Perancangan Allah SWT merupakan perancangan yang tiada sesiapa pun mengetahuinya. Namun, Allah SWT menjanjikan kesenangan selepas kesusahan. 

Allah SWT berfirman :

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Surah asy-Syarh ayat 5) 

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Surah asy-Syarh ayat 6)

Oleh sebab itu, apa yang kita perlu lakukan adalah yakin dengan janji-Nya.


Cuba kalian bayangkan sekiranya kita ditempatkan di posisi Nabi Yaakub a.s di mana baginda telah kehilangan anak yang disayanginya iaitu Nabi Yusuf a.s selama puluhan tahun. Lalu baginda diuji pula dengan kehilangan anak bongsunya yang merupakan adik kepada Nabi Yusuf a.s.

Lantas masih adakah harapan yang tersisa?

Ayuh lihat apa respon Nabi Yaakub a.s — Baginda dengan penuh keyakinan berkata, 

“Jangan kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.” (Surah Yusuf ayat 87)

Ini menunjukkan betapa tingginya sangka baik baginda terhadap Allah SWT. Kepercayaan baginda terhadap Allah tetap utuh walaupun pelbagai ujian yang perlu dilaluinya. Keyakinan baginda tidak berkurang walau sedikit.

Lantaran itu mengapa tidak kita meletakkan sepenuh keyakinan dalam setiap doa yang kita panjatkan kepada Ilahi? Mengapa kita tidak yakin dengan janji-Nya?

Apabila lebih dekat dan rapat hubungan seseorang hamba dengan Tuhan yang Maha Esa, ia akan memudahkan dirinya untuk lebih memahami bahawa setiap ujian yang dilalui itu adalah untuk kebaikan dirinya jua.

Mungkin kebaikan itu tidak akan jelas kelihatan pada saat ini namun apabila cantuman terakhir puzzle itu sudah lengkap sempurna — kamu akan dapat lihat betapa indahnya takdir hidupmu berjalan. Ketika itu kamu pasti terasa sangat bahagia.

Ketahuilah bahawa Allah SWT merupakan Sang Pencipta — yang mencipta sesuatu yang tidak ada sesuatu sebelumnya. Dia menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ada.

Ini berbeza dengan manusia yang mencipta sesuatu yang tiada daripada apa yang telah pun sedia ada contohnya daripada apa yang mereka lihat; penciptaan kapal terbang yang diinspirasikan daripada burung dan sebagainya.

Oleh sebab itu, jika menginginkan sesuatu maka mohonlah pada Allah SWT. Sudah semestinya kekuasaan-Nya melebihi segala kuasa lain yang ada di seluruh alam ini.

Disediakan oleh:

N. Nur Nasuha berasal dari Kelantan, Malaysia. Beliau aktif berkongsi perihal agama Islam

di media sosial instagram dan twitter @nasuharsl . 

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.