Siapa umat Islam yang tidak mengenali Maryam. Satu-satunya nama wanita yang terpatri di dalam al Quran. Seorang wanita yang suci, lahir seorang anak lelaki yang soleh dari rahimnya tanpa disentuh oleh seorang lelaki. Lelaki itu yang kelak menjadi utusan Allah SWT iaitu Isa a.s.

Maryam merupakan wanita yang dijadikan teladan untuk kaum wanita Islam yang ingin menjaga kesucian diri. Terdapat empat orang wanita beriman yang disebut Rasulullah SAW untuk dijadikan teladan kepada ummatnya,

”Sebaik-baik wanita di alam semesta ada empat orang. Mereka adalah Maryam binti Imran, Asiyah binti Muzahim isteri Fir’aun, Khadijah, dan Fatimah.” (Hadis Riwayat Ahmad)

“Pemuka wanita ahli Syurga ada empat: Maryam binti Imran, Fatimah binti Muhammad, Khadijah binti Khuwailid dan Asiyah binti Muzahim.” (Hadis Riwayat Hakim)

Maryam binti Imran merupakan antara contoh yang terbaik bagi wanita Muslimah pada zaman sekarang. Walaupun kita tidak dapat menyamai kemuliaannya dalam menjaga kesucian 100%, sekurang-kurangnya kita dapat menjadikan ia teladan lebih-lebih lagi pada zaman yang lebih mencabar dimana interaksi antara perempuan dan lelaki sudah hilang batasnya. 

Jika kita menelusuri sejarah Maryam melalui al Quran, hadis dan kajian-kajian ulama salaf, kita akan dapati Maryam merupakan wanita yang sangat menjaga kesucian dan kehormatannya. Salah satunya terakam di dalam al Quran yang mulia ini,

“Maka ia mengadakan tabir (yang melindunginya dari mereka; lalu Kami hantarkan kepadanya roh daripada Kami (Jibril) sebagai seorang lelaki yang sempurna rupa bentuknya. Dia (Maryam) berkata, ‘sesungguhnya aku berlindung kepada Tuhan yang Maha Pengasih.”(Surah Maryam ayat 17-18)

Lihatlah reaksi Maryam ketika dia didatangi seorang lelaki yang tampan wajahnya dan elok penampilannya. Namun Maryam tidak menunjukkan sikap yang sengaja menarik perhatian malah sebaliknya meminta perlindungan daripada Allah SWT agar dirinya tidak diganggu mahupun menjadi fitnah terhadap lelaki tersebut. 

Jadi bagaimana pula dengan perempuan Muslimah pada hari ini?

Wanita yang sudah tentu tidak termasuk disucikan oleh Allah SWT tetapi telah diangkat darjat wanita oleh Nabi SAW. Maka sepatutnya kita lebih pandai menjaga diri, tidak mudah terjerat dengan rayuan para lelaki dan lebih memperbaiki diri dalam menjaga maruah dan kehormatan diri. 

Hari ini kita menyaksikan betapa mudahnya bagi seorang lelaki mendapatkan perempuan hanya dengan rayuan atau sedikit ungkapan kasih sayang. Padahal semua itu hanyalah perangkap supaya jatuh dalam pelukan lelaki buruk tersebut. Berapa ramai perempuan yang telah terkena perangkap ini?

Sedarlah wahai Muslimah, jadilah permata yang mahal dan berharga. Hanya lelaki yang bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab yang layak mendapatkan kalian. Ingatlah bahawa kelak kita akan menjadi seorang isteri dan seorang ibu, maka jadikan diri kita sebagai madrasah yang terbaik di dalam rumah dan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Semua bermula daripada diri sendiri dengan menjaga kesucian seperti Maryam sehingga terlahirlah seorang putera yang hebat dari rahimnya.

Tidak dinafikan bahawa ini adalah zaman yang cukup berat bagi kaum Muslimah dalam menjaga kesucian dirinya. Oleh itu, jadikanlah Maryam binti Imran sebagai teladan dalam kehidupan kita sehari-hari. Perbanyakkanlah membaca tentang diri beliau, perwatakannya dan amalan ibadah beliau untuk dicontohi kita. Hal ini akan membuatkan iman kita semakin kuat hari demi hari dan seterusnya tidak mudah terikut-ikut dengan perkembangan zaman yang cuba mencalarkan kehormatan serta maruah wanita Islam. 

Semoga setiap perempuan diberikan kekuatan dan istiqamah dalam menjaga kesucian.

Nukilan,

Meirose


Hantar karya anda di emel [email protected].

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.