluruh bajunya. Mulut besar berwarna merah yang terus-menerus tersenyum. Ditambah perwatakan cerianya yabg terlompat ke sana kemari.

Sejak jam 9 pagi sehingga 12 tengahari. Si badut tidak berhenti mengelilingi padang. Tujuannya satu, menghiburkan anak-anak kecil di seluruh padang besar ini.
Aku masih memerhatikannya. Membayangkan dia dengan peluh yang penuh di sebalik topeng badutnya. Membayangkan wajah sugul saat tidak diendahkan oleh anak-anak yang lebih meminati gajet pemberian ibu ayah mereka.

Ikhlas seperti badut, Jika boleh aku katakan sedemikian.
Tanpa kita tahu siapakah gerangan dirinya. Tanpa kita raikan kehadirannya. Tanpa kita pinta dihiburkan olehnya.
Si badut tetap tahu tugas utamanya. Menghiburkan walau tidak diendah. Mencelah dalam keramaian tanpa perlu disuruh-suruh.

Tetap tersenyum walau tidak dilihat dirinya.
Semua itu aku perhatikan sama seperti pesan Tuhan kepada kita.
اعملوا

Buatlah kerja kamu sekalipun banyak manusia tidak mengendahkan.


Aku fahami pesan tuhan ini sebagai panduan kita agar ikhlas.
Mengapa ikhlas?Kerana keikhlasan itu mahal. Ia tetap dilihat, oleh segolongan manusia yang memerhatikan dan menghargai sahaja. Persis seperti aku memerhatikan si badut itu.

Jika aku menghargai si badut. Maka orang ikhlas sungguh beruntung. Kerana kerja mereka diperhatikan hanya oleh orang mukmin dan para rasul dan pastinya, TUHAN.

وقل اعملوا فسيرى الله عملكم …

“ Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan;..”

(9:105)

Bicara dari langit 2

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.