“Pertama sekali, awak kena bersyukur.”

Inilah pesanan pakar psikiatri yang merawat saya ketika saya dimasukkan ke wad psikiatri pada pertengahan tahun 2019. Semenjak itu, saya mula mengamalkan aktiviti menulis jurnal penghargaan atau dalam bahasa Inggeris, ia disebut sebagai gratitude journal.

Menulis jurnal penghargaan membuatkan saya lebih menyedari nikmat di sekeliling saya. Saya menyenaraikan setiap nikmat yang saya ada setiap hari. Menulis jurnal ternyata melatih saya untuk berfikir, ‘apa lagi ya nikmat yang saya punya?’ 

Secara tidak langsung, aktiviti menulis jurnal penghargaan ini mendidik saya untuk lebih menyedari dan merasai nikmat yang saya selama ini saya tidak sedari dan tidak hargai. Misalnya, ketika membaca buku 25 Kes Penulis terbitan Kata-Pilar di bab Rahang tulisan Dr. Muhammad Iqbal, tidak dapat dibayangkan rasa sakit jika rahang saya perlu diikat dawai lantaran kemalangan. 

Pada pendapat saya, perasaan syukur akan rahang yang sihat selepas membaca cerita itu tidak akan muncul dalam diri saya sekiranya saya tidak melakukan aktiviti menulis jurnal penghargaan itu. Ini membuktikan saya bahawa dengan menulis jurnal penghargaan, saya lebih menyedari nikmat-nikmat besar mahupun kecil yang saya miliki selama ini.

Selain itu, melalui jurnal penghargaan juga dapat mengenali kelebihan dan potensi diri. Apabila saya menulis tentang kemampuan saya untuk membuat sesuatu, saya menyedari potensi diri saya yang selama ini tidak saya sedari.

Misalnya, saya menulis rasa syukur atas nikmat membaca. Bukankah itu merupakan sebuah nikmat yang besar?

Percayalah bahawa masih ada orang-orang yang buta huruf dan tidak dapat membaca di dunia ini. Nikmat membaca merupakan sebuah nikmat yang selalu dipandang enteng oleh manusia.  Betapa besarnya nikmat dapat mengenal dunia dengan membaca. 

Sebagai pesakit psikiatri, saya bersyukur kerana saya menyedari bahawa ada sesuatu yang perlu saya perjuangkan untuk meneruskan kehidupan terutamanya ketika berada dalam fasa depresi. Selepas menerima pesanan dan nasihat tersebut, saya memutuskan untuk mula menulis jurnal penghargaan sehingga hari ini. 

Secara peribadi, jurnal penghargaan ini sedikit sebanyak membuka mata saya tentang nikmat yang perlu diperjuangkan setiap hari. Rutin ini membantu saya untuk keluar daripada lubuk kekecewaan dan kesedihan.

Namun begitu, keadaan setiap pesakit psikiatri dan rawatan mereka adalah berbeza. Oleh itu, rujuk pakar professional anda untuk dapatkan nasihat dan rawatan yang terbaik untuk anda.

Kesimpulannya, menulis jurnal penghargaan sangat bagus untuk diamalkan untuk membina rasa syukur dalam diri kita. Walaupun rutin ini tidak menjadikan kita manusia yang benar-benar bersyukur kerana bersyukur memerlukan proses yang panjang dalam membina keimanan kepada-Nya.

Jurnal penghargaan ini mengajar kita untuk lebih menghargai diri sendiri dan nikmat yang Tuhan berikan. Ia mengajar kita untuk mengenali dan menyayangi diri sendiri dengan mengenali kelebihan diri sendiri.

Bukankah Islam juga menuntut kita untuk menjaga kemaslahatan diri sendiri?

Jadi, ayuh kita semua mengamalkan penulisan jurnal penghargaan. Semoga aktiviti ini menjadi kita manusia yang lebih bersyukur dan menghargai nikmat-Nya, dan seterusnya memanfaatkan potensi diri demi kehidupan yang lebih baik.

Disediakan oleh,

Norsyahirah Shahrir


Hantar karya anda di emel [email protected].

Leave your vote

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

I agree to these terms.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.